Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Senpai Cup Valorant Dan MLBB, Liga Komuniti Esukan

0

Satu lagi kejohanan Senpai Cup Valorant Dan MLBB akan diadakan anjuran oleh Agri Mind, Malaysian Esports & Gaming Fair, Crit Esport dan ServerDNA. Dengan kumpulan hadiah bernilai RM14,200 (RM7,200 setiap tajuk). Peluang yang baik bagi pemain yang bercita-cita mencipta kerjaya profesional. Terbuka kepada semua pemain amatur di Brunei dan Malaysia (jika anda pernah bertanding dalam MPL atau VCT, anda tidak dibenarkan), tempoh pendaftaran adalah dari sekarang hingga 10 November.

Status Kejohanan

Pendaftaran Ditutup

Pendaftaran

Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi borang pendaftaran di pautan dibawah sebelum 10 November atau slot pendaftaran telah penuh;
Borang Pendaftaran Senpai Cup

Jadual Senpai Cup Valorant Dan MLBB

MALAYSIA

Valorant, Peringkat Kelayakan : 13 – 14 November 2021
MLBB, Peringkat Kelayakkn : 20 – 21 November 2021

BRUNEI

Valorant, Peringkat Kelayakkan : 12 – 14 November 2021
MLBB, Peringkat Kelayakkan : 19 – 21 November 2021

PLAYOFFS

4 – 5 Disember 2021

Masa

Masa Daftar Masuk – 9.30 pagi (GMT +8)
Masa Kejohanan – 10.00 pagi – 6.00 petang (GMT +8)

Piala Senpai akan disiarkan secara langsung di halaman Facebook MSG Fair

Format

Format Kejohanan

  • Kelayakan : Penyingkiran Tunggal , Best-of-3, 2 Teratas
  • Playoff : Penyingkiran Tunggal , Best-of-3

(*Format kejohanan tertakluk kepada perubahan mengikut bilangan pasukan)

Syarat-Syarat

Pemain yang TIDAK DIBENARKAN menyertai kejohanan ini:

  • Pemain yang pernah bermain untuk mana-mana Liga Profesional Mobile Legends ( MPL)
  • Pemain yang telah memenangi kumpulan hadiah terkumpul lebih daripada USD15,000 dalam kejohanan MLBB sebelum ini.
  • Pemain yang kini di bawah kontrak pemain profesional dengan mana-mana persatuan/organisasi esport.
  • Pemain yang pernah menyertai Kejohanan Juara Valorant (VCT).
  • 1 pemain gantian dibenarkan untuk setiap pasukan
  • PEMAIN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SAMBUNGAN RANGKAIAN MEREKA SENDIRI.
  • Pemain perlu mempunyai akaun permainan mereka sendiri untuk menyertai kejohanan.
  • Penganjur tidak akan menyediakan sebarang akaun untuk pemain.
  • Perkongsian dan percubaan akaun (Pemain lain yang bermain dan bukannya pemain asal yang didaftarkan) adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pemain yang telah didapati bersalah akan dihukum dan/atau hilang kelayakan.

Hadiah Terkumpul

Prizepool Kelayakan ( Untuk setiap tajuk permainan ) :
Pertama : RM 1,000
Kedua : RM 800
Ketiga : RM 500

Playoff Prizepool ( Untuk setiap tajuk permainan ):
Johan : RM 1,500
Tempat Kedua : RM 1,000

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.