Asian Games 2026 MLBB
Home EsukanAsian Games 2026 MLBB: Malaysia Sahkan Kedudukan Top 5 Southeast Asia Qualifier

Asian Games 2026 MLBB: Malaysia Sahkan Kedudukan Top 5 Southeast Asia Qualifier

by Khalid Zainal
0 comments

Malaysia Kini Selangkah Lebih Dekat Ke Pentas Asian Games 2026

Malaysia berjaya memastikan kedudukan dalam kelompok lima terbaik Southeast Asia Qualifier bagi Asian Games 2026 MLBB.

kemangan terhadap wakil Laos adalah turning point sangat penting kerana hanya lima negara terbaik dari rantau Asia Tenggara akan mara ke pentas utama Asian Games 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

Tarikh dan Lokasi Kejohanan Asian Games 2026 MLBB

PeringkatTarikhLokasi
Southeast Asia Qualifier18 - 21 Jun 2026Resorts World Sentosa Convention Centre, Singapura
Main Event Asian Games 2026 (MLBB)23 September - 2 Oktober 2026Aichi Sky Expo, Aichi-Nagoya, Jepun

Senarai Pemain Malaysia

PemainIGNRole
RazifSizkaaExp
NazhanChibiJungle
AmmarMartzyMid
EaltondLolealzGold
AqifZqeefRoam
HishamXornRoam
-SaintDeLucazCoach
Hanis HaruAssistant Coach
Jason Yap JIFDEGamingAnalyst

Keputusan Perlawanan Malaysia

PasukanVSPasukan
MAS0-2PH
MAS1-2MYA
MAS2-0LAO
MAS2-1INA
MAS2-0SG
MAS0-2CAM
MAS1-2CAM

Negara Yang Bertanding Dalam Southeast Asia Qualifier

Southeast Asia Qualifier merupakan pusingan kelayakan rasmi untuk negara-negara Asia Tenggara mendapatkan slot ke pentas utama Asian Games 2026.

Kejohanan ini berlangsung di Singapura dari 18 hingga 21 Jun 2026 dan dianjurkan dengan kerjasama MOONTON, Olympic Council of Asia (OCA) dan Asian Electronic Sports Federation (AESF).

Kesemua negara akan bertemu antara satu sama lain sepanjang kejohanan.

PasukanKelayakkan
PhilippinesLayak
CambodiaLayak
IndonesiaLayak
MyanmarLayak
MalaysiaLayak
VietnamGagal
LaosGagal
SingaporeGagal

Format Pertandingan Qualifier MLBB Asian Games 2026

Format yang digunakan adalah:

  • Single Round Robin
  • Semua perlawanan menggunakan format BO3
  • Semua negara bertemu sekali
  • Kedudukan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang dikumpulkan sepanjang kejohanan

Lima Negara Terbaik Akan Mara Ke Main Event Asian Games 2026

Top 5 tidak bermaksud Malaysia layak ke peringkat playoff atau menjadi antara lima pasukan terbaik Asia secara keseluruhan.

Sebaliknya, lima negara terbaik dari rantau Asia Tenggara akan memperoleh slot automatik ke Main Event Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Asian Games 2026 yang akan berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun.

Main Event merupakan pentas akhir yang akan menghimpunkan 12 negara terbaik dari seluruh Asia yang berjaya melepasi pusingan kelayakan mengikut rantau masing-masing.

Pengagihan slot adalah seperti berikut:

RantauSlot
Asia Tenggara (Southeast Asia)5
Asia Barat (West Asia)2
Asia Tengah (Central Asia)2
Asia Timur & Asia Selatan (East Asia & South Asia)2
Last Chance Decider1

Secara keseluruhannya, 12 negara akan bertanding untuk merebut pingat Asian Games 2026 dalam acara Mobile Legends: Bang Bang.

Apa yang menjadikan pencapaian ini lebih besar ialah MLBB dipertandingkan sebagai acara pingat rasmi (medal event). Ini bermakna setiap negara bukan sahaja membawa nama pasukan, tetapi turut membawa nama negara masing-masing di pentas sukan terbesar Asia.

Bagi Malaysia, pengesahan kedudukan dalam Top 5 Southeast Asia Qualifier merupakan langkah pertama untuk meneruskan cabaran ke pentas utama Asian Games 2026 dan membuka peluang memburu pingat buat negara.

Leave a Comment