Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Jalur 14 Part 2: Sambungan Lagenda Esukan Malaysia

0

Jalur 14 kini kembali dengan bahagian ke-2 dokumentari mengenai kejayaan pemain dan pasukan e-sukan negara yang berjaya mencipta sejarah sepanjang tiga tahun kebelakangan ini. Bahagian ke-2 ini lebih mengetengahkan kejayaan e-sukan sepanjang tahun 2022 di mana pasukan dan individu tanah air mencipta nama di luar negara. Tontonan istimewa pra-tonton telah bermula pada 22 Februari 2023, jam 7 malam, dan akan disiarkan di beberapa platform termasuk Astro Arena, Astro AEC dan sooka Malaysia.

Poster Promosi Tontonan Jalur 14 Part 2

Dalam dokumentari Jalur 14 Part 2, Flava (Muhammad Farouq) akan mempamerkan tiga episod yang menampilkan kejayaan pemain dan pasukan e-sukan Malaysia sepanjang tahun 2022. Dokumentari ini diproduksi oleh KBSMalaysia, ESI – Esports Integrated, Astro dan eGG, dan turut disokong oleh Predator Gaming, ZOTAC dan Sun Cycle Malaysia.

Jalur 14 Part 2 Menteri Kementerian Belia & Sukan

Kehadiran Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh dalam acara tersebut menunjukkan sokongan kerajaan Malaysia terhadap industri e-sukan. Beliau mengakui bahawa dokumentari ini bukan sahaja memaparkan pencapaian bakat-bakat ini, tetapi juga menekankan impak e-sukan terhadap negara.

“Kisah-kisah inspirasi atlet e-sukan muda Malaysia dan kejayaan mereka dalam mencapai puncak menunjukkan potensi yang tidak terbatas pada generasi muda kita dan kepentingan untuk memberikan mereka peluang untuk mengejar passion mereka dan mengembangkan kemahiran mereka,” kata Yeoh semasa tayangan pra-tonton ‘Jalur 14’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Baca Juga Jalur 14 Part 1

“Dokumentari ini bukan sahaja memaparkan semangat bersaing dan dedikasi atlet e-sukan kita, tetapi juga menjadi pengingat betapa pentingnya melabur dalam pertumbuhan dan pembangunan generasi muda kita melalui program yang mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif, membina kemahiran kerjasama dan kepimpinan, dan menciptakan jalan baru untuk kejayaan. Dengan itu, mari kita terus sokong dan galakkan pertumbuhan e-sukan di Malaysia dan memberdayakan anak muda kita untuk mencapai potensi penuh mereka.”

Tambahan dari ucapan beliau “e-sukan Malaysia bukan lagi ad hoc kepada sukan Malaysia tetapi telah diserap masuk ke dalam Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu sukan rasmi yang akan dipertandingkan dibawah seliaan KBS.”

Peminat e-sukan juga boleh menonton Jalur 14 bahagian dua di Facebook eGG Network / Astro dan TikTok @eggnetwork / @astroarena. Juga tonton secara dalam talian di sooka. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejayaan e-sukan negara dan memperoleh inspirasi dari bakat-bakat muda Malaysia.

[table id=177 /]

Barisan Atlet & Krew Jalur 14 Part 2

Sumber Rujukan, Adalah infomasi dari ESI Malaysia, Egg Network dan IGN

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.