Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

PMGC 2020 : 3 Pemain Positif Covid-19, Lokasi Perlawanan Dibatalkan!

0

Final PUBG Mobile Global Championship (PMGC) 2020 yang sepatutnya akan diadakan di lokasi Coca-Cola Arena di Dubai seperti yang dirancang sebelumnya telah dibatalkan. Pemain akan bersaing dalam acara ini secara dalam talian (online) setelah tiga pemain diuji positif untuk COVID-19, PUBG Mobile Esports mengumumkan di Facebook hari ini.

Menurut pegawai PUBG Mobile, ketiga-tiga pemian tersebut yang positif kini sedang menjalani kuarantin dipantau secara berkala. Mereka yang mempunyai kontak rapat pemain tersebut juga akan menjalani saringan Covid-19.

Didalam pengumuman tersebut diberitahu bahawa pemain-pemain tersebut masih sihat dan belum menunjukkan sebarang gejala.

“Pasukan kami akan memberikan segala sokongan yang diperlukan, termasuk bantuan perubatan dari segi kemudahan kesihatan dan kami berdedikasi untuk memastikan pemain-pemain tersebut pulih sepenuhnya,” – Pegawai PUBG Mobile Esports

Syarikat itu mengatakan kesihatan dan keselamatan para pemain tetap menjadi “keutamaan utama” dan telah  membuat keputusan berdasarkan pelan kontigensi dengan setiap pemain akan bersaing secara berasingan dengan jaringan internet tersendiri dan bukannya berkumpul di lokasi kejohanan seperti yang dirancang sebelum ini.

PUBG Mobile Esports juga mengatakan pihaknya akan meneruskan kejohanan seperti yang dijadualkan dan akan memastikan setiap pasukan boleh bersaing dalam keadaan yang selamat dan adil. Mengikut maklumat, setiap pemain PMGC masih tinggal di salah sebuah hotel di Bandar Al Habtoor, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) .

Jelasnya lagi, setiap pemain kini menjalani kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga dan akan bermain secara berasingan.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.