eSukan Asian Games 2026
Home Game newseSukan Asian Games 2026: Semua Acara Rasmi, Tarikh Penting dan Laluan Ke Pentas Utama

eSukan Asian Games 2026: Semua Acara Rasmi, Tarikh Penting dan Laluan Ke Pentas Utama

by Khalid Zainal
0 comments

eSukan Asian Games 2026 menjadi antara acara eSukan terbesar yang akan mendapat perhatian peminat di seluruh Asia, termasuk Malaysia.

Selepas diperkenalkan sebagai acara pingat rasmi di Hangzhou 2022, eSukan kini kembali untuk edisi 2026 yang akan berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun.

Namun, berbeza dengan kejohanan esports biasa, Asian Games mempertandingkan atlet yang mewakili negara masing-masing. Ini bermakna setiap kemenangan bukan sahaja membawa nama pasukan, tetapi juga membawa nama negara di pentas sukan terbesar Asia.

Bagi peminat Malaysia, fokus utama sudah tentunya terarah kepada perjalanan kontinjen negara dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Penerangan eSukan Asian Games 2026

eSukan merupakan salah satu acara pingat rasmi dalam Asian Games 2026.

Sebanyak 11 acara eSukan akan dipertandingkan, merangkumi pelbagai genre seperti MOBA, battle royale, simulasi sukan, permainan perlumbaan, permainan pertarungan dan puzzle.

Acara eSukan akan berlangsung di Aichi Sky Expo, Tokoname, Jepun.

Tarikh Penting eSukan Asian Games 2026

Berikut merupakan tarikh penting yang perlu diketahui.
PerkaraTarikh
Tarikh Asian Games 202619 September - 4 Oktober 2026
Acara eSukan Asian Games 202623 September - 2 Oktober 2026

Pusingan kelayakan pula berlangsung lebih awal sepanjang Mei dan Jun 2026, bergantung kepada setiap permainan.

Senarai Acara Rasmi eSukan Asian Games 2026

Sebanyak 11 acara pingat rasmi akan dipertandingkan.
Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)
League of Legends
Honor of Kings
Pokémon Unite
PUBG Mobile (Asian Games Version)
eFootball
Gran Turismo 7
Naraka: Bladepoint
Identity V
Puyo Puyo Champions
Competitive Martial Arts

Kategori Competitive Martial Arts menggabungkan tiga permainan iaitu Street Fighter, Tekken dan The King of Fighters.

Penerangan 11 Acara(Pingkat) Tetapi 13 Game?

Pasti ada kekeliruan apabila senarai pingkat hanya menyenaraikan 11 acara tetapi 13 games dipertandingan.

Asian Games 2026 mempunyai 11 acara pingat rasmi.

Namun, kategori Competitive Martial Arts menggabungkan tiga permainan berbeza ke dalam satu acara.

Disebabkan itu, jumlah permainan yang terlibat menjadi lebih banyak.

Sistem Kelayakan eSukan Asian Games 2026

Tidak seperti kejohanan esports biasa, setiap permainan mempunyai format kelayakan yang berbeza.

Contohnya:

  • MLBB menggunakan sistem Southeast Asia Qualifier.
  • PUBG Mobile menggunakan kejohanan kelayakan tersendiri.
  • League of Legends mempunyai format kelayakan berasingan mengikut rantau.

Jadi, perjalanan adalah berbeza bergantung kepada permainan yang dipertandingkan.

Perjalanan Malaysia di eSukan Asian Games 2026

AcaraStatus
MLBBLayak ke Main Event
PUBG MobileTersingkir di peringkat kelayakan
Honor of KingsAkan Dikemaskini
League of LegendsAkan Dikemaskini
Pokémon UniteAkan Dikemaskini

Status ini akan berubah dari semasa ke semasa apabila pusingan kelayakan setiap permainan selesai.

Pautan Penting

Senarai pautan ini akan dikemaskini.

Perjalanan Malaysia di eSukan Asian Games 2026

Buat masa ini, sukar untuk menentukan acara yang mempunyai peluang pingat paling tinggi kerana setiap permainan masih berada dalam fasa kelayakan yang berbeza.

Namun, dua permainan yang paling dekat dengan kita sudah tentunya ialah Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Honor of Kings (HOK).

MLBB kekal sebagai eSukan paling popular di Malaysia dan telah berjaya melayakkan diri ke Main Event Asian Games 2026.

Pada masa sama, Honor of Kings pula dilihat mempunyai potensi besar untuk menjadi antara harapan utama negara berdasarkan kekuatan ekosistem kompetitif tempatan dan prestasi pasukan yang mewakili Malaysia.

Artikel ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa apabila keputusan rasmi bagi setiap acara diumumkan.

Leave a Comment