Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Netflix Secara Rasmi Perluaskan Perkhidmatannya Ke Permainan Android

Netflix secara rasmi mengumumkan bahawa ia memperluaskan perkhidmatannya kepada permainan mudah alih di Android.

Ini bermakna Netflix akan menawarkan permainan mudah alih bermula hari ini pada 4 November. Memandangkan ini adalah langkah pertama dalam pengembangan permainan mudah alih Netflix, permainan akan tersedia hanya pada versi Android sebagai permulaan. Untuk pengguna Android, anda akan melihat tab permainan dan baris permainan baharu pada applikasi Netflix anda.

Senarai awal lima permainan mudah alih yang tersedia di Netflix bertajuk berikut;

  1. Stranger Things: 1984 (BonusXP)
  2. Stranger Things 3: The Game (BonusXP)
  3. Shooting Hoops (Frosty Pop)
  4. Card Blast (Amuzo & Rogue Games)
  5. Teeter Up (Frosty Pop).

Bagaimana Permainan Android di Netflix Berfungsi:

  • Hanya langganan Netflix diperlukan.
    Tidak perlu membayar langganan berasingan untuk bermain permainan — tiada iklan, tiada yuran tambahan dan tiada pembelian dalam applikasi.
  • Tersedia pada Android
    • Ahli pada telefon mudah alih Android akan melihat baris permainan dan tab permainan khusus di mana mereka boleh memilih mana-mana permainan untuk dimuat turun.
    • Ahli pada tablet Android akan melihat baris permainan khusus atau boleh memilih permainan daripada menu lungsur kategori untuk dimuat turun dan dimainkan.
  • Boleh diakses pengguna Netflix di seluruh dunia.
    Permainan mudah alih Netflix tersedia dalam banyak bahasa, dan tetapan permainan akan secara automatik kepada set keutamaan dalam setiap profil Netflix. Jika bahasa itu belum tersedia, tetapan permainan akan menggunakan bahasa Inggeris.
  • Setiap Profil pada Akaun boleh dimainkan
    Ahli akan dapat bermain permainan pada peranti mudah alih berlainan pada akaun yang sama.
  • Dewasa sahaja
    Permainan ini tidak tersedia pada profil kanak-kanak. Jika pengguna telah menyediakan PIN untuk menghalang kanak-kanak daripada mempunyai akses kepada profil dewasa, PIN yang sama akan diperlukan untuk log masuk ke Netflix dan bermain permainan pada peranti.
  • Tiada sambungan internet diperlukan untuk permainan terpilih
    Walaupun sesetengah permainan mudah alih mungkin memerlukan sambungan internet, yang lain akan tersedia untuk dimainkan di luar talian.

Netflix juga telah menyatakan bahawa ini hanyalah permulaan pengembangan permainannya. Jadi, jangkakan untuk melihat lebih banyak permainan daripada Netflix tidak lama lagi, dan mungkin ketersediaan pada platform lain juga.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.