Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Panduan Roadmap Mobile Legends Tournament 2023 Sepanjang Tahun

0

Panduan lengkap Roadmap Tournament Mobile Legends 2023 yang dianjurkan oleh Moonton telah pun dipertunjukkan. Dalam posting ini, kami akan Menyenaraikan perjalanan kejohanan professional yang dianjurkan oleh Moonton.

Anda akan dapat mengetahui jadual pertandingan dan maklumat penting lain yang anda perlu tahu untuk menyaksikan pertandingan yang akan menentukan juara terbaru.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan aksi yang mencabar dari pasukan-pasukan terbaik dalam dunia Mobile Legends terutamanya dari Malaysia.

Mobile Legends Tournament 2023 Roadmap

Butiran penuh Mobile Legends Tournament 2023 dalam bentuk jadual waktu.

[table id=170 /]

Our tournament roadmap for 2023 is our most comprehensive yet, and we hope to introduce more third-party and nationally sanctioned tournaments this year,”kata Ray Ng, Ketua Ekosistem Esports Ecosystem Lead di M Summit.

Penerangan Tournament MLBB 2023

  • Mobile Legends Woman’s Invitational

    Tahun ini moonton akan mengadakan Pertandingan Invitational Wanita Mobile Legends atau MWI sebagai acara pertama dalam kejohanan profesional MLBB. Kejohanan ini sudah diadakan tahun sebelumnya. Dan kini, kejohanan ini kembali pada bulan Februari.

    Dalam acara pertama tahun lalu, pasukan Bigetron Era berjaya menjadi yang terbaik dan menambahkan prestasi baru dalam dunia MLBB wanita tempatan dan antarabangsa.

    Kami sangat bersemangat untuk menyaksikan siapa yang akan menjadi pemenang tahun ini. Para peserta yang berasal dari seluruh Asia Tenggara sudah bersedia dan pasti akan memberikan pertandingan yang sengit dan menarik.

    Pastikan anda lewati laman web kami pada hari kejohanan untuk mengikuti informasi terkini!”


  • Penganjuran di semua 7 wilayah MPL

    MPL adalah kejohanan tertinggi di setiap wilayah. Terdapat tujuh wilayah yang berbeza, iaitu Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Kamboja, Brazil dan MENA.

    Mengikut jadual atur acara ini akan di mulai dari bulan Februari hingga Mei 2023.

    Untuk semua MPL di wilayah Asia Tenggara (SEA), ini juga sangat penting untuk mendapatkan slot untuk bertanding dalam Piala Mobile Legends Asia Tenggara atau MSC.

    Moonton juga akan mengadakan kejohanan lain seperti NACT dan LATAM Super League. Dan juga ada kejohanan baru untuk pasukan di wilayah Turki.

    Mari kita sokong MPLMY dan Pasukan Malaysia yang bakal menwakili negara kita ke MSC”


  • SEA Games 2023 Cambodia

    Sukan Asia Tenggara akan berlangsung di Kamboja tahun ini. Acara ini akan berlangsung pada bulan Mei 2023.

    Menurut perancangan, acara ini akan menyajikan dua kategori MLBB, iaitu lelaki dan wanita. Pemain yang akan bertanding adalah mereka yang akan dipilih untuk memasuki pasukan negara untuk berjuang mendapatkan pingat untuk negara.

    Ini merupakan peluang yang baik untuk menyaksikan pemain-pemain terbaik bertanding dan berjuang untuk negaranya.


  • Mobile Legends Southeast Asia Cup 2023

    Acara MSC akan kembali pada tahun 2023. Acara ini akan mengumpulkan pasukan terbaik dari MPL dan acara profesional rasmi lain di Asia Tenggara.

    Tahun ini, Moonton telah memberikan lokasi bahawa Kamboja dipilih sebagai tuan rumah acara MSC 2023. Ini akan menjadi kali pertama negara ini menjadi tuan rumah kejohanan MLBB antarabangsa rasmi dari Moonton.

    Acara ini akan diadakan pada pertengahan Jun 2023.

    Sangat menarik untuk menyaksikan pasukan dari seluruh Asia Tenggara berjuang untuk menjadi yang terbaik.


  • Snapdragon Pro Series MLBB Challenge

    Cabaran Snapdragon Pro Series MLBB akan menjadi acara yang pertama dan terbaru dalam dunia berkompetisi MLBB 2023.

    Acara ini akan diadakan oleh ESL pada bulan Julai 2023

    Ini juga akan menjadi acara yang sangat menarik oleh para penonton dan penggemar MLBB, menambahkan lagi aktiviti yang kompetatif di peringkat antarabangsa.


  • World Cyber ​​Games Grand Finals

    World Cyber ​​Games atau WCG yang sudah lama tidak diadakan akan kembali tahun ini. Dan yang lebih menariknya, Mobile Legends akan menjadi salah satu game yang dipertandingkan.

    Jika kamu melihat format kejohanan pemain yang akan bertanding dalam WCG harus mengikuti siri pemilihan yang panjang yang dimulai pada akhir tahun 2022, Namun belum diketahui apakah akan ada slot khusus untuk tim profesional


  • Musim seterusnya di semua 7 wilayah MPL

    Tahukah kamu bahawa pusingan kedua akan adakan setiap tahun, para penggemar MLBB akan disajikan sekali lagi dengan persaingan pasukan terbaik dalam acara MPL peringkat wilayah yang akan diadakan di negara Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Kamboja, Brazil dan MENA.

    Acara MPL pada pusingan kedua setiap tahun merupakan salah satu yang paling ditunggu-tunggu karena pasukan terbaik di setiap wilayah akan mendapat slot untuk berkompetisi dalam M Series atau kejuaraan dunia MLBB M5.

    Selain MPL, Moonton juga akan mengadakan kejohanan NACT dan LATAM Super League. Namun, kejohanan baru di wilayah Turki belum diumumkan. Acara MPL ini akan diadakan dari Ogos hingga Oktober 2023.


  • ONE Esports MPL Invitational

    ONE Esports akan kembali mengadakan MPL Invitational atau MPLI. Acara ini akan mengumpulkan 1-2 pasukan terbaik dari wilayah Asia Tenggara untuk bersaing bersama 8 pasukan dari indonesia, merupakan kejohanan tambahan sebelum ke kejuaraan dunia.

    Berdasarkan pengumuman, MPLI 2023 akan diadakan pada November 2023.

    Perincian lebih lanjut seperti jumlah pasukan dan format yang akan digunakan masih belum diumumkan.


  • M5 World Championship

    Sudah siap untuk acara terbesar dalam skena berkompetisi MLBB 2023 Ya, M Series kelima atau M5! dimana kali ini tuan rumah acara sudah diumumkan, iaitu Filipina.

    Aturcara ini akan diadakan pada Desember 2023.

    Ini pasti akan menjadi acara yang sangat menarik untuk diikuti oleh para penonton dan penggemar MLBB di seluruh dunia. Walaupun Malaysia mengalami kekecewaan terburuk pernah dirasai, kita perlu lupakan dan buka buku baru, semua pihak perlu membantu dalam segala segi dan bukan mengharapkan beban pada atlet negara semata. Majulah sukan untuk negara!


Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.