Bersempena perayaan halloween akan datang, kali ini giliran Valve pula memulakan Jualan Steam Halloween 2020 Potongan Sehingga 90 Peratus di Steam, selepas Epic store. Pemain PC boleh berjimat dengan promosi ini untuk mendapatkan judul kegemaran/pilihan, didalam kategori permainan menyeramkan untuk dimainkan anda dari 30 Oktober hingga 3 November (waktu Malaysia).
Promosi penjualan ini tertumpu pada permainan seram, tetapi terdapat juga pelbagai judul permainan yang berkaitan ngeri, dan permainan yang tiada kaitan dengan seram/ngeri. Lakukan carian dan anda mungkin akan menemui sesuatu yang sesuai dengan tahap ketakutan peribadi anda.
Salah satu permainan VR terbaik, Half-Life: Alyx, juga dipaparkan dalam Steam Halloween Sale. Kembalinya Valve untuk siri Half-Life pada masa ini adalah RM71.50, turun dari harga biasa RM95. Mengisahkan seorang watak utama iaitu Alyx sebelum peristiwa Half-Life 2 ketika dia bertarung melawan “Combine” dan pelbagai musuh besar lainnya. Ia telah diselaraskan dengan alat dengar Valve Index, HTC Vive, Oculus, dan Windows Mixed Reality VR.
Permainan Survival-seram The Forest juga dipaparkan pada promosi ini. The Forest pada masa ini berharga RM17.55 turun dari harga biasa RM39. memerlukan anda menjelajah dunia terbuka yang terletak di pulau yang tidak diketahui setelah pesawat dinaiki terhempas. Anak lelakinya hilang, dan anda didalam misi mencarinya, didatangi dengan unsur-unsur mutan yang memanggil pulau itu sebagai rumah merka. Anda akan menjelajahi hutan yang luas di samping gua bawah tanah dan banyak lagi penjelajahan yang akan anda tempuhi.
Beberapa judul cadagan penulis:
Permainan | Harga |
---|---|
Dead by Daylight | RM15.20 |
Resident Evil 7 Biohazard | RM22.70 |
Resident Evil Revelations 2 | RM2.54 |
DEATH STRANDING | RM167.50 |
Black Mesa | RM19.00 |
Devil May Cry 5 | RM62.36 |
Little Nightmares | RM23.68 |
Alien Isolation | RM26.25 |
The Persistence | RM35.70 |
Control Ultimate Edition | RM111.30 |
Soma | RM5.60 |
Left 4 Dead 2 | RM4.70 |
Outlast | RM5.85 |
Darkest Dungeon® | RM11.75 |
7 Days to Die | RM14.96 |
The Walking Dead: Saints & Sinners | RM52.00 |
Don't Starve Together | RM10.54 |
Half-Life: Alyx | RM71.25 |
The Forest | RM17.55 |
Walaupun tidak ada lencana dengan lambang permainan meta untuk penjualan pada Halloween Steam untuk didapatkan, tetapi terdapat beberapa barangan bermusim baru untuk dipilih di “point shop”. “Emote Monster Prom 2” menarik untuk didapatkan kerana ianya sangat menyeramkan. Bagaimana mendapatkan “point shop”?, beli barang, dapatkan mata, dan belanjakannya untuk barangan seperti latar belakang profil dan pelekat animasi dan lain-lain.
Point Shop

Halaman Hadapan Jualan Steam Halloween 2020 Potongan Sehingga 90 Peratus
