Genshin Impact 3.3 kemaskini akan tiba pada awal bulan Disember dengan dua watak baharu yang boleh dimainkan iaitu Wanderer Genshin Impact atau lebih dikenali Scaramouche sebelumnya dan Faruzan Genshin Impact.
Ini sememangnya berita baik untuk peminat, terutamanya bagi mereka yang telah menunggu Scaramouche, akan tiba lebih awal dari yang dijangkakan iaitu pada Disember ini.
Versi | Tarikh |
---|---|
3.3 | 2 November 2022 |
Wanderer Genshin Impact

Banner
Masih belum ada maklumat rasmi mengenainya, tetapi dijangkakan Wanderer berkemungkinan di banner yang berasingan dengan Faruzan.
Kisah
Merupakan watak fatui kedua selepas Tartaglia yang boleh dimainkan, dan juga telah disahkan sebagai salah satu bos mingguan.
Kemunculan pertamanya adalah semasa event istimewa Unreconciled Stars.
Jika mengikuti Sumeru Arc, penceritaan pada asalnya watak ini telah dirancang untuk menjadi Electro Archon, tetapi dia mengalirkan air mata ketika dia dilahirkan. Ini membuatkan Ei membatalkan niatnya kerana dia dianggap terlalu lemah untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang Archon.
Disebabkab itu Ei telah mengunci kuasanya dan membiarkan Wanderer memilih jalannya sendiri, dia akhirnya memilih untuk menjadi sebahagian daripada organisasi Fatui dan dikenali sebagai Scaramouche. Setelah membuktikan nilai dirinya kepada Tsaritsa, Cryo Archon dan berjaya menjadi salah seorang ahli daripada Eleven Fatui Harbingers.
Faruzan Genshin Impact

Banner
Masih belum ada maklumat rasmi mengenainya, tetapi dijangkakan Faruzan berkemungkinan di banner yang berasingan dengan Faruzan.
Kisah
Merupakan seorang ahli Sumeru Akademiya yang hilang secara misteri dari wilayah Sumeru. Dan dikatakan menggunakan busur.
Faruzan dikatakan seorang guru yang popular di kalangan pelajar Kshahrewar yang sering meminta input dan tips daripadanya apabila gagal dalam peperiksaan mekanik. Tanpa mengharapkan apa-apa balasan, beliau dihormati para pelajar dan memanggilnya sebagai “Madam”.
Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai Faruzan, walaupun Faruzan sangat dihormati oleh pelajar di Kshahrewar disebabkan pengetahuannya yang luas tetapi cerita mengatakan dia sebenarnya dipulaukan di Haravatat.
Sumber Rujukan : Twitter Genshin
Baca Juga: Jenis Reaksi dan Element Genshin Impact
Dengan kandungan watak Genshin Impact 3.3, adakah anda merasakan kedua watak ini ingin anda dimiliki? komen dibawah dan kongsikan pandangan anda.