Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

EChouLOUD M4 Champion Skin Chou Kini Tersedia

0

Berita menarik dari MOONTON Games yang bekerjasama dengan juara dunia M4, ECHO! Kalau kalian belum tahu, hari ini moonton telah mengumumkan – EChouLOUD M4 Champion Skin telah diperkenalkan secara rasmi!

Chou, fighter hero yang memang popular walaupun di pertandingan peringkat dunia dalam arena Mobile Legends? Nah, sekarang bayangkan dia memakai jersey ikonik pasukan ECHO sambil menunggang ombak dengan orca ungu legenda mereka!

Yang lebih menariknya, skin Chou ini hasil gabungan kerjasama antara MOONTON Games dan pasukan ECHO. Skin Champion M4 ini dihasilkan dengan tujuan memperlihatkan kekuatan pasukan esports antarabangsa yang sangat dihormati ini. Melalui gambaran orca, simbol pemangsa puncak laut, ia mencerminkan ECHO sebagai calon teratas dalam dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) esports. Orca berburu dalam kumpulan, seperti strategi bermain pasukan ini yang penuh dengan kemenangan.

Menurut kata Mitch Liwanag, Pengurus Pasukan ECHO yang berkata, “Kami sangat berterima kasih kepada MOONTON Games kerana bekerjasama rapat dengan kami. Kami seronok mengambil bahagian dalam proses ini, dan hasil akhirnya benar-benar mewakili visi kami sebagai pasukan. Kami harap peminat-peminat kami, the orcas, akan menyokong kami dan memiliki skin Juara M4 kami sendiri.”

Bukan itu saja, Tristan “Yawi” Cabrera, bintang roamer ECHO, juga berkongsi pendapatnya, “Reka bentuk skin ini hebat dan luar biasa, memang sesuatu yang kami suka. Bahkan jaket ECHO yang saya minta dimasukkan pun digunakan. Kami gembira dengan rekaan skin ini dan kami berharap peminat-peminat kami juga menyukainya.”

Yawi Comment m$ Skin Design

Lagi satu perkara menarik – EChouLOUD M4 Champion Skin akan menjadi hero fighter pertama yang mempunyai skin yang direka khas oleh Juara Dunia M. Bagi memberi kembali kepada komuniti MLBB, MOONTON Games akan melancarkan rangkaian aktiviti dalam permainan untuk memberikan diskaun kepada mereka yang membeli skin ini bermula dari 14 hingga 20 Ogos 2023.

Jadi, saksikanlah 21 Ogos ini dengan penuh sabar, kerana itulah hari pelancaran rasmi skin ini. ECHO akan bersiaran secara langsung di laman Facebook rasmi mereka untuk bermain MLBB, memaparkan kesan dalam permainan skin ini, berinteraksi dengan peminat, dan memberikan hadiah-hadiah menarik.

Buat masa ini, nantikan berita-berita menarik yang akan diumumkan seterusnya! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki skin epik ini dan sertai kehebohan dunia Mobile Legends bersama pasukan ECHO!

Baca Juga Roadmap M5 Mobile legends

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.