Promosi Istimewa Sony PS4
Sony baru-baru ini telah mengumumkan perincian penjualan promosi istimewa Playstation mereka yang akan datang pada 11.11 . Promosi istimewa itu merangkumi tawaran dan harga diskaun untuk konsol PS4, bundle serta permainan dalam tempoh terhad.
Mengenai
Dari 11 November hingga 20 November 2020, pelanggan dapat membeli produk dan permainan berikut dengan harga promo dari peniaga Playstation Authorized, Sony Stores, dan juga peruncit elektronik terpilih.
Anda akan dapat memilih bundle diantara dua alat kawalan(controller), tetapi hanya mempunyai dua permainan sahaja, atau 1 alat kawalan(controller) bersama tiga permainan, pada harga yang lebih rendah daripada harga asal. Juga menampakkan beberapa warna alat kawalan(controller) Dualshock 4 dijual pada harga RM179, penjimatan sebanyak RM60.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai lokasi kedai di Malaysia, sila ikuti pautan ini: https://asia.playstation.com/en-my/support/retail-store/. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai promosi diskaun 11.11 Playstation, sila periksa URL berikut: https://www.playstation.com/en-my/local/campaigns/double-eleven

Harga
Mega Pack
RM1349 RM1049

Kandungan |
---|
PS4(Jet Black) -1TB HDD |
1 wireless Dualshock 4 controller |
3 Tajuk permainan PS4 - God of War (Disc) - Horizon Zero Dawn Complete Edition (Disc) -The Last of Us Remastered (Digital) |
PlayStation 4 Pro God of War™ / The Last of Us™ Remastered Bundle
RM1799 RM1399

Kandungan |
---|
PS4(JetBlack) CUH-7218BB01 - 1TB HDD |
2 wireless Dualshock 4 controller |
2 Tajuk permainan PS4 - God Of War (Disc) - The Last of Us: Remastered (Disc) |
DUALSHOCK 4 Wireless Controllers
RM239 RM179
