Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

PUBG Map Baharu Paramo

0

PUBG Map Baharu Paramo telah pun diumumkan dan akan diperkenalkan pada season ke 9, dan kali ini ada kelainan pada peta baru yang akan berubah setiap perlawanan.

Setelah beberapa hari memberi bayangan, PUBG Corp akhirnya telah mengumumkan pelancaran peta akan datang battle royale, Paramo, yang mempunyai perbezaan ketara dari map biasa PUBG sebelum ini. Sebelum kemaskini akan datang dengan map baru ini, pemain pc boleh mencubanya terlebih dahulu ditest server dengan kemaskini versi 9.1.

PUBG Map Baharu Paramo bakal menjadi peta terkecil PUBG, dengan jarak hanya 3x3km, kemungkinan map baru ini akan memberikan gaya perlawanan yang pantas, seramai 64 pemain akan diturunkan pada map kecil ini, pastinya bukan seperti perlawanan biasa PUBG, saya membayangkan tembakan demi tembakan tanpa henti bakal berlaku. Apa yang menarik lagi mengenai map baru ini, tanda tempatnya akan berubah antara perlawanan, dengan bangunan mahupun kompleks yang baru saja anda mainkan pada perlawanan sebelum ini akan lenyap dan muncul di lokasi yang berbeza.

Untuk menjadikan permainan lebih mencabar map ini di tambah dengan gunung berapi. yang pastinya perlu diambil perhatian, ianya akan mengalirkan lava secara semula jadi, menyebabkan kesukaran perjalanan dengan berjalan kaki mahupun kenderaan anda. Sekiranya lava dan pemain musuh lain dapat anda elakkan, kawasan di luar zon biru pula akan menunggu dengan kesukaran tambahan, zon luar di peta baru ini melakukan lebih banyak kerosakan berbanding dengan map PUBG yang lain. Anda juga akan terbunuh dengan lebih cepat jika anda berada di zon luar berbanding dari map sebelumnya. Sekiranya anda bermain dengan rakan, mereka dapat menyelamatkan anda dengan kit penyembuh baru menggunakan “critical response kit”, yang hanya memerlukan beberapa saat untuk membangunkan semula pemain yang tersadai.

Dalam treler yang dikeluarkan pada awal minggu lalu, melihatkan helikopter dengan peti kargo besar ditembak jatuh, dan itu bukan sekadar treler sahaja. Ianya kemaskini di map baru, sebuah helikopter sokongan yang menurunkan pemain ke Paramo dan kemudian, semasa perlawanan, terbang dengan membawa peti kargo melintasi map. Sekiranya anda menembak helikopter tersebut sebelum mereka hilang dari kawasan perlawanan, anda boleh mendapatkan akses ke peti kargo . Sama seperti peti kargo yang lain, akan membekalkan bekalan, tetapi perbezaanya ialah pemain dapat mensasarkan dimana mahu peti tersebut jatuh dengan menembak helikopter tersebut.

PUBG Map Baharu Paramo juga ditambah dengan misi tersembunyi di tengah-tengah map Paramo, yang bersambung dengan “Fountain of Youth”.  Langkah pertama, mungkin adalah mendapatkan kunci bilik rahsia, dimana masih tiada maklumat khusus dan masih dirahsiakan oleh PUBG Corp, tetapi maklumat mendapati, bahawa kunci tersebut boleh dijumpai tanpa sengaja oleh pemain ketika pencarian kelengkapan perlawanan.

Map Paramo ini juga diketagorikan kepada “seasonal match”  yang datang dengan peraturan yang berbeza dan ianya juga diasingkan dari “matchmaking” biasa, dan hanya terdapat mod “third-person”(TPP). Ini adalah “pertandingan bermusim” yang disertakan dengan peraturan khusus, seperti tiada bot dan tidak termasuk dalam statistik “career” anda.  Merupakan mod perlawanan yang khusus untuk Musim 9, namun berkemungkinan akan muncul dalam musim tertentu akan datang.

Lain-lain Nota Kemaskini season 9:

Season 9 kali ini sangat pendek dari season biasa iaitu hanya 2 bulan, terdapat pas baru bertemakan map Paramo untuk di dapatkan, jadi pemain ada masa yang singkat untuk mendapatkan kesemua 50 ganjaran.

  • Season 9 kali ini hanya berlangsung selama 2 bulan
  • Season “rank” baru
  • Kemas kini keseimbangan senjata untuk Beryl M762 dan SLR
  • Matawang baru “G-Coins”
  • Pemadanan(queue) “rank” secara perseorangan

Kemaskini ini boleh didapati kepada umum pada 21 oktober 2020.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.