Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Genshin Impact Characters : Watak, unsur dan senarai kedudukan

0

Genshin Impact Characters atau watak adalah sangat penting. Setiap 24 watak yang ada sekarang mempunyai kemahiran elemen unik, senjata, dan bonus pasif untuk aktiviti seperti memasak dan melombong. Anda akan diberikan beberapa watak untuk memulakan pengembaraan, tetapi kebanyakan watak akan diperoleh melalui kotak rampasan Genshin Impact, yang disebut Wishes.

Tetapi bagaimana anda mengetahui jika watak yang baru anda miliki adalah MVP atau tidak berapa berguna? Jadi kami memberikan ulasan kali ini kepada Genshin Impact Characters  . Di bawah ini, anda akan mendapat gambaran ringkas mengenai setiap watak dan kebolehan Normalnya yang dikategorikan dalam senarai peringkat kedudukan. Karakter dikumpulkan dan diberi nilai huruf berdasarkan kelebihan mereka dalam pertempuran dan semasa menjelajah di dunia terbuka, bermula dengan watak yang paling berharga dalam peringkat S-tier. Sekiranya anda berhasrat untuk mengadakan kumpulan yang terbaik, anda harus mengikuti kelebihan watak teliti, atau, jika anda hanya ingin melihat bagaimana watak-watak kegemaran anda diberi penilaianoleh kami. lihat senarai tahap ringkas di atas.

Senarai S Tier

genshin impact diluc

Nama: Diluc
Elemen: Pyro
Senjata: Claymore
Kemahiran Elemen: Searing Onslaught melakukan slash ke depan yang menangani kerosakan Pyro dan dapat digunakan hingga tiga kali berturut-turut.
Elemental Burst: Dawn unleashes a phoenix yang akan menolak musuh kebelakang dan memberikan kerosakan Pyro yang sangat besar. Selepas itu, bilahnya akan berapi seketika dan memberi kerosakan tambahan pada kerosakan Pyronya.

genshin impact characters venti

Nama: Venti
Elemen: Anemo (angin)
Senjata: Busur
Kemahiran Elemen: Skyward Sonnet, memanggil hembusan angin kuat yang menolak musuh keatas udara dan menahan musuh di udara untuk seketika. Juga boleh digunakan untuk melantunkan diri anda ke udara jika keadaan memerlukan.
Elemental Burst: Wind’s Grand Ode, menembak anak panah angin raksasa ke arah musuh dan memberikan kerosakkan kepada mereka sambil menarik mereka ke depan.

Venti adalah salah satu watak Genshin Impact Characters yang paling dicari kerana kemahiran yang baik. Di antara dua kebolehannya, dia dapat dengan berkesan memengsankan(stun) sejumlah besar musuh untuk jangka masa yang agak lama. Venti juga hebat dalam pertarungan, sangat efektif jika anda dikepung oleh musuh pada jumlah yang banyak, Skyward Sonnet juga berguna untuk menyelesaikan beberapa teka-teki dan membuat pendakian sedikit lebih mudah dengan melantun menggunakan kemahiran ini. Dia berguna dalam hampir semua keadaan.

genshin impact characters Fischl

Nama: Fischl
Elemen: Elektro
Senjata: Busur
Kemahiran Elemen: Nightrider Fischl memanggil gagak elektrik untuk menyerang musuh berdekatan.
Elemental Burst: Midnight Phantasmagoria mengubah Fischl menjadi gagaknya, meningkatkan pergerakannya dengan sangat banyak, sambil secara automatik menyebabkan kerosakan Electro kepada musuh berdekatan.

Fischl adalah S-tier kerana kemudahan dan mobiliti. Sebagai pengguna busur, dimana kebiasaannya akan bertempur dari jarak yang selamat, tetapi bagi Fischl adalah lebih baik menggunakan Nightrider pada jarak berhampiran musuh dan kemudian beralih ke watak lain yang fokus pada DPS atau melakukan kombo elemen bersama dengan serangan Electro gagaknya. Sekiranya anda dikelilingi atau didorong ke sudut mati, kemahiran Midnight Phantasmagoria membolehkan anda melarikan diri dengan cepat tanpa mengalami kerosakan. Kedua-duanya adalah kemahiran yang sangat berguna.

Genshin impact characters qiqi

Nama: Qiqi
Elemen: Cryo
Senjata: Pedang
Kemahiran Elemen: Adeptus Art: Herald of Frost melakukan kerosakan Cryo kepada semua musuh yang berdekatan. Sekiranya anda menyerang mereka dengan serangan biasa, Qiqi akan menyembuhkan dirinya dan ahli kumpulannya.
Elemental Burst: Adeptus Art: Preserver of Fortune menandakan musuh yang berdekatan dan melakukan kerosakan Cryo yang berterusan. Mirip dengan kemahiran elemennya, menyerang musuh-musuh ini menjana semula HP untuk ahli kumpulannya.

Qiqi bukan sahaja watak Cryo terbaik, tetapi kemampuannya untuk menyembuhkan semula kesihatan yang sangat banyak menjadikannya pilihan yang mesti untuk pasukan mana sekalipun. Kedua-dua kemampuan Cryo-nya mampu menyembuhkan ahli kumpulan ketika dia menyerang musuh-musuh. Tetapi jumlah penyembuhan qiqi adalah bergantung kepada sekuat mana serangan kerosakan qiqi lakukan. Jadi anda perlu sentiasa meningkatkan tahap serangan kerosakannya dengan memakaikan qiqi baragan yang dapat menambah serangan kerosakan.

Senarai A Tier

Genshin impact characters jean

Nama: Jean
Elemen: Anemo (angin)
Senjata: Pedang
Kemahiran Elemen: Gale Blade menarik musuh ke arahnya dan kemudian membaling mereka ke arah yang dipilih dan menangani kerosakan Anemo yang besar.
Elemental Burst: Dandelion Breeze mewujudkan zon besar yang menolak musuh kebelakang dan melakukan kerosakan sambil menyembuhkan dia dan ahli kumpulan.

Jean hebat sebagai penyembuh, tetapi Venti dan Qiqi adalah pilihan yang lebih baik. Kawalan dan penyembuhannya tidak sebagus mereka, tetapi dia masih satu watak yang hebat jika anda tidak mempunyai Venti atau Qiqi. Seperti Qiqi, Jean’s Elemental Burst bergantung kepada kerosakan serangannya, jadi lengkapkannya dengan sebanyak mungkin item yang meningkatkan serangan kerosakan untuk meningkatkan jumlah penyembuhannya.

Genshin impact characters keqing

Nama: Keqing
Elemen: Elektro
Senjata: Pedang
Kemahiran Elemen: Stellar Restoration melemparkan bola elektrik yang melekat pada apa sahaja yang disentuhnya dan melakukan kerosakan. Jika anda menggunakan kemahiran itu lagi dalam masa sebelum bola elektrik hilang, Keqing akan melakukan teleport ke lokasi  bola elektrik tersebut, dan melakukan serangan slash Electro, atau anda boleh melakukan serangan pengecasan untuk melakukan serangan serangkai Electro di lokasi yang ditandai dengan bola elektrik.
Elemental Burst: Starward Sword melepaskan gelombang pedang Electro yang merosakkan semua musuh di depan Keqing.

Keqing adalah watak DPS yang dikagumi yang dilengkapi dengan pergerakan yang baik dari Kemahiran Elemennya. Dia dapat dengan cepat meluncur di sekitar medan perang atau bahkan tebing dan halangan lain menggunakan Stellar Restoration. Elemental Burstnya juga melakukan kerosakan yang besar, menjadikannya watak yang bagus untuk apa jua jenis kumpulan.

Genshin impact characters traveller

Nama: Traveller
Elemen: Anemo (angin)
Senjata: Pedang
Kemahiran Elemen: Palm Vortex menarik musuh ke arahnya dan kemudian menolaknya ke belakang, menyebabkan kerosakan Anemo.
Elemental Burst: Gust Surge menimbulkan puting beliung yang melanda ke depan, memerangkap semua musuh berhampiran dan melakukan kerosakan Anemo. Ia boleh digabungkan dengan elemen lain seperti Pyro untuk memberi lebih banyak kerosakan.

Inilah watak utama anda yang mendapat elemen Anemo ketika menjumpai Statues of the Seven yang terdapat di Mondstadt. Anda akan memulakan permainan dengan kebolehan Anemo ini dan mereka akan sangat berguna untuk jangka masa yang lama sehingga anda mendapat akses kepada watak Anemo yang lebih baik. Tetapi sehingga hari itu tiba, Traveller akan sangat berguna kerana mampu mengeluarkan kombo kerosakan yang besar.

Lihat video – Sejam pertama mencuba Genshin Impact

Genshin impact characters razor

Nama: Razor
Elemen: Elektro
Senjata: Claymore
Kemahiran Elemen: Claw dan Thunder penggunaanya agak rumit. Menekannya sekali akan melakukan serangan Elektro pantas dan akan memberi anda  sigil sementara yang meningkatkan kadar pengecasan semula tenaga Razor. Dia boleh memiliki tiga sigil pada satu masa, jika anda menekan kemahiran ini lagi selepas 3 sigil, sigil yang baru akan menggantikan sigil sebelumnya. Dengan menekan tanpa lepas kemahiran ini, razor akan melepaskan  ribut petir yang menghancurkan semua sigil Razor dan mengubahnya dengan segera menjadi Tenaga.
Elemental Burst: Lightning Fang Razor akan menerima semangat serigala, membolehkannya mencengkam lawan dengan pantas dan melakukan kerosakan Electro yang besar Razor juga akan kebal terhadap serangan Electro.

Genshin Impact Characters Razor ini pula sangat kuat, tetapi hanya jika anda menggunakan kemahirannya dengan betul. Anda juga mesti pastikan sentiasa mempunyai tiga sigil sebelum pertarungan agar boleh mencetuskan Elemental Burstnya bila diperlukan. Semasa dia menggunakan Lightning Fang, anda akan dapat melakukan kerosakan yang sangat besar apabila berhadapan dengan lawan perseoragan. Satu-satunya masalah ialah Razor lebih kepada lawan perseorangan, sehingga sangat sukar untuk menyusun kombo elemen bersama ahli kumpulan lain.

Genshin impact characters xaio

Nama: Xaio
Elemen: Ameno (angin)
Senjata: Polearm
Kemahiran Elemen: Lemniscatic Wind Cycling membuat Xiao berlari ke depan, merosakkan musuh di sepanjang jejaknya. Boleh digunakan dua kali berturut-turut juga ketika berada di udara.
Elemental Burst: Bane of All Evil mengubah Xaio menjadi raksasa, meningkatkan jarak serangannya dan mengubah kerosakan serangan normal menjadi kerosakan Anemo. Walaupun begitu, terus menerus menggunakan bentuk raksasa ini akan mngurangkan HP Xaio.

Xaio mempunyai beberapa mobiliti hebat yang berguna ketika menjelajah, tetapi kerosakan dia tidak setanding dengan watak DPS yang lain. Namun, dia masih satu watak yang kuat, terutama ketika menggunakan Elemental Burstnya– tetapi anda memerlukan satu watak penyembuh yang kuat kerana tanpanya Xaio akan menjadi beban kerana Elemental Burstnya memakan HPnya sendiri.

Genshin impact characters mona

Nama: Mona
Elemen: Hydro
Senjata: Catalyst
Kemahiran Elemen: Refleksi Doom memanggil hantu air yang mengutuk(taunt) musuh dan menangani kerosakan air kepada mereka.
Elemental Burst: Stellaris Phantasm memerangkap sebilangan besar musuh yang berdekatan didalam gelembung buih, menjadikan musuh lemah dan tidak boleh bergerak. Ketika menyerang didalam gelembung buih, musuh disumpah dan menerima lebih banyak kerosakan, tetapi gelembung itu juga akan pecah selepas itu, dan menyebabkan kerosakan Hydro.

Mona satu watak Genshin Impact Characters yang sangat bergaya dan juga menjadi satu-satunya watak yang dapat melintasi air tanpa perlu berenang, sangat berguna dalam beberapa keadaan. Perkara lain yang membuatnya sangat berguna adalah Kemahiran Elemennya, kerana ia mengutuk(taunt) musuh dan memberikan kerosakan yang sangat baik, walaupun tidak tergolong dalam kumpulan DPS. Mona juga mampu melepaskan kombo elemen yang kuat.

Genshin impact characters Xiangling

Nama: Xiangling
Elemen: Pyro
Senjata: Polearm
Kemahiran Elemen: Guoba Attack Xiangling menyeru panda magis  yang menghembus api kearah musuh beberapa kali selama beberapa saat.
Elemental Burst: Pyronado menyeru polearm sentiasa berputar dan dilapisi api yang mengelilingi Xiangling dan menyebabkan kerosakan Pyro besar.

Xiangling adalah Pyro DPS hebat yang hanya dibawah Diluc. Elemental Burstnya dapat dengan cepat menutupi seluruh medan perang dengan api bersama serangan polearmnya yang sangat cepat dan ganas. Satu-satunya kelemahan adalah bahawa Guoba Attack memerlukannya berada di kedudukan yang bagus untuk digunakan dengan berkesan. Panda akan selalu berpusing untuk menyerang musuh yang berdekatan, tetapi jika diletakkan dikedudukan yang salah ianya tidak dapat membantunya dalam pertempuran.

Genshin impact characters barbara

Nama: Barbara
Elemen: Hydro
Senjata: Catalyst
Kemahiran Elemen: Let the Show Begin Barbara menyembuhkan ahli kumpulan sambil melakukan penyembuhan sendiri secara berkala setiap kali melakukan serangan keatas musuh.
Elemental Burst: Shining Miracle menyembuhkan Barbara dan ahli kumpulan.

Genshin Impact Characters Barbara adalah salah satu daripada beberapa watak percuma dalam Genshin Impact, dan salah satu penyembuh pertama yang mungkin anda dapat. Nasib baik, dia sangat cekap dalam apa yang dia lakukan dan dia mudah digunakan. Let the Show Begin adalah cara yang bagus untuk mendapatkan sedikit penyembuhan, tetapi berhati-hati bahawa ia menjadikan Barbara berstatus basah, akan membuatkan serangan Cryo akan membekukannya. Shining Miracle adalah alasan sebenar untuk memilikinya, kerana ia akan menyembuhkan sejumlah besar HP untuk semua watak dalam kumpulan. Kedua-dua penyembuhan yang dilakukan dalam kebolehan ini bergantung kepada berapa banyak HP Barbara, jadi anda perlu melengkapkannya dengan barangan yang dapat meningkatkan HP.

Senarai B Tier

Genshin impact characters traveller

Nama: Traveller (Geo)
Elemen: Geo
Senjata: Pedang
Kemahiran Elemen: Starfell Sword memanggil seketul tanah yang meletus ke atas yang menyebabkan kerosakan Geo. Ia bertahan sebentar, jadi anda dapat memanjatnya atau menggunakannya untuk menyekat serangan musuh.
Elemental Burst: Wake of Earth melepaskan gelombang kejutan kristal yang menolak musuh ke belakang dan kemudian mengeras disisi kawasan terkesan tersebut, boleh digunakan untuk menyekat serangan atau menghalang musuh.

Sebaik sahaja anda sampai ke Liyue, anda boleh menukar jenis elemen watak utama anda kepada Geo. Ia tidak sekuat anemo, kerana kedua-dua kebolehan ini tidak bersinergi dengan elemen lain untuk melakukan kerosakan yang lebih besar. Apa yang menarik adalah Elemental Burstnya sangat berguna dalam menjarakkan jarak antara anda dan musuh anda. Starfell Sword juga diperlukan untuk menyelesaikan beberapa teka-teki di dunia terbuka, jadi anda akan sering beralih antara dua elemen anemo dan geo.

Genshin impact characters Chongyun

Nama: Chongyun
Elemen: Cryo
Senjata: Claymore
Kemahiran Elemen: Chonghua’s Layered Frost  Chongyun  akan menhentak tanah, mewujudkan medan sejuk beku pada skala yang besar dan menukar serangan biasanya kepada kerosakan Cryo.
Elemental Burst: Cloud-parting Star meyeru beberapa ketulan ais gergasi kemudian menghentam musuh di kawasan kecil dan melancarkannya ke atas.

Dia watak yang agak kebal mampu menerima kerosakan besar dari musuh , tetapi Elemental Burstnya tidak begitu berguna. Kemahiran Elemennya, sebaliknya, dapat memberikan sokogan dalam menjana kombo kerosakan besar atau membeku sekumpulan musuh yang banyak. Gunakan kemahiran elemennya dan kemudian teruskan dengan serangan normal bertali arus dengan efek tambahan kerosakan cyro, sangat berkesan digabungkan dengan watak elemen Hydro, kombo ini mampu membekukan sekumpulan musuh pada jarak yang luas.

Genshin impact characters klee

Nama: Klee
Elemen: Pyro
Senjata: Catalyst
Kemahiran Elemen: Jumpy Dumpty adalah bom yang melantun dan menandakan musuh, ianya akan berpecah kepada beberapa bom perangkap kecil dan akan meletup ketika musuh semakin dekat.
Elemental Burst: Sparks ‘n’ Splash menembak trio laser api yang akan meletupkan musuh selama sepuluh saat.

Sekiranya anda tidak mempunyai watak Pyro yang lebih baik seperti Xiangling atau Diluc, Klee adalah penganti yang cukup baik. Serangan biasanya adalah lemah, tetapi kedua kemahirannya melakukan kerosakan yang sangat besar pada skala yang besar.

Genshin impact characters Bennett

Nama: Bennett
Elemen: Pyro
Senjata: Pedang
Kemahiran Elemen: Passion Overload, jika ditekan, melakukan slash Pyro yang pantas. Sekiranya dikan beberapa saat tanpa lepas, Bennett mula mengecas. Sekiranya dibebaskan semasa fasa pertama pengecasan, Bennett menyerang dua kali dan melantun musuh. Sekiranya bertahan hingga fasa kedua, Bennett menyerang tiga kali, dengan serangan terakhir mencetuskan letupan besar yang melantunkan Bennett dan musuh.
Elemental Burst: Fantastic Voyage Bennett akan melompat kearah musuh dan menyerang, mewujudkan Medan Inspirasi yang besar dengan kesan yang berbeza-beza. Karakter dalam kawasan efek yang HP berada dibawah 70% akan menambah semula HP, dan jika watak di atas 70% HP mereka akan mendapat peningkatan serangan dan efek kerosakan Pyro dengan serangan biasanya.

Genshin Impact Characters Bennett adalah watak sokongan yang kuat yang paling baik digunakan untuk menambah kerosakan pada watak DPS lain. Setelah menggunakan Elemental Burst, anda pasti ingin beralih ke watak yang akan mendapat efek peningkatan serangan dan kerosakan Pyro, seperti Keqing.

Senarai C Tier

Genshin impact characters Kaeya

Nama: Kaeya
Elemen: Cryo
Senjata: Pedang
Kemahiran Elemen: Frostgnaw melepaskan letupan Cryo tepat di hadapan Kaeya dan membeku musuh.
Elemental Burst: Glacial Waltz mengelilingi Kaeya dengan tiga ais mengeliliginya, memberikan kerosakan kepada musuh yang terperangkap di jejaknya.

Salah satu watak yang anda akan dapat secara percuma, Kaeya tidak begitu berguna. Kedua-dua kemahirannya adalah jauh dibawah yang lain, jadi anda perlu menggantikannya dengan cepat.

Genshin impact characters lisa

Nama: Lisa
Elemen: Elektro
Senjata: Catalyst
Kemahiran Elemen: Arc Violet jika ditekan sekali ianya akan menembak bola Electro yang mengejar dan memberikan kerosakkan kepada musuh, atau jika anda tekan beberapa saat lama ia akan mengecas ribut petir besar yang menangani kerosakan Electro besar di sekitar Lisa.
Elemental Burst: Lightning Rose meyeru lampu terapung yang memberi kerosakkan kepada musuh berhampiran.

Seperti Kaeya, Lisa adalah watak percuma yang anda akan dapat, lisa juga perlu diganti sebaik sahaja anda memiliki seseorang yang lebih baik. Kebolehan Electro-nya kuat, tetapi Elemental Skillnya perlu dicas untuk berguna, menjadikannya sangat mudah diserang. Jika tidak, kerosakan serangannya hanya memberikan kerosakan minima.

Genshin impact characters Ningguang

Nama: Ningguang
Elemen: Geo
Senjata: Catalyst
Kemahiran Elemen: Jade Screen menyeru raksasa yang menyekat/menahan serangan jarak jauh.
Elemental Burst: Starshatter menembakkan beberapa proyektil kristal ke arah musuh. Sekiranya Jade Screen aktif, ia akan meningkatkan jumlah proyektil yang ditembak.

Kemahiran Ningguang berguna untuk bertahan dari seragan jarak jauh seperti musuh pemanah, tetapi sayangnya di Genshin Impact permainan secara bertahan/berlindung adalah tidak efektif.

Genshin impact characters Noelle

Nama: Noelle
Elemen: Geo
Senjata: Claymore
Kemahiran Elemen: Breastplate encases merupakan perisai Noelle yang menyerap kerosakan yang diterima dan memberikan sejumlah kecil kerosakan Geo kepada musuh. Ketika Noelle menyerang semasa kemahiran ini aktif, dia mempunyai peluang kecil untuk mengembalikan HP kepada ahli kumpulan yang lain.
Elemental Burst: Sweeping Time memperkuat pedang Noelle dengan aura Geo. Setelah beberapa serangan awal, diikuti serangan yang besar, jarak serangan biasa Noelle akan menjadi jauh lebih besar, memberikan kerosakan Geo, dan meningkatkan kerosakan serangan.

Noelle merupakan watak yang bole digunakan pada awal permainan, Elemetal burstnya mampu memberikan kerosakan yang besar ketika aiawal permainan jika anda kurang watak untuk melakukan serangan kombo. Seperti Ningguang bermain secara bertahan tidak efektif di Genshin Impact, juga kemahiran menyembuhnya sangat kecil, adalah lebih baik menggunakan watak penyembuh yang betul.

Genshin impact characters Xingqiu

Nama: Xingqiu
Elemen: Hydro
Senjata: Pedang
Kemahiran Elemen: Fatal Rainscreen menyeru beberapa pedang yang mengelilingi Xingqiu. Setiap kali dia menerima kerosakan, salah satu pedang itu pecah.
Elemental Burst: Raincutter mencipta lebih banyak pedang dan pedang-pedang itu akan menyerang musuh disekeliling anda. Pedang yang pecah akan muncul semula secara automatik, juga memberikan beberapa pengurangan kerosakan dari musuh.

Merupakan juga salah satu lagi watak pertahanan, sekali lagi watak pertahanan masih belum efektif di Genshin Impact.

Genshin impact characters Beidou

Nama: Beidou
Elemen: Elektro
Senjata: Claymore
Kemahiran Elemen: Tidecaller  jika ditekan sekali, melakukan pemotongan Electro pantas. Sekiranya tekan tanpa lepas, Beido menggunakan claymorenya sebagai perisai. Setiap kali musuh menyerang, kerosakan itu disimpan ke Claymorenya dan, ketika dibebaskan, akan dilancarkan kearah musuh di depannya.
Elemental Burst: Stormbreaker mengurangkan kerosakan yang diambil. Serangannya menyebabkan rantaian kilat melantun antara musuh.

Ia sangat sukar untuk menggunakan Kemahiran Elemennya dengan berkesan. Anda perlu memastikan waktu anda menahan kerosakan musuh perlulah tepat kerana ianya tidak mudah. Seperti biasa, Genshin Impact Characters watak pertahanan masih tidak nampak dimana pengunaannya lebih efektif dari serangan kombo.

Genshin impact characters Sucrose

Nama: Sucrose
Elemen: Anemo
Senjata: Catalyst
Kemahiran Elemen: Astable Anemohypostasis Creation  Ia mewujudkan semangat angin kecil yang menyedut musuh ke arahnya dan melakukan kerosakan Anemo.
Elemental Burst: Forbidden Creation mencipta semangat angin yang lebih besar yang menarik musuh satu demi satu dan kemudian menolak musuh. Ia juga akan bertindak balas terhadap elemen lain yang disentuhnya, seperti Pyro.

Sekurang-kurangnya watak ini agak berguna, tetapi watak Anemo lain jauh lebih baik didalam menarik musuh ke ruang terkurung dan juga kerosakan yang dilakukan watak ini lebih rendah dari watak elemen anemo yang lain.

Senarai D Tier

Genshin impact characters amber

Nama: Amber
Elemen: Pyro
Senjata: Busur
Kemahiran Elemen: Explosive Puppet mengutuk(taunt) musuh dan apabila ia hancur atau ketika pemasa habis, ia meletup dan melakukan kerosakan Pyro besar.
Elemental Burst: Fiery Rain memanggil pancuran anak panah api.

Amber, kemahiran yang mudah digunakan tetapi tidak kira dimana-mana tier list, pakar-pakar setuju mengatakan ini merupakan watak yang paling lemah untuk digunakan. jadi saya tidak dapat memihak kepada amber untuk kedudukannya yang ini.

Terima Kasih kerana membaca sehingga sini, ini merupakan tulisan terpanjang pertama genesix dan gambar-gamar adalah dalah Mihoyo dan senarai kedudukan Genshin Impact Characters dibuat menggunakan tiermaker.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.