Adalah sangat penting bagi setiap pemain mengetahui Genshin Impact Jenis, Reaksi dan Status Elemen. Tanpa pengetahuan mengenainya, pemain tidak dapat menggunakan keempat watak dalam kumpulan dengan berkesan untuk melakukan kerosakkan tertinggi.
Genshin Impact adalah permainan magical di mana setiap watak yang boleh dimainkan adalah penguasa Element. Setiap Elemen ini boleh berinteraksi antara satu sama lain dan menghasilkan kesan tambahan atau kerosakan kepada lawan. Jadi, anda pasti ingin memanfaatkan kombinasi Elemen tertentu untuk mengalahkan musuh dengan lebih berkesan dengan melakukan korasakkan tertinggi.

Jenis Elemen
Terdapat tujuh Elemen berbeza dalam Genshin Impact, walaupun ada kemungkinan lebih banyak yang akan ditambahkan pada masa hadapan. Genshin Impact memiliki sistem permainan yang mendalam membolehkan pemain bermain dengan pelbagai gaya dalam pertempuran, dan jika anda tidak mengetahui Genshin Impact Jenis, Reaksi dan Status Elemen, anda mungkin akan kehilangan beberapa ciri utama untuk memaksimumkan kerosakan anda.

Kesan Status
Semasa menyerang musuh, elemen tertentu boleh menyebabkan kesan status. Kesan status berbeza mengikut elemen, dimana ianya boleh menyebabkan sokongan tambahan samaada kepada tambahan kerosakan mahupun menyekat pergerakan musuh anda didalam pertarungan.
Element | Status Effect |
---|---|
Cryo | Kelajuan Pergerakan lawan dikurangkan |
Electro | Petir merebak di air dan memberi kesan kepada musuh yang Basah. |
Hydro | Apabila watak atau musuh menyentuh air, mereka menjadi Basah, akan menyebabkan adanya Reaksi Elemen jika bersentuh dengan elemen lain. |
Pyro | Membakar individu yang terkesan dan menyebabkan kerosakan untuk jangka masa tertentu. |

Status efek Ley Line
Terdapat juga musuh yang memancarkan aura element. Sekiranya pemain terlalu dekat dengan musuh-musuh ini, watak anda akan menerima efek status berikut dalam jangka masa tertentu.
Ley Line | Element | Efek Status |
---|---|---|
Ais Padu | Cyro(ais) | Menyebabkan watak pemain menggunakan stamina lebih banyak dari biasa. |
Ribut Badai | Elektro(petir) | Menyebabkan pemulihan tenaga terhenti. |
Cecair Pelambat | Hydro(air) | Menyebabkan CD kemahiran -80% lebih lama. |
Api Marak | Pyro(api) | Menyebabkan kerosakan pada watak dalam jangka masa tertentu |
Reaksi Elemen
Apabila beberapa Elemen diserang bersama dengan Elemen lain, ia akan menghasilkan Tindak Balas Elemen yang boleh menyebabkan kerosakan tambahan atau kesan lain pada musuh seperti gambar dibawah:

Banyak percubaan dan kajian telah dilakukan di forum MiHoYo oleh pelbagai pemain berpengalaman dan mereka telah membuat kata sepakat bahawa reaksi seperti super conduct hanya berguna pada awal permainan dimana carta kerosakan berkuragan sangat drastik selepas level 70. Manakala reaksi yang lebih berguna walaupun selepas level 70 adalah Melt dan Vaporize.

Elemen Resonans
Elemental Resonans adalah kesan pasif yang berlaku ketika kombinasi watak pada elemen tertentu yang memenuhi kumpulan anda. Pemain boleh mendapatkan pasif ini lebih dari satu jika kumpulan anda memenuhi kriterianya. Contohnya, jika kumpulan anda terdiri daripada dua watak Geo dan dua watak Pyro, semua orang di parti anda akan mendapat manfaat daripada kesan Enduring Rock dan Fervent Flames.