Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Genshin Impact Kejayaan 2 Minggu

0

Genshin Impact Kejayaan 2 Minggu selepas ianya dilancarkan, saya akui genshin impact telah memberikan saya perasaan pengalaman yang menyeronokkan mengembara di dalam permainan maya. Konsep permainannya walaupun bukan yang pertama, tetapi Genshin Impact telah melakukan sesuatu diluar jangkaan, dan apa yang menarik ianya merupakan permainan maya yang boleh dinikmati oleh “f2p”.

Menurut majalah PCGamer, impak Genshin MiHoYo telah menjana lebih dari $ 100 juta sejak dilancarkan secara global 2 minggu yang lalu,ianya merupakan 1 kejayaan yang besar buat syarikat dari china, mihoyo. Data dari beberapa sumber mengesahkan bahawa Genshin Impact telah menghasilkan AS $ 100 juta dalam 12 hari. Anggaran pengembangan permainan dilaporkan berada dalam lingkugan $ 100 juta, jadi pada ketika ini sepertinya miHoYo telah mendapatkan kembali kos pembangunan permainan tersebut dan mungkin telah mula menghasilkan keuntungan.

RPG Genshin Impact “open world” ini percuma untuk dimainkan, dilancarkan pada 28 September dan telah menjadi sangat popular di Jepun, Korea, dan China, disebabkan ianya mempunyai kontrovesi yang hebat di eropah dan amerika syarikat, ianya kurang mendapat perhatian disana.

[bs-quote quote=”Without a doubt the most successful launch for an original IP from a Chinese dev.” style=”style-17″ align=”left”][/bs-quote]

Pengulas industri permainan Asia yang terkenal Daniel Ahmad menjangkakan bahawa permainan ini mampu menghasilkan lebih daripada 1 bilion RMB, mata wang China. Atau bersamaan hampir AS $ 150 juta.

Itu menjadikannya bahawa Genshin Impact adalah kejayaan pelancaran global terbesar dari pemaju China.

Genshin Impact percuma ini untuk dimainkan, tetapi mempunyai oleh sistem kotak rampasan perjudian dalam permainan “gaya gacha”.

Ini adalah RPG dunia terbuka dengan banyak daya tarikan dan gaya grafik yang sangat cantik, serta banyak perkara yang boleh dilakukan lebih dari permainan maya yang anda pernah main. Walaupun permainan ini percuma dimainkan, tetapi yang pasti anda memerlukan daya kawalan diri yang tinggi, kerana permainan ini sama seperti kebayakkan permainan maya percuma lain, ianya secara langsung akan berkembang kearah “gacha” atau perjudian, . The Washington Post menerbitkan sebuah editorial mengenai tajuk tersebut dengan mengatakan  “gambling real-world cash in a casino where the house always wins.” – Boleh Baca DIsini

Akhir kata nasihat bagi pemain permainan maya, bagi yang muslim nikmatila permainan ini secara bersederhana, sebagai umat islam kita ditegah bermain judi(gacha). Banyak cara boleh kita main, jadikannya sebagai cabaran. Terima Kasih kerana sudi menbaca.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.