Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Jalur 14 Part 1: Dokumentari Mengenai 14 Lagenda eSport Malaysia

0

Mengikut statistik dunia, informasi daripada Hootsuit, diMalaysia 84% mereka yang berumur dari 16-64 tahun bermain game atau sekurang-kurangnya memasang permainan elektronik pada pelbagai peranti permainan termasuk telefon mudah alih. Ia menunjukkan Malaysia merupakan antara 10 tangga teratas dunia mempunyai pemain yang aktif. Jalur 14 Part 1 diterbitkan bagi menceritakan sejarah esukan diMalaysia.

Berita gembira bagi peminat yang mengikuti perkembangan permainan esports dan bahawa eGG Network dengan kerjasama Esports Integrated (ESI) di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melancarkan siri dokumentari e-sukan dan gaming pertama di Malaysia iaitu Jalur 14.

 

Dokumentari 5 episod menceritakan kisah legenda Dota, Chai ‘Mushi’ Yee Fung, Ng ‘YamateH’ Wei Poong; Pemenang pingat emas esport pertama Malaysia, Dr. Yew Weng Kean; bersama dengan pemain muda dalam industri seperti Mohd Fariz ‘Soloz’ Zakaria, Ahmad Fuad ‘Fredo’ Bin Razali, Andriyana Binti ‘ChuChu Gaming’ Mohamed Ghazali; dan ramai lagi. Dari “zero to hero”, mereka berkongsi perjuangan, cabaran, dan pengalaman mereka ke jalan menuju kejayaan mengibarkan Jalur Gemilang kita di persada dunia. Ketahui semua tentang perjuangan, kesukaran, rintangan yang mereka hadapi, dan apa yang akan datang.

[table id=30 /]

Malaysia mempunyai sejarah panjang dengan esports, dengan atlet terkenal di peringkat antarabangsa. Dan dengan Jalur 14, akhirnya ada siri dokumentari yang menceritakan kisah mereka. Dan Jalur 14 juga akan melihatkan kembali sejarah 14 tahun industri ini Malaysia. Menceritakan juga mengenai mereka yang telah menyumbang kepada perkembangan esports secara langsung. Ini termasuk Hasnul Hadi Samsudin, bekas naib presiden Bahagian Kandungan Kreatif Digital MDEC.

Baca Juga Jalur 14 Part 2

Tayangan perdana Jalur 14 Part 1 akan ditayangkan hari Khamis, 26 November 2020 jam 21:00. Tonton episod pertama Jalur 14 setiap hari Khamis, 9 malam (GMT +8) dari 26 November 2020, di Rangkaian eGG Astro CH800, yang tersedia untuk semua pelanggan Astro. Ia juga akan ditayangkan pada Awani (CH501) setiap hari Ahad, 10 malam (GMT +8) dari 29 November 2020 dan AEC (CH346) setiap hari Sabtu, 7 malam (GMT +8) dari 5 Disember 2020.

Acara pelancaran Jalur 14 dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican(tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated, Ahmed Faris Amir(kanan) dan Ketua Sukan, eGG Network, Astro, Lee Choong Khay.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.