Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

M2 : Kekalahan Todak Harini Bukan Bererti Penamat

0

Terima Kasih Todak

Kisah Perjalanan di Mobile Legends World Championship M2

Berakhirnya kemaraan satu-satunya wakil Mobile Legends Malaysia, Todak yang terpaksa akur dengan kekuatan pasukan nombor 1 Filipina, Bren Esports selepas kalah 1-2 pada peringkat lower bracket Kejuaraan Dunia M2 seketika tadi.

M2 Terima Kasih Todak

Merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang diwakili Muhammad Danial Mohamad Faud (Ciku), Zikry Shamsuddin (Moon), Mohamad Aiman Idris (Xray) Wan Usman Wan Imran (4Meyz) dan Zairul Hazim Zailani (Stoo).

Todak sebelum ini bermula di peringkat kumpulan B, jumlah mata 0 dengan 2 kekalahan dan 2 kemenangan. Todak berjaya mara ke peringkat pusingan penentu (playoff) selepas mengalahkan pasukan EVOS SG pada semalam dengan kemenangan 2-0.



Hari ini pada perlawanan Playoff ke-2, Todak memulakan permainan yang sangat baik pada pusingan pertama dengan berjaya mengalahkan Bren Esports pada minit ke-17, dengan Eone sebagai pemain terbaik (MVP) pada perlawanan itu menggunkan Baxia. Strategi Todak pada ketika itu menjadi dengan fokus kepada objektif, walaupun ketinggalan jumlah “kill” sebanyak 2, tetapi Todak berjaya mendapatkan 10 “tower” berbalas 2, sekaligus memenangi pusingan pertama.

Namun momentum kemenangan Todak tidak kekal lama apabila penggunaan meta empat hero tank pada pusingan ke-2 tidak menjadi dan tewas dalam masa 11 minit 27 saat.

Bersambungnya pusingan ke-3, Todak juga dilihat dihimpit oleh pasukan Bren Esport pada pusingan ini apabila dua hero “mage” dari Bren Esports iaitu Harley dan Pharsa memberi kesan yang besar sehingga Todak tidak boleh melakukan serangan balas yang efektif, serangan demi serangan memecahkan kerjasama pasukan Todak menyebabkan tiada ruang bertahan boleh dilakukan. Bren Esports mendapat kemenangan ini dalam masa 12 minit 38 saat.

Kapten pasukan Mobile Legends nombor satu Filipina, Bren Esports, Angelo Kyle Arcangel (Pheww), yang diwawancara selepas kemenangan pasukanya menyifatkan strategi Todak pada perlawanan peringkat lower bracket Kejuaraan Dunia (M2) seketika tadi dilihat mudah dibaca.



Pheww berkata pemilihan META Todak dilihat sukar untuk mengadaptasi dengan corak permainan pihak lawan.

“Mereka dilihat hanya mempunyai satu strategi dan dilihat susah untuk melakukan serangan semula kepada pihak lawan.

“Kami mempelbagaikan strategi supaya kami boleh mengadaptasi dengan corak permainan lawan,”

“Todak juga dilihat mempunyai strategi yang spesifik yang boleh kami baca,” kata Pheww, tambahanya lagi.

Walaupun kemaraan Todak dihentikan awal pada kejuaraan dunia M2 kali ini, kami di genesix akan terus menyokong pasukan-pasukan dari Malaysia yang berusaha sedaya mungkin mengharumkan nama negara. Sokogan bukan terhenti disini, Todak dihujani ucapan terima kasih dari peminat di pelbagai media dalam talian;

Sokongan kepada Todak

Persaraan Tank Terhebat “EONE”

Disamping kejohanan dunia M2 ini, kami dimaklumkan Pemain profesional Mobile Legends tanah air Muhammad Rizwan Abdullah (Eone), tidak akan lagi bermain bersama pasukannya Todak. Ini merupakan kejohanan terakhir beliau, tetapi Eone disahkan akan terus bersama organisasi e-sukan tanah air, Todak selepas bersara dari arena kompetitif.

Terima Kasih Eone Todak

Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Radzi Rahman Ibrahim (Ikuto) berkata, pihaknya mahu menyediakan laluan kerjaya yang lebih terjamin bagi pemain-pemainnya yang memilih untuk bersara.

“Todak ingin mengekalkan satu ekosistem e-sukan, contohnya bermula sebagai pemain, kemudian sebagai jurulatih atau pengurus.

“Kami sudah memilih laluan kerjaya terbaik untuk Eone,tetapi perkara itu akan kami maklumkan pada masa akan datang,” kata Ikuto.



Jelas Ikuto lagi, Eone telah menyuarakan hasratnya untuk bersara sejak tamat Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPLMYSG) Musim Keenam yang lalu.

Pencapaian

Eone telah bersama pasukan Mobile Legends Todak sejak tahun 2018. Antara pencapaian bersama Eone dan Todak adalah:

  • Juara Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura Musim Keenam 2020
  • Naib Juara Grand Final ONE Esports Mobile Legends Invitational (Malaysia) 2020
  • Tempat Ketiga Kejohanan Dunia Mobile Legends (M1) 2019
  • Naib Juara Liga Profesional Mobile Legends Malaysia dan Singapura Musim Keempat 2019
  • Juara Kejohanan Mobile Legends Geek 2019
  • Juara Kejohanan SupaComic Allstar 2019
  • Tempat Ketiga Kejohanan Cyberview 2019
  • Juara Mobile Legends Diamond Challenge Season 3 2019
  • Juara Kejohanan Gempak Starz 2018
  • Juara Kejohanan Games Spark 2018
  • Naib Juara Kejohanan LEO 2.0 2018

Terima kasih Eone kerana memeriahkan arena esport Malaysia dengan pelbagai kejayaan yang membanggakan. Moga akan terus maju kehadapan dimasa hadapan.


 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.