Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Wild Rift’s Beta Terbuka

0

Terkini, Riot telah mengumumkan Wild Rift’s Beta Terbuka akan boleh disertai oleh pemain pada 27 Oktober ini. League of Legends: Wild Rift merupakan versi mudah alih League of Legends. Pembangun mengumumkan juga bahawa untuk beta terbuka hanya boleh didapati di Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, dan Thailand pada iOS dan Android.

Imbasan

Pengumuman pertama diumumkan ketika acara ulang tahun ke-10 League of Legends PC. Apa yang lebih menarik Riot juga memberitahu bukan sahaja boleh dimainkan pada platform mudah alih seperti IOS dan Android tetapi untuk Xbox One, PS 4 dan kemungkinan akan juga tersedia untuk platform Nintendo.

Riot juga menyatakan terdapat perbezaan besar antara League of Legends asal dan versi mudah alih(wild Rift), dari pilihan watak hingga permainan. Tetapi kesemua 40 watak dari League of Legends akan muncul dalam aplikasi mudah alih.

Seorang ahli Riot Games juga menyebut bahawa permainan mudah alih mungkin kelihatan sama dengan League of Legends tetapi keduanya adalah permainan yang sama sekali berbeza. Dia juga menambah bahawa Riot telah lama mengusahakan permainan ini. Bagi penulis tidak hairan Wild Rift keluar lewat dari pembangun permainan MOBA lain, ini kerana Riot memang dikenali dengan pengeluaran permainan dengan kesempurnaan yang tinggi dari mereka.

Wild Rift’s Beta Terbuka

    • Rift Baharu
      Terokai peta 5v5 yang baru tapi memunyai feeling  LoL yang sama berdasarkan Summoner’s Rift yang diperkemaskan lagi untuk permainan yang lebih pantas. “Responsive dual-stick control scheme”, direka khas untuk platform baru.
    • Tiada Kelainan Watak
      Wild Rift akan merangkumi lebih dari 40 watak dari versi PC semasa pelancaran, dengan lebih banyak pilihan pada masa akan datang.
    • Mod Rank
      Naikkan Rank anda — anda boleh bertanding dengan pemain lain untuk menentukan kedudukan rank anda.
    • “Skin” Watak
      Sesuaikan penampilan watak anda mengikut keinginan anda dengan pelbagai “skin” yang menarik boleh dipilih pada 3Dimensi.
    • Perlihatkan kemahiran anda sepenuhnya
      Semua watak dapat diperoleh secara percuma.

Anda juga boleh membuat pra-pendaftaran di Google Play untuk Android. Apa pendapat anda mengenai permainan ini dan adakah anda menantikan League of Legends: Wild Rift di platform mudah alih atau konsol melalui beta terbuka serantau atau adakah anda akan menunggu pelancaran penuh?

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.