Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Kejohanan MEL21 Ditunda Susulan Perintah Kawalan Pergerakan

0

Berikutan pengumuman terbaru mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP Penuh atau Full Lockdown), kejohanan MEL21 ditunda kepada tarikh yang baru. Tarikh ini akan diumumkan selepas tamatnya PKPP, atau sekiranya SOP terkini dilonggarkan. Sementara itu, pendaftaran MEL21 yang julung-julung kali diadakan masih terus dibuka. Untuk mereka yang telah mendaftar, anda kekal layak bersaing di Liga Negeri MEL21 untuk merebut peluang menjadi wakil negeri di Liga Kebangsaan.

Baca syarat dan cara mendaftar ke kejohanan Malaysian Esports League 2021.

Kejohanan ini membawakan 4 tajuk permainan yang terkenal diMalaysia iaitu Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, Dota 2 dan FIFA21. Kejohanan ini terbahagi kepada 2 peringkat, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Bermula dengan peringkat negeri, yang kini pendaftaran sedang di buka di negeri tersebut;

  • Selangor
  • Serawak
  • Putrajaya
  • Labuan
  • Terengganu
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perak

Kejohanan peringkat negeri yang sepatutnya berlangsung pada bulan ini. Kejohanan MEL21 Ditunda ke tarikh baru sehingga diberitahu.

Bagi mereka yang berminat menyertai tidak perlu tunggu sehingga tarikh baru kejohanan diumumkan kelak, boleh terus sahaja mendaftar, dan ikuti perkembangan terkini di Facebook mereka.

MEL21 merupakan kejohanan yang dibawakan oleh ESI – Esports Integrated adalah innitiatif dari Kementerian Belia dan Sukan untuk menaikkan industri esukan di negara kita dalam membangunkan industri Esports.

Visi ESI adalah untuk mewujudkan ekosistem yang berdaya saing dan lestari yang akan memberikan impak kepada perkembangan esukan  negara, memastikan perlindungan dan memupuk kepelbagaian untuk pemain esukan dari semua peringkat di Malaysia.

Dan beberapa perkara disentuh pada tahun ini yang menarik untuk diikuti;

  • Platform untuk mengurus dan memusatkan ekosistem esukan yang akan menggunakan enjin kejohanan dalam talian sepenuhnya.
  • Membentuk Litar Esports Malaysia.
  • Memperkenalkan siri Esports Conference and Summit (baru sahaja berlangsung).
  • Menyokong kerangka dan garis panduan peraturan yang lebih baik.

ESI juga membantu didalam membina hab esports rasmi KBS yang terletak di Spacerubix, Puchong. Pusat ini merupakan tempat acara, tempat latihan untuk pemain esukan profesional, semi-profesional dan amatur diMalaysia.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.