Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

PMGC 2020: Hari Kedua Grand Final Ditangguhkan!

0

Hari ke-2 PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2020 telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Pengumuman ini dibuat setelah perlawanan yang dijadualkan tidak dimulakan untuk waktu yang lama, penulis sendiri menungu lebih dari sejam. Setelah melakukan beberapa carian didapati terdapat masalah dalam jaringan di kawasan itu sejak semalam pada pertandingan kelima, ketika sedang berlangsung dipeta Sanhok, ianya dimainkan semula kerana masalah sambungan internet.

Para pemain yang sepatutnya bertanding secara offline berlangsung di Coca Cola Arena, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) terpaksa berpindah lokasi ke bilik hotel, selepas tiga pemain didapati positif Covid-19. Baca info lanjut disini.

Disebabkan itu mereka telah melaksanakan pelan kontigensi yang dinyatakan pihak PUBG Mobile Esports, setiap pemain akan bersaing secara berasingan menggunakan jaringan internet tersendiri dan bukannya berkumpul di lokasi kejohanan ini seperti yang dirancang sebelumnya.

Menerusi penstriman langsung PUBG Mobile semalam, perkara ini dikongsikan pengulas e-sukan J Hunter, memberitahu bahawa masalah sambungan internet itu telah dikenal pasti semalam dan telah diatasi. Namun, hari ini setelah beberapa jam menungu, didapati masalah itu masih lagi belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

PUBG Mobile juga telah mengeluarkan kenyataan di Twitter mengenai kelewatan yang mengatakan bahawa ia tidak akan dapat mengadakan perlawanan Hari ke-2 seperti yang dirancang dan mereka menangguhkan sementara perlawanan:

Merujuk permasalahan dihadapi semalam.

Melalui penerangan dari pasukan Konina Power, Difahamkan, beberapa pasukan yang bertanding masih mengalami masalah Internet walaupun selepas masalah itu dikatakan telah diselesaikan. Pihak penganjur juga telah memohon maaf atas kesulitan itu.

Susulan daripada itu, pada petang tadi, pihak PUBG Mobile Esports turut mengumumkan penambahan jumlah pusingan yang sepatutnya dilakukan pada hari ini. Dalam pengumuman jadual itu, setiap pemain akan melalui tujuh pusingan setiap hari berbanding enam hari pada jadual asal.

Jumlah penambahan pusingan itu adalah untuk memastikan pemain dapat beraksi dalam keadaan yang adil memandangkan terdapat masalah jaringan internet pada hari pertama Grand Final PMGC Musim Zero.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.