Pokémon Champions
Home Game newsPokémon Champions Kini Dilancarkan: Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Platform Battle Rasmi Pokémon

Pokémon Champions Kini Dilancarkan: Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Platform Battle Rasmi Pokémon

by Khalid Zainal
0 comments

Sudah bertahun-tahun komuniti Pokémon meminta satu perkara yang sama: sebuah permainan yang memfokuskan sepenuhnya kepada pertempuran kompetitif tanpa perlu menghabiskan puluhan jam bermain mod cerita.

Akhirnya, impian itu menjadi kenyataan.

Pokémon Champions kini rasmi dilancarkan di platform mobile dan Nintendo Switch, membawa pengalaman battle kompetitif Pokémon ke tahap baharu.

Namun, ramai yang masih keliru.

Pokémon Champions sebenarnya gabungan dari beberapa gameplay permainan Pokémon sedia ada.

Jom lihat segala yang anda perlu tahu.

Apa Itu Pokémon Champions?

Pokémon Champions ialah platform battle kompetitif rasmi yang dibangunkan oleh The Pokémon Company.

Tidak seperti siri utama Pokémon, permainan ini tidak memfokuskan kepada eksplorasi dunia, Gym Leader, Elite Four atau jalan cerita.

Sebaliknya, ia dibina khusus untuk pemain yang gemar membina pasukan dan bertarung.

Secara mudahnya, Pokémon Champions membuang semua halangan sebelum battle dan terus membawa pemain ke bahagian paling penting.

Sebelum ini, pemain perlu melalui keseluruhan perjalanan Pokémon tradisional seperti menangkap Pokémon, melatih pasukan, menghabiskan jalan cerita, mengumpul lencana Gym dan barulah boleh memberi fokus kepada Ranked Battle.

Namun, Pokémon Champions mengambil pendekatan yang berbeza. Permainan ini terus membawa pemain ke teras pengalaman kompetitif Pokémon, di mana anda hanya perlu membina pasukan, bertarung, naik ranking dan memperoleh ganjaran tanpa perlu menghabiskan puluhan jam melalui mod cerita terlebih dahulu.

Mod Permainan Yang Tersedia

Ranked Battle

Ini merupakan mod utama permainan.

Anda akan bertemu pemain dari seluruh dunia dan bersaing dalam sistem ranking bermusim.

Antara cirinya:

  • Matchmaking global
  • Seasonal ranking
  • Leaderboard
  • Peraturan yang sentiasa berubah

Casual Battle

Mahu mencuba strategi baharu tanpa tekanan ranking?

Inilah mod yang sesuai.

Anda boleh:

  • Menguji kombinasi Pokémon
  • Mencuba moveset
  • Belajar meta permainan

Private Battle

Nak fight dengan kawan?

Private Battle membolehkan anda:

  • Sparring dengan kawan
  • Menganjurkan tournament komuniti
  • Mengadakan pertandingan tertutup

Singles dan Doubles Kembali Menjadi Teras Permainan

Pokémon Champions menyokong dua format utama.

Singles Battle

Format 1 lawan 1.

Popular dalam kalangan pemain kasual.

Doubles Battle

Format 2 lawan 2.

Ini merupakan format rasmi yang digunakan dalam kejohanan dunia Pokémon.

Sistem Battle Pokémon Masih Dikekalkan

Jika anda pemain lama Pokémon, semuanya masih terasa biasa.

Antaranya:

  • Type advantage
  • Ability
  • Held item
  • Status effect
  • Prediction
  • Team synergy
  • Speed control
  • Switching strategy

Perbezaannya hanyalah kini battle menjadi fokus utama permainan.

Mega Evolution Kembali!

Ini antara berita yang paling menggembirakan ramai peminat Pokémon.

Pokémon Champions mengembalikan sistem Mega Evolution.

Antara Pokémon yang boleh menggunakan Mega Evolution ialah:

  • Mega Charizard X
  • Mega Charizard Y
  • Mega Lucario

Namun, seperti biasa, hanya satu Mega Evolution dibenarkan dalam setiap battle.

Senarai penuh Mega Evolution baharu yang boleh digunakan termasuklah:

Pokemon
Mega Barbaracle
Mega Blaziken
Mega Dragalge
Mega Eelektross
Mega Falinks
Mega Malamar
Mega Mawile
Mega Metagross
Mega Pyroar
Mega Raichu X
Mega Raichu Y
Mega Sceptile
Mega Scolipede
Mega Scrafty
Mega Staraptor
Mega Swampert

Sistem Recruit Ranch Menggantikan Menangkap Pokémon

Berbeza dengan siri utama, Pokémon Champions tidak menggunakan konsep menangkap Pokémon di dunia terbuka. Sebaliknya, terdapat sistem Recruit Ranch. Di sinilah anda mendapatkan Pokémon baharu.
Terdapat beberapa kategori:
    • Permanent Recruit Mendapat Pokémon secara kekal.
    • Temporary Recruit Pokémon dipinjam untuk tempoh tertentu.
    • Daily Recruit Peluang harian mendapatkan Pokémon baharu.

Victory Points (VP): Mata Wang Utama Permainan

Pokémon Champions menggunakan sistem mata wang tersendiri.

Victory Points (VP) digunakan untuk:

  • Recruit Pokémon
  • Membeli item
  • Mendapatkan Mega Stone
  • Menambah koleksi pasukan

Selain itu, terdapat juga Teammate Tickets yang membantu pemain mendapatkan Pokémon dengan lebih cepat.

Anda Tidak Perlu Ada Pokémon Scarlet and Violet Untuk Bermain

Ramai pemain tersalah faham mengenai perkara ini.

Jawapannya, tidak.

Anda boleh bermain Pokémon Champions secara terus tanpa memiliki permainan Pokémon lain.

Namun, permainan ini turut menyokong integrasi Pokémon HOME.

Antara permainan yang boleh disambungkan:

  • Pokémon GO
  • Pokémon Scarlet and Violet
  • Pokémon Legends: Z-A

Walau bagaimanapun, bukan semua Pokémon boleh dipindahkan.

Hanya Pokémon yang disokong oleh Pokémon Champions sahaja boleh digunakan.

Cross-Play dan Cross-Save

Satu akaun boleh digunakan merentasi pelbagai platform.

Antaranya:

  • Nintendo Switch
  • Nintendo Switch 2
  • Android
  • iPhone

Contohnya, anda boleh bermain di Switch ketika berada di rumah dan sambung semula bermain di telefon ketika berada di luar.

Event Pelancaran Mobile: Dapatkan Raichu Percuma

Sempena pelancaran versi mobile, pemain boleh menuntut ganjaran percuma.

Ganjaran tersebut ialah:

  • Raichu
  • Raichunite X
  • Raichunite Y

Tempoh event berlangsung sehingga 2 September 2026.

Pemain hanya perlu login dan membuka in-game mailbox.

Mega Raichu X dan Mega Raichu Y

Apa yang menarik dengan raichu ini? ability yang bolehkan pemain lebih flexible ketika pertarungan.

Mega Raichu X

Ability: Electric Surge

Kesan:

  • Mengaktifkan Electric Terrain
  • Menguatkan serangan Electric-type
  • Mengganggu beberapa strategi sleep

Mega Raichu Y

Ability: No Guard

Kesan:

  • Semua serangan menjadi tepat
  • Membuka lebih banyak strategi berisiko tinggi

Pokémon Champions Pay-to-Win?

Setakat ini, jawapannya ialah tidak.

Model perniagaan permainan ini ialah:

  • Free-to-play
  • In-app purchase

Namun, pemain percuma masih boleh membina pasukan kompetitif untuk bersaing. Namun pemain perlu menguasai kelebihan pokemon yang pemain ada.

Kenapa Pokémon Champions Penting Untuk Masa Depan Pokémon?

Sebelum ini, battle kompetitif hanyalah sebahagian kecil daripada permainan Pokémon utama.

Kini, Pokémon Company memberikan battle sebuah platform yang berdiri sendiri.

Saya menjangkakan Pokémon Champions akan menjadi pusat utama ekosistem kompetitif Esukan Pokémon, yang mungkin akan memberikan penggunaan keseluruhan konsep dan identiti pokemon, yang mana tidak dapat diterapkan sepenuhnya pada konsep Esukan di permainan pokemon sebelum-sebelum ini.

Daripada pemain kasual sehingga ke pentas kejohanan dunia, semuanya mungkin akan bermula di sini.

Dapatkan infomasi permainan ini dengan layari laman web rasmi Pokémon Champions

Leave a Comment