Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

eBelia eWallet Perkasa : Cara Menuntut Sehingga RM650

0

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini, pelajar Malaysia yang layak di seluruh negara akan dapat menuntut kredit eBelia eWallet bernilai RM150 daripada Kerajaan. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 juta untuk inisiatif ini, yang berada di bawah pakej bantuan kewangan Pemerkasa. Pengumuman baru ini menyaksikan kredit yang diberikan meningkat dari RM100 kepada RM150. Program ini disediakan untuk 2 juta warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun, serta pelajar sepenuh masa. eBelia shopee juga memberikan tambahan kupon yang boleh digunakan bernilai sehingga RM600

eBelia eWallet yang boleh dituntut

Bagi Pengguna Android

Xiaomi, Samsung, Realme, Huawei, Vivo, dan lain-lain boleh memuat turun salah satu eWallet tersebut;

Bagi Pengguna ios

iphone atau ipad juga perlu memuat turun salah satu eWallet tersebut;

Syarat-Syarat eBelia

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)

Cara Menuntut eBelia Shopee

Muat turun aplikasi shopee seperti pautan di atas. Setelah selesai memuat turun, anda perlu mengaktifkan ShopeePay dengan langkah seperti yang berikut:

Cara Pendaftaran Shopee

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Tekan pada ikon Shopee Pay di halaman utama Shopee. (Jika anda tidak dapat melihat ikon ini, pastikan anda telah kemaskini app ini di Google PlayStore / ioS Store)
  3. Masukkan butiran peribadi seperti nama anda dan nombor kad pengenalan MyKad. Tandakan pada kotak kecil to agree to the terms
  4. Anda akan menerima kod OTP melalui SMS dan masukkan nombor tersebut
  5. Kemudian, cipta nombor PIN (yang perlu diingat) untuk pengesahan.

Aktifkan ShopeePay Premium
Shopee juga menawarkan kredit RM5 jika anda menaik taraf atau aktifkan ShopeePay Premium.

  1. Pergi kepada halaman utama Shopee sekali lagi dan tekan pada ikon wallet atau pergi ke tab Me > ShopeePay
  2. Tekan pada Verify your IC for more features
  3. Upload gambar MyKad anda beserta swafoto muka sendiri dengan gambar yang jelas. Kemudian tekan Confirm
  4. Proses pengesahan (verfication) akan mengambil masa dalam 24 jam. setelah disahkan, akan dikreditkan ke akaun anda RM5 secara percuma.

Cara Tebus eBelia Shopee RM150

  1. Pergi ke halaman utama Shopee dan tekan ikon eBelia
  2. Kemudian tekan Claim Now
  3. Baca maklumat yang disediakan dan jika sudah, tekan butang Claim Now
  4. Disini anda perlu lengkapkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, tahap pembelajaran, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya. Setelah selesai tekan Submit
  5. Jika permohonan berjaya, anda akan mendapat notifikasi dalam tempoh 3 hari

Shopee juga memberikan ganjaran tambahan bernilai sehingga RM500!

Baucar ShopeePay ni juga hanya boleh digunakan sehingga 31 Julai 2021 setelah dikreditkan kepada pengguna. Ganjaran ekstra RM500 ini 100% gerenti akan dimiliki.

  • 6 x Baucar Penghantaran Percuma (Free Shipping) bernilai RM10 (Perbelanjaan Minimum RM10)
  • 8 x Baucar Coins Cashback bernilai RM5 (Perbelanjaan Minimum RM10, Diskaun 15%)
  • 10 x Baucar Mall Seller bernilai RM5
  • 60 x Baucar ShopeePay bernilai RM5 (OPV)
  • Baucar Prabayar YES (40 GB + SIM) bernilai RM50
  • Baucar akan dikreditkan setiap hari ke dalam akaun Shopee anda

Cara Menuntut eBelia eWallet Boost

Muat turun aplikasi Boost seperti pautan di atas. Setelah selesai memuat turun, anda perlu mengesahkan akaun Boost dengan langkah seperti yang berikut:

Cara Pendaftaran Boost

  1. Buka aplikasi Boost dan tekan Register
  2. Tetapkan nombor telefon dan anda akan menerima notifikasi kod TAC yang perlu dimasukkan pada ruang yang disediakan
  3. Masukkan maklumat peribadi seperti nama, emel yang dipinta
  4. Kemudian anda perlu tetapkan 6-digit PIN untuk digunakan setiap kali buat transaksi menggunakan Boost
  5. Jangan lupa untuk masukkan invite code : raj572h3

Pengesahan Akaun Boost Premium
Anda perlu membuat verifikasi sebelum menebus eBelia RM150

  1. Buka aplikasi Boost dan pergi ke profile kemudian tekan My Wallet
  2. Tekan pada Upgrade for Free
  3. Seterusnya upload gambar MyKad anda beserta gambar Swafoto dengan gambar yang jelas dan tekan verify ID
  4. Proses pengesahan akan mengambil masa 1 hari bekerja.
  5. Anda perlu tambah nilai sekurang-kurangnya RM10 ke dalam akaun Boost.

Cara Tebus eBelia Boost RM150

  1. Pada halaman utama aplikasi Boost, tekan banner eBelia
  2. Kemudian anda perlu lengkapkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, tahap pembelajaran, pekerjaan, pendapatan seperti dipinta. Stelah selesai tekan Sumbit Claim
  3. Jika permohonan berjaya, anda akan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari

Cara Menuntut eBelia eWallet Touch n Go

Muat turun aplikasi TnG seperti pautan di atas. Setelah selesai memuat turun, anda perlu mendaftar dengan langkah seperti yang berikut:

Cara Pendaftaran TnG

  1. Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet
  2. Kemudian tekan Sign Up
  3. Tetapkan nombor telefon dan masukkan kod OTP akan dihantar kepada anda melalui SMS.
  4. Tetapkan 6-digit PIN untuk digunakan setiap kali buat transaksi
  5. Lengkapkan maklumat peribadi seperti nama, nombor MyKad dan emel seperti yang dipinta.

Pengesahan Akaun Touch n Go eWallet

  1. Buka aplikasi TnG eWallet dan pergi ke Profile dan tekan pada Account Verification
  2. Pilih Malaysian dan muat naik gambar MyKad anda
  3. Seterusnya tangkap gambar swafoto muka dengan gambar yang jelas dan tekan Let’s Go. Proses pengesahan mengambil masa 48 jam.

Cara Tebus eBelia Touch n Go RM150

  1. Buka aplikasi TnG eWallet anda dan pada halaman utama, tekan banner eBelia
  2. Kemudian tekan butang Claim Now
  3. Pastikan maklumat nama dan no. MyKad anda betul dan tandakan pada kotak kecil serta tekanYes, Sumbit Now
  4. Kemudian lengkapkan maklumat peribadi seperti alamat rumah, pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya seperti yang dipinta
  5. Jika permohonan berjaya, anda akan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari

Cara Menuntut eBelia eWallet Bigpay

Muat turun aplikasi Bigpay seperti pautan di atas. Setelah selesai memuat turun, anda perlu mengesahkan akaun Bigpay dengan langkah seperti yang berikut:

Cara Pendaftaran Bigpay

  1. Buka aplikasi Bigpay
  2. Kemudian tekan Sign Up dan pilih Malaysia
  3. Masukkan nombor telefon dan kemudian masukkan kod OTP yang diterima melalui SMS
  4. Langkah seterusnya tetapkan password akaun dan masukkan maklumat peribadi seperti nama, alamat rumah (penting), emel dan sebagainya
  5. Jangan lupa untuk masukkan referals code : VLPMHKQ1Z3 untuk anda dapatkan RM10 secara percuma.

Pengesahan Akaun BigPay eWallet

  1. Muat naik gambar MyKad bersama swafoto muka dengan gambar jelas bagi tujuan pengesahan
  2. Kemudian anda perlu tambah nilai RM5 sebelum menggunakan BigPay. (Bayaran ini bukan yuran, tetapi hanya sekadar proses pendaftaran sahaja. Ianya akan dimasukkan ke dalam baki akaun BigPay anda nanti.)
  3. Dalam masa 5-7 hari bekerja, anda akan menerima kad debit (mastercard) yang akan dihantar terus ke rumah anda seperti dalam alamat yang telah didaftar sebelumnya.

Cara Tebus eBelia BigPay RM150

  1. Buka aplikasi BigPay dan pergi ke halaman Payments
  2. Kemudian anda tekan ikon eBelia dan tekan Apply Now
  3. Masukkan butiran peribadi seperti alamat rumah, pekerjaan, tahap pendidikan, pendapatan dan sebagainya yang diperlukan bagi tujuan pengesahan dan tekan Submit
  4. Jika permohonan berjaya, anda akan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari

 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.