Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

MEL 23 Keputusan Kejohanan Kebangsaan Esport Malaysia 2023

0

Peringkat Kebangsaan MEL23 telah tamat, dengan pusingan akhir Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang diadakan pada hari ini. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat senarai MEL 23 Keputusan pasukan yang berjaya mendapat tempat pada kategori masing-masing:

MEL 23 Keputusan Penuh Pemenang

Kategori Negeri

MLBB

(22 Oktober 2023)

KedudukanNegeri
JUARASELANGOR
NAIB JUARAPULAU PINANG
TEMPAT KETIGAPUTRAJAYA
TEMPAT KEEMPATJOHOR
TEMPAT KELIMAMELAKA
MVPSELANGOR (NEYUN)

PUBG MOBILE

(14 Oktober 2023)

KedudukanNegeri
JUARAWP KUALA LUMPUR
NAIB JUARANEGERI SEMBILAN
TEMPAT KETIGASELANGOR
TEMPAT KEEMPATKEDAH
TEMPAT KELIMASABAH
MVPWP KUALA LUMPUR (SEM9 TAMM)

eFOOTBALL

(15 Oktober 2023)

KedudukanNegeri
JUARAPAHANG
NAIB JUARAJOHOR
TEMPAT KETIGAPERLIS
TEMPAT KEEMPATWP PUTRAJAYA
TEMPAT KELIMAPERAK
MVPJOHOR (NATHAN)

Kategori Terbuka

eFOOTBALL

KedudukanPemain
JUARAGBX_Haikal (Haikal)
NAIB JUARAT3_Black
TEMPAT KETIGAIszuan
TEMPAT KEEMPATSukked_Hariz
TEMPAT KELIMAKarlito
MVPIszuan

Valorant

KedudukanPasukan
JUARATeam Path
NAIB JUARATodak
TEMPAT KETIGABlitz Esports
TEMPAT KEEMPATNovoid
TEMPAT KELIMACopium
MVPZeeq (Team Path)

Counter-Strike 2

KedudukanPasukan
JUARAOngeh
NAIB JUARANo Sponsor
TEMPAT KETIGASnake
TEMPAT KEEMPATMountain King
TEMPAT KELIMARed Leaf
MVPFish (Team No Sponsor)

Senarai Pecahan Hadiah

MEL23 telah memasuki tahun ke-3 penganjurannya, dan pada tahun ini, acara ini mempertandingkan tiga judul permainan di peringkat negeri dan kebangsaan, iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Mobile, dan eFootball Mobile. Selain itu, dalam siri terbuka (open series), tiga judul permainan turut dipertandingkan, iaitu eFootball Console, Valorant, dan Counter-Strike 2. Kesemua 6 judul permainan ini menjanjikan peserta hadiah wang terkumpul berjumlah RM 317,400.00.

KedudukanHadiah
JuaraRM 10,000
Naib JuaraRM 7,000
Tempat KetigaRM 5,000
Tempat KeempatRM 3,000
Tempat KelimaRM 1,500
MVPRM 3,000

MEL23 merupakan platform persaingan sukan elektronik yang kompetitif dan inklusif bagi bakat-bakat tempatan. Acara ini dianjurkan oleh KBS dan Impact Integrated melalui Esports Integrated (ESI), bersama-sama dengan 16 Persatuan Sukan Elektronik Negeri dan Wilayah Persekutuan. Ia turut disokong oleh susu Goodday sebagai Rakan Minuman Rasmi, Rakita 107.9 dan What’s The Meta sebagai Rakan Media, Rakan Muda sebagai Rakan Pelaksana, dan disokong oleh MPL Malaysia.

MEL23 adalah satu initiative yang hebat bagaimana Malaysia serius membangunkan industri sukan elektronik dan memberikan peluang kepada bakat-bakat tempatan untuk bersinar. Ia adalah satu langkah yang positif ke arah masa depan yang lebih cerah untuk sukan elektronik di negara kita. Kami mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang telah menyertai MEL23 dan memeriahkan acara ini dengan bakat mereka yang luar biasa.

Bagi mereka yang berminat tetapi telah terlepas pendaftaran, pastikan sentiasa mengikut genesix.my untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kejohanan esukan tanah air. Ini adalah peluang terbaik untuk peminat sukan elektronik Malaysia dan tidak ketinggalan sebarang perkembangan penting, pendaftaran masa depan, dan acara-acara menarik yang akan datang.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.