eSukan Asian Games 2026 menjadi antara acara eSukan terbesar yang akan mendapat perhatian peminat di seluruh Asia, termasuk Malaysia.
Selepas diperkenalkan sebagai acara pingat rasmi di Hangzhou 2022, eSukan kini kembali untuk edisi 2026 yang akan berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun.
Namun, berbeza dengan kejohanan esports biasa, Asian Games mempertandingkan atlet yang mewakili negara masing-masing. Ini bermakna setiap kemenangan bukan sahaja membawa nama pasukan, tetapi juga membawa nama negara di pentas sukan terbesar Asia.
Bagi peminat Malaysia, fokus utama sudah tentunya terarah kepada perjalanan kontinjen negara dalam setiap acara yang dipertandingkan.
Penerangan eSukan Asian Games 2026
eSukan merupakan salah satu acara pingat rasmi dalam Asian Games 2026.
Sebanyak 11 acara eSukan akan dipertandingkan, merangkumi pelbagai genre seperti MOBA, battle royale, simulasi sukan, permainan perlumbaan, permainan pertarungan dan puzzle.
Acara eSukan akan berlangsung di Aichi Sky Expo, Tokoname, Jepun.
Tarikh Penting eSukan Asian Games 2026
| Perkara | Tarikh |
|---|---|
| Tarikh Asian Games 2026 | 19 September - 4 Oktober 2026 |
| Acara eSukan Asian Games 2026 | 23 September - 2 Oktober 2026 |
Pusingan kelayakan pula berlangsung lebih awal sepanjang Mei dan Jun 2026, bergantung kepada setiap permainan.
Senarai Acara Rasmi eSukan Asian Games 2026
| Sebanyak 11 acara pingat rasmi akan dipertandingkan. |
|---|
| Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) |
| League of Legends |
| Honor of Kings |
| Pokémon Unite |
| PUBG Mobile (Asian Games Version) |
| eFootball |
| Gran Turismo 7 |
| Naraka: Bladepoint |
| Identity V |
| Puyo Puyo Champions |
| Competitive Martial Arts |
Kategori Competitive Martial Arts menggabungkan tiga permainan iaitu Street Fighter, Tekken dan The King of Fighters.
Penerangan 11 Acara(Pingkat) Tetapi 13 Game?
Pasti ada kekeliruan apabila senarai pingkat hanya menyenaraikan 11 acara tetapi 13 games dipertandingan.
Asian Games 2026 mempunyai 11 acara pingat rasmi.
Namun, kategori Competitive Martial Arts menggabungkan tiga permainan berbeza ke dalam satu acara.
Disebabkan itu, jumlah permainan yang terlibat menjadi lebih banyak.
Sistem Kelayakan eSukan Asian Games 2026
Tidak seperti kejohanan esports biasa, setiap permainan mempunyai format kelayakan yang berbeza.
Contohnya:
- MLBB menggunakan sistem Southeast Asia Qualifier.
- PUBG Mobile menggunakan kejohanan kelayakan tersendiri.
- League of Legends mempunyai format kelayakan berasingan mengikut rantau.
Jadi, perjalanan adalah berbeza bergantung kepada permainan yang dipertandingkan.
Perjalanan Malaysia di eSukan Asian Games 2026
| Acara | Status |
|---|---|
| MLBB | Layak ke Main Event |
| PUBG Mobile | Tersingkir di peringkat kelayakan |
| Honor of Kings | Akan Dikemaskini |
| League of Legends | Akan Dikemaskini |
| Pokémon Unite | Akan Dikemaskini |
Status ini akan berubah dari semasa ke semasa apabila pusingan kelayakan setiap permainan selesai.
Pautan Penting
Senarai pautan ini akan dikemaskini.
Perjalanan Malaysia di eSukan Asian Games 2026
Buat masa ini, sukar untuk menentukan acara yang mempunyai peluang pingat paling tinggi kerana setiap permainan masih berada dalam fasa kelayakan yang berbeza.
Namun, dua permainan yang paling dekat dengan kita sudah tentunya ialah Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Honor of Kings (HOK).
MLBB kekal sebagai eSukan paling popular di Malaysia dan telah berjaya melayakkan diri ke Main Event Asian Games 2026.
Pada masa sama, Honor of Kings pula dilihat mempunyai potensi besar untuk menjadi antara harapan utama negara berdasarkan kekuatan ekosistem kompetitif tempatan dan prestasi pasukan yang mewakili Malaysia.
Artikel ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa apabila keputusan rasmi bagi setiap acara diumumkan.

