Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Genshin Impact Kemaskini 1.1: Apa Yang Perlu Anda Tahu

0

Genshin Impact Kemaskini 1.1

Pemain Genshin Impact bakal mendapat kemas kini besar pertama kalinya dari MiHoYo. Genshin Impact Kemaskini 1.1: Apa Yang Perlu Anda Tahu ini disebut sebagai ‘A New Star Approach’, akan hadir di PC, Android, iOS dan PS4 pada 11 November.

Genshin Impact merupakan permainan dunia terbuka(open world) yang sangat besar, dengan pelbagai misi dan sistem permainan yang banyak boleh dilakukan oleh pemain, sejak pelancarannya hingga kini, ada diantara pemain awal telah pun kehabisan misi dan perkara lain untuk dilakukan. tetapi tidak lama lagi pemain akan mendapat kemaskini yang besar, ini pastinya akan mehangatkan kembali permainan.

Pembangun MiHoYo mempunyai pelan kemas kini Genshin Impact yang akan berlangsung hingga Februari, dengan kemas kini utama pertama akan datang hanya dalam beberapa minggu pada 11 November. Kemas kini Genshin Impact 1.1 .

Panduan

Ringkasan

Kemas kini 1.1 menampilkan watak baru, acara bermusim, bab terakhir penceritaan pencarian Liyue dalam kisah utamanya, kisahnya akan berakhir dengan pertarungan bos baru melawan Childe, seorang NPC (yang juga akan menjadi watak yang dapat direkrut dalam 1.1), sistem reputasi baru, dan  sedia boleh dimainkan pada PlayStation 5.

Beberapa watak baru utama bakal muncul, tambahan kepada senarai watak 5 bintang adalah Childe dan Zhongli. Childe adalah pemanah Hydro, Zhongli adalah pengguna Geo polearm, dan mereka berdua memiliki pelbagai taktik dan kemahiran baru untuk bertarung. Watak empat bintang baru juga hadir dengan Xinyan dan Diona, dan seperti yang kita semua tahu dari penggunaan Razor, Fischl dan Xiangling pada bulan lalu, watak berbintang empat telah menunjukkan kemampuannya untuk menjadi watak utama atau sokongan yang sangat kuat didalam satu pasukan.

Kemas kini 1.1 merupakan permulaan kepada kemas kini yang lebih besar yang akan datang pada 23 Disember dengan menambah zon Pergunungan Dragonspine bersama dengan beberapa acara baru dalam permainan termasuk acara bermusim pertama Genshin Impact, dimana para pemain berpeluang memenangi watak Fischl dalam acara ini. Banyak yang dinanti-nantikan, tetapi perinciannya masih belum jelas. Tujuan panduan ini adalah untuk mengumpulkan semua yang kita ketahui mengenai kemas kini 1.1 dan apa yang diharapkan ketika dikeluarkan dalam beberapa minggu.

*Panduan ini mengandungi sedikit spoiler

Watak Baharu

Untuk beberapa tahun akan datang, Genshin Impact dijangka akan menambah puluhan watak baru. Dikhabarkan terdapat lima watak bakal ditambah. Untuk Watak 4 bintang masih lagi belum begitu jelas informasi wataknya.

Mereka adalah:

Senarai Watak 5 Bintang

  • Zhongli
    Merupakan pengguna Geo Polearm, mempunyai kadar pertahanan yang tinggi, serangan yang kuat dengan keluasan serangan yang luas(AOE), dan memanggil meteor yang menukar musuh menjadi batu buat sementara waktu(petrify).
  • Childe
    Pengguna Pemanah yang dapat menukar kepada penguna senjata jarak dekat dengan Kemahiran Elemennya, membolehkannya bertukar antara dua gaya pertempuran jarak dekat atau jauh.

Senarai Watak 4 Bintang

  • Xiao(akan datang)
    Pengguna Polearm berelemen Anemo yang boleh berubah menjadi bentuk iblis yang akan meningkatkan semua statusnya tetapi akan mengurangkan Nyawa(HP) sedikit per sedikit sepanjang penjelmaanya.
  • Xinyan
    Pengguna Claymore berelemen Pyro yang menggunakan gitarnya untuk menyerang musuh memberi efek terbakar(flame).
  • Diona
    Pengguna Pemanah berelemen Cryo yang melemparkan koktel ke musuh yang memberi merosakkan dari masa ke masa(DOT) dan menyembuhkan watak aktif yang berada di kawasan kesan yang dihasilkannya.

Fungsi Baharu

Kemas kini 1.1 Genshin Impact tidak akan menambah zon baru atau bab cerita penuh lain.

Sistem Reputasi

Menurut catatan kemaskini yang dibocorkan, setiap wilayah (hanya Liyue dan Mondstadt buat masa ini) akan memiliki tahap reputasi mereka sendiri yang dapat ditingkatkan ketika anda menjelajah, menyelesaikan pencarian/misi sampingan, dan melakukan aktiviti baru yang disebut “bounties and requests”(masih tiada informasi penuh). Apabila reputasi wilayah masing-masing meningkat, pemain akan memperoleh bukan sahaja ganjaran bahan keperluan tetapi juga resipi untuk baragan baru yang ditambahkan, “glider skin”, dan kosmetik kad profil.

Acara Bermusim

“Unreconciled Stars” –  adalah acara akan berlangsung selama dua minggu, “memerlukan pemain melawan bencana dahsyat yang datang secara tiba-tiba, yang dihadapi Teyvat”. Acara ini akan menambah siri pencarian, cabaran bersama, dan akan menawarkan hadiah termasuk watak bintang 4 Fischl.

Monster Cameo – raksaksa khas baru akan dimasukkan yang disebut sebagai Forrest Hilichur, yang merupakan cameo presiden syarikat MiHoYo iaitu Forrest Liu.

“Players, whenever you feel in a bad mood, or there’s something you’re not happy about in the game — and after you’ve voiced your concerns via the Feedback function — please feel free to seek out this most unusual hilichurl and vent all of your frustrations on him with my blessing.”

Sistem Inventori

Penambah baikkan – Pemain akan dapat mengunci item yang dimahukan untuk menghalang daripada pemain terhapuskannya secara tidak sengaja, dan MiHoYo mengatakan bahawa ia sedang mengusahakan satu set penapis(filter) berfungsi untuk pemain mengatur dan melihat tahap naik taraf artifak dengan lebih mudah.

Kawalan papan kekunci

Masih belum jelas mengenai informasi ini. Dari sumber berita MiHoYo

We are in the process of developing a key bindings and controller setup function, part of which will go live in Version 1.1. We’re firing on all cylinders to complete the remaining functionality, which will become available to players in a later version.

Developers Discussion

Barang Baharu

Alat baru termasuk “waypoint” mudah alih, dapur mudah alih, kompas harta karun, dan batu resonans oculus(yang akan menandakan Anemoculi dan Geoculi yang berdekatan). Kemas kini juga akan menambah item Wind Catcher, yang menyimpan anemograna untuk membuat arus angin keatas. Ini membuatkan pengembaraan pemain akan lebih lancar.

Lain-lain kemaskini

  • Kompendium katalog raksasa dan sumber bahan baru yang anda dapati di sekitar Teyvat.
  • Pilihan kamera yang lebih baik, tidak lagi mengubah fokus(zoom-in).
  • Karakter dalam ekspedisi kini boleh digunakan didalam kumpulan anda secara serentak.
  • Semasa menaikkan tahap watak atau senjata, lebihan mata pengalaman akan dikembalikan dalam bentuk sumber bahan yang berkaitan.
  • Senjata 5 bintang baharu untuk setiap jenis dengan kesan efek yang sama akan ditambah;
    “Meningkatkan kekuatan perisai sebanyak 20 peratus. Selama 8 saat selepas melakukan serangan, meningkatkan kerosakan serangan sebanyak 4 peratus. Maksimum 5 gabungan(stack), 0.3s setiap kali. Di samping itu, apabila dilindungi oleh perisai, tingkatkan kesan kerosakan serangan diatas(tulisan yang digelapkan) sebanyak 100 peratus. “
  • Kekunci pantas untuk item makanan, membolehkan anda memberi makanan dengan cepat tanpa membuka inventori.
  • Simpanan Resin juga ditingkatkan kepada 160(sebelumnya 120) dan misi pencarian pertempuran mingguan yang memberi ganjaran kepada pemain dengan menghabiskan sejumlah Resin akan diturunkan menjadi 1,200.

*Juga dikhabarkan pada nota kemaskini(khabar angin), bahawa akan ada sistem di mana Resin boleh disimpan, jika anda tidak dapat bermain selama beberapa hari.

 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.