Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Pasukan Pro Esports Ukraine NAVI Menyertai Mobile Legend

0

Pasukan pro esports Ukraine, Natus Vincere NAVI menyertai Mobile Legend di kejohanan yang kompetatif, kenyataan dibuat setelah mereka menandatagani perjanjian bersama Deus Vult.

NAVI, merupakan juara DOTA 2 The International yang pertama pada 2011, telah mendapatkan skuad Deus Vult. Pemain yang baru ditandatangani ini akan ke Singapura dan bertarung untuk mendapatkan sebahagian daripada kumpulan hadiah bernilai $800,000—merupakan hadiah terbesar dalam sejarah kejohanan Mobile Legends.

Baca Juga informasi terkini mengenai kejohanan dunia Mobile Legends M3

Dalam satu kenyataan, NAVI berkata;

“Deus Vult adalah pasukan terkuat di rantau kami dan banyak memenangi kejohanan liga.

“Pada tahun ini, mereka berada di tempat pertama dalam Liga Mythic Mobile Legends dan akan bermain di kejohanan dunia untuk kali ketiga,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Stanislav “SAWO” Reshniak (kapten) juga berkata;

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada kelab esports NAVI. Ia adalah langkah besar untuk kami dan rantau kami dalam Mobile Legends. Kami mempunyai motivasi yang besar untuk menunjukkan yang terbaik pada kejohanan yang akan datang. Kami mengharapkan sokongan anda!”

NAVI Mobile Legends Roster

??Stanislav “SAWO” Reshniak (kapten)
?? Kemiran “Sunset Lover” Kochkarov
?? Ruslan “Lil” Degtev
?? Andriy “Defender” Martynenko
?? Maxim “Nagib” Dudich

?? Alexandr “WarBarbie” Korystin (jurulatih)

Anda boleh mengikuti perkembangan mengenai berita ini di laman rasmi mereka.

Diharapkan setelah NAVI menyertai Mobile Legend, kita dapat melihat saingan sengit dan META unik yang menarik untuk ditonton peminat esukan di seluruh dunia.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.