Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Tune Talk Influencer Championship: Bertempur Bersama Influencer Pilihan

0

Penyedia telekomunikasi Malaysia, Tune Talk telah mengadakan kembali acara Tune Talk Influencer Championship, menampilkan influencer dalam permainan Players Unknown Battleground Mobile (PUBGM), Mobile Legends Bang Bang (MLBB) dan Call of Duty Mobile (CODM) seperti Master Ramen, Spartanker, Aina XGaming dan ramai lagi yang bertarung bersama anda, dan berpeluang memenangi sebahagian daripada jumlah keseluruhan hadiah berjumlah RM18,000.

Pada hari admin mengetahui mengenai kejohanan ini, kategori permainan Call of Duty Mobile (CODM) telah pun tamat. Bagi yang ingin menyertai Mobile Legends Bang Bang (MLBB) esok 9hb Disember merupakan tarikh akhir pendaftaran, tidak pasti masih mempunyai slot atau tidak, tapi boleh mencuba. Untuk pendaftaran PUBM pula akan bermula 10 – 16 Disember.

Promo – 01 – 31 Disember 2021 ini, Jualan Akhir Tahun Codashop, sebarang pembelian RM50 keatas menggunakan GrabPay, anda layak Nikmati Diskaun 12% dengan menggunakan kod promosi: GRABCODA

Status Kejohanan

Pendaftaran Dibuka

Pendaftaran

Untuk pendaftaran PUBGM dan MLBB sila ke halaman Muka Buku Tune Talk Community Cup FB hubungi admin sana.

Influencer Pilihan Tune Talk Influencer Championship

Akan dikemaskini. Sementara tu jom tengok keputusan Kejohanan Dunia M3 Mobile Legends

MLBB

  • Nessarose Cosplayer
  • FanCFreakz Entertainment
  • Rose Gaming
  • KBCSensei
  • MamaJess
  • Spartanker
  • Flare
  • KBCSensei
  • Intanserah

PUBGM

  • Summerr 夏天
  • 鬼眼丹丹 Evy
  • Aina XGaming
  • Miku Kyuketsuki
  • Sabrina Zainal

Selain itu Todak MLBB juga sedang mencari pelapis baru untuk menyertai barisan pemain pasukan. Jangan lupa mencuba!

“Selepas melihat peningkatan dalam industri esports, Tune Talk melihat peluang untuk memasuki ruang dan mengenali komuniti permainan yang relevan dengan gologan sasaran pelanggan kami. Perkongsian dengan influencer adalah penting dalam mendekati gologan ini kerana kami mahu mereka berasa berhubung dan mengetahui nilai jenama kami, dan bukannya semata-mata untuk mereka melihat produk kami,” kata Ameen Amaendran, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk. “Pemain mudah alih menghabiskan banyak masa pada telefon mereka, oleh itu kami ingin menjadi sebahagian daripada usaha digital mereka dalam menyediakan pengalaman mudah alih yang lancar dan tidak terganggu semasa kejohanan mereka. Melangkah ke hadapan, kami percaya industri yang dahulunya khusus akan terus berkembang dan melampaui ekosistem permainan.”

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.