Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Valorant Kemaskini Act 3

0

Valorant Kemaskini Act 3 akan tiba minggu depan dengan peta baru, siri skin baru, dan battle pass  yang akan diperkenalkan dengan trek ganjaran baru antara percuma dan premium yang berasingan. Kemudian pada bulan itu, watak baru bernama Skye, penyembuh dengan beberapa rakan haiwan ajaib, juga akan menyertai barisan agen Valorant.

Genesix adalah sebuah blog baru, kami masih tiada senarai penulisan yang banyak, untuk penulisan kali ini kami akan cuba menerangkan sedalam yang boleh mengenainya.

Valorant Kemaskini Act 3: Battle pass

Apa itu Act? setiap Act di Valorant menandakan permulaan kepada permulaan pertempuran baru, setiap Act mempunyai battle pass berlainan, dibahagikan kepada 10 bab,  anda  akan mendapat ganjaran di setiap bab secara Percuma, tetapi untuk premium(berbayar) terdapat tambahan mengandungi lima trek ganjaran pada setiap bab.

Pada nota kemaskini memaparkan barisan kosmetik baru yang boleh dibuka termasuk skin” senjata, “charm gun buddy”, “spray”, “Radianite points”, dan banyak lagi, akan dilancarkan pada 13 Oktober. “Battle Pass” premium berharga 1,000 mata Valorant, dan ciri-ciri, antara lain , “the Ruin”, “Jade”, dan koleksi “Surge skin” , Kali ini tiada Operator, “Pick my Strat sprays”, “Scuttle Trash” dan “Discotech gun buddies”.

Anda boleh melihat di galeri di bawah serba sedikit mengenai “Battle Pass” yang ditunjukkan di laman Valorant:

Valorant Kemaskini Act 3: Agen

Skye pada adalah adalah seorang penjaga hutan Australia yang mengembara bersama haiwan peliharaan yang kecil dan ajaib.

  • Trailblazer: Dia mampu mengawal dan mengendalikan harimau Tasmania yang, ketika diaktifkan, akan meletup dalam ledakan gegaran pada musuh yang terkena seragan ini.
  • Guiding Light:Dia juga memiliki helang yang boleh dikawal apabila di tekan akan mengaburkan visi musuh, dan akan memberikan kedudukan musuh yang berada dalam jarak kawasan ledakannya.
  • Regrowth: Skye membolehkannya menggunakan “trinket” untuk menyembuhkan semua sekutu dalam jarak dan garis penglihatannya, tetapi dia tidak dapat menyembuhkan dirinya sendiri.
  • Seekers: Membolehkan dia menghantar tiga haiwan pengesannya yang akan mengesan tiga musuh terdekat dan mengaburkan visi mereka.

Skye dijangka tiba lewat sedikit selepas kemaskini Act 3 di Valorant iaitu pada 27 Oktober

Valorant Kemaskini Act 3: Peta Baru

Peta baru, diberi nama Icebox, menampilkan ciri-ciri “ziplines” yang memberi peluang kepada pemain di bahagian Defender untuk mencapai ketinggian tertentu dalam peta itu dan 2 “bomb sites,

[bs-quote quote=”designed to emphasize skirmishes, sharp aim and adaptive play,” style=”style-3″ align=”left” author_job=”level design lead”][/bs-quote]

 

Premis permainan Icebox adalah bahawa setiap kawasan letupan bertujuan untuk menjadi ruang pertempuran yang kompleks yang mempunyai banyak tempat perlindungan dan bertahan,” katanya lagi

 

 

Icebox juga akan datang pada 13 Oktober, seperti siri “skin” baru: Koleksi “The Singularity” akan menampilkan “skin” untuk “Sheriff”, “Spectre”, “Phantom, Ares”, dan “melee weapons”, dan akan tersedia untuk pembelian secara individu atau dalam set koleksi bersama “player card” dan “gun buddy” untuk 8.700 mata Valorant. Koyak poket haha.

Lain-lain pada nota kemaskini Act 3

Act 3 juga mengubah suai sistem padanan perlawanan baru. Pemain hanya boleh dipadankan dengan pemain lain yang berada tidak lebih  3 “rank” di atas atau di bawah anda. Perubahan ini dapat menyelesaikan aduan pemain rata-rata tidak menyukai sistem padanan sebelum ini, yang membuatkan permainan boleh berat sebelah disebabkan dipadankan pemain yang berada di “rank” jauh lebih tinggi.

Juga tambahan baru iaitu “Act Ranks”, ini akan menjadi cara bagi Riot untuk memantau / mengesan kemajuan “rank” setiap pemain pada setiap akhir Act.

“Act Ranks” dipaparkan pada profil pemain dan akan menjadi lencana / piala.

Senarai kemaskini kepada sistem padanan pemain:

  • Tingkatkan Lencana Kedudukan Act
  • Padanan peringkat diturunkan dari 6 peringkat menjadi 3 peringkat
  • Pilihan pelayan(server) untuk mengurangkan ping anda
  • Permainan di peringkat “immortal” dan keatas akan ditentukan hanya 100% jumlah kemenangan dan kekalahan.
Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.