Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

PMGC 2020 Musim 1 Grand Final: Jadual dan Senarai Kumpulan

0

❗️ PMGC Musim 2 boleh dilihat di halaman PMGC MUSIM 2❗️

Pautan ke Grand Final PMGC 2020

PUBG Mobile Global Championship 2020

PUBG Mobile Esports telah mengeluarkan perincian mengenai PMGC 2020 Musim 1 [PMGC 2020] yang diumumkan pada bulan Ogos 2020 lalu, merupakan acara terakhir PUBG Mobile untuk tahun ini. PMGC 2020 akan menampilkan 24 pasukan dari seluruh dunia yang telah layak atau dijemput untuk bertanding dan memenangi hadiah terkumpul yang sangat besar sebanyak RM8.2 juta, menjadikannya acara terbesar dalam sejarah PUBG Mobile. Peringkat liga akan berlangsung dalam talian kerana wabak COVID-19 yang sedang melanda.



Hadiah

Pembahagian wang hadiah adalah seperti berikut:

Peringkat liga sebanyak AS$769,000 (RM3,179,046)
Peringkat akhir liga sebanyak AS$1,231,000 (RM5,088,954).

PUBG Mobile Global Championship 2020 Prize

PUBG Mobile Esports ada berkongsi butiran mengenai jadual, pasukan, format dan banyak lagi mengenai PMGC 2020, melalui video tayangan perdana di YouTube rasmi mereka. Perkara-perkara yang penting perlu diketahui disimpulkan didalam artikel ini.

Kumpulan Layak ke PMGC

Bilangan pasukan yang akan mengambil bahagian dalam PMGC 2020 meningkat dari 20 menjadi 24

Liga Dunia Timur
1.Bigetron Red Aliens
Liga Dunia Barat
1.Futbolist
PMPL Asia Tenggara
1.Aerowolf Limax
2.Rrq Athena
3.Secret Jin
4.Power888 Kps
5.Team Secret
PMPL America
1.Loops
2.The Unnamed
3.Execute Esports
4.A7 Esports
Liga Eropah, Timur Tengah & Afrika
1.Natus Vincere
2.Klas Digital Athletics
3.Godsent
4.Konina Power
PMPL Asia Selatan
1.Abrupt Slayers
2.Drs Gaming
3.A1 esports
PEL 2020 Championship Points
1.Four Angry Men
2.Nova Esports
Street Challenge 2nd Half
1.Archer Restart
Liga Jepun
1.Blue Bees
Finals Wildcard
1.Z3us Esport
Direct invite
1.TBA

Jadual dan format

Format

Pasukan yang layak ke acara ini adalah berdasarkan kelayakan Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) yang berlangsung pada bulan Julai sehingga Oktober yang lalu.

16 pasukan teratas di akhir Peringkat Liga PMGC 2020 yang mengumpulkan mata kejuaraan terbanyak akan layak ke Final PMGC.


Jadual

Tarikh

Peringkat Liga PMGC 2020 akan bermula pada 24 November dan akan berakhir pada 20 Disember.

Penjadualan – Tiga Peringkat Pertandingan

Peringkat liga akan diadakan selama lima hari pada setiap minggu.

Jadual PMGC 2020

Super Weekend – Peringkat Kelayakkan

Dua hari pertama setiap minggu akan menyaksikan pasukan-pasukan bertanding untuk memenuhi syarat untuk Super Weekend minggu itu.

  • Tiga kumpulan yang terdiri daripada lapan pasukan setiap kumpulan, berdasarkan pilihan kumpulan mereka yang disediakan oleh pihak penganjur.
  • Perlawanan setiap hari Selasa dan Rabu.
  • Enam perlawanan setiap hari, dua belas perlawanan setiap minggu.
PMGC 2020 Super Weekend Schdule
Kumpulan kelayakkan Super Weekend PMGC 2020
Kumpulan A
Aerowolf LIMAX ( Indonesia, SEA)
PW88 KPS ( Thailand, SEA)
Loops Esports (Brazil, Americas)
DRS Gaming (Nepal, SA)
Team GODSENT (Sweden, Europe)
NOVA XQF (China)
ArCRESTART (South Korea)
BLUE BEES (Japan)
Kumpulan B
Secret Jin ( Thailand, SEA)
Abrupt Slayers (Nepal, SA)
The Unnamed (Vietnam, Americas)
Klas Digital Athletics (Turkey, Europe)
Four Angry Men (China)
Z3US ESports (Wildcard Finals)
A7 Esports (Brazil, Americas)
Konina Power (CIS)
Kumpulan C
RRQ Athena (Thailand, SEA)
Execute Esports (USA, Americas)
Natus Vincere (CIS)
Bigetron RA (Indonesia, SEA)
Futbolist (Turkey, Europe)
Team Secret (Malaysia, SEA)
A1 Esports (Bangladesh, SA)
Invitational Slot

Super Weekend

  • 16 pasukan teratas dari Kelayakan Super Weekend setiap minggu akan bermain Super Weekend.
  • Perlawanan yang akan dimainkan selama empat minggu setiap hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad.
  • Enam permainan setiap hari, 18 setiap minggu.
  • Jadual mata Super Weekend akan menentukan kedudukan liga sebenar.
Super Weekend

Final Liga PMGC 2020 Musim 1

Jadual untuk Final Liga belum diumumkan. Ia dijangka diiklankan pada 24 November, pada hari peringkat liga bermula. Final Liga dikhabarkan akan dipertandingkan secara LAN; namun, belum ada pendedahan mengenai berita ini.


 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.