eSukan SUKMA 2026
Home EsukaneSukan SUKMA 2026: Infomasi Pentas Antara Negeri Malaysia

eSukan SUKMA 2026: Infomasi Pentas Antara Negeri Malaysia

by Khalid Zainal
0 comments

Kalau anda seorang peminat eSukan di Malaysia, 2026 merupakan tahun yang sangat penting.

Buat pertama kalinya, eSukan bukan lagi sekadar acara sampingan atau komuniti kecil, sebaliknya menjadi sebahagian daripada temasya sukan terbesar negara iaitu SUKMA.

Malah, jika anda baru-baru ini ternampak siaran langsung seperti PRA-SUKMA 2026: Honor of Kings Inter-State Tournament, anda mungkin tertanya-tanya.

Apa sebenarnya PRA-SUKMA? Adakah ia kejohanan rasmi? Bagaimana pula kaitannya dengan SUKMA 2026?

Dalam artikel ini, kami himpunkan semua maklumat penting yang perlu diketahui oleh peminat eSukan tanah air.

Apa Itu SUKMA?

SUKMA merupakan singkatan kepada Sukan Malaysia, temasya sukan kebangsaan yang menghimpunkan atlet dari setiap negeri untuk bersaing dalam pelbagai jenis sukan.

Edisi 2026 akan dihoskan oleh Selangor dan dijangka menjadi antara edisi terbesar dalam sejarah dengan puluhan jenis sukan dipertandingkan.

Ringkasan Penting SUKMA Selangor 2026

MaklumatPerincian
Nama rasmiSUKMA XXII Selangor 2026
Tuan rumahSelangor
Tarikh15 - 24 Ogos 2026
Para SUKMA5 - 14 September 2026
TemaRentak Kita, Aksi Kita
Anggaran peserta10,000 atlet dan pegawai
Upacara pembukaanSepang International Circuit
Upacara penutupStadium MBPJ

Kenapa eSukan SUKMA 2026 Sangat Penting?

Selama ini, laluan seorang pemain eSukan Malaysia agak terhad.

Kebanyakan pemain hanya mempunyai dua pilihan:

  • Menjadi streamer.
  • Menyertai liga profesional.

Namun, SUKMA membuka satu lagi laluan yang lebih tersusun.

Kini seorang pemain boleh berkembang seperti atlet sukan tradisional.

Rank biasa

Peringkat awal semua pemain bermula.
Ini termasuk ranked matchmaking, casual play dan grind harian.

Kejohanan komuniti

Sertai pertandingan kecil-kecilan.

Contoh:

  • Tournament Discord
  • Local cup
  • Online community scrim

Pemilihan negeri

Peringkat “serious competitive”.

Pemain akan:

  • Dipanggil trial negeri
  • Wakili daerah / negeri
  • Disaring oleh coach & panel

PRA-SUKMA

Peringkat simulasi kompetitif antara negeri.

 Ini “test arena” sebelum SUKMA sebenar.

SUKMA

Pentas rasmi Sukan Malaysia.

  • Atlet mewakili negeri
  • Pingat rasmi dipertandingkan
  • Liputan nasional

Kebangsaan

Peringkat lebih tinggi daripada SUKMA, sebagai contoh:

  • Pemilihan skuad Malaysia
  • Tournament nasional besar
  • Liga profesional tempatan

Sukan Asia

Pentas antarabangsa Asia.

Antaranya:

  • Wakil Malaysia
  • Lawan negara lain (Korea, China, Thailand, dll.)

Apa Itu PRA-SUKMA?

merupakan platform persediaan yang digunakan untuk membina dan menguji kontinjen negeri sebelum temasya utama berlangsung.

Antara objektif PRA-SUKMA:

  • Mengenal pasti bakat baharu.
  • Menyediakan atlet negeri.
  • Memberikan pengalaman kompetitif.
  • Menguji kekuatan antara negeri.

13 Acara Pingat Rasmi eSukan SUKMA 2026

Kategori Lelaki

PermainanBilangan Atlet
Honor of Kings6
Mobile Legends: Bang Bang6
eFootball Single1
eFootball Duo2
Street Fighter 61
E-Chess Blitz1
E-Chess Rapid1
E-Simulator Racing Sprint1

Kategori Wanita

PermainanBilangan Atlet
Mobile Legends: Bang Bang6
E-Chess Blitz1
E-Chess Rapid1
E-Simulator Racing Sprint1

Kategori Campuran

PermainanBilangan Atlet
E-Simulator Racing Endurance4

Venue Rasmi eSukan SUKMA 2026

Semua acara eSukan akan berlangsung di:

Pusat Konvensyen MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya).

Ini akan menjadi pusat utama eSukan sepanjang temasya berlangsung.

Game Yang Dijangka Menjadi Tumpuan

Honor of Kings

HoK kini berada pada tahap yang sama penting dengan MLBB dalam pembangunan eSukan Malaysia.

PRA-SUKMA HoK juga antara acara pertama yang mula dipertandingkan.

Mobile Legends: Bang Bang

Masih menjadi antara permainan paling popular di Malaysia. MLBB juga satu-satunya permainan yang mempunyai kategori lelaki dan wanita.

Peraturan Yang Menjadikan eSukan Kini Bertaraf Atlet Sebenar

SUKMA juga memperkenalkan kawalan yang lebih profesional.

Antaranya:

  • Ujian doping.
  • Ujian alkohol (breathalyser).
  • Larangan penggunaan macro.
  • Larangan penggunaan cheat.
  • Larangan gangguan atau bahasa kasar.

Malah atlet boleh digantung atau hilang kelayakan jika melanggar peraturan pertandingan.

Ikuti eSukan SUKMA 2026:

eSukan Malaysia Sedang Memasuki Era Baharu

Kalau sebelum ini kita melihat eSukan hanya tertumpu kepada liga profesional, 2026 mungkin akan menjadi titik perubahan terbesar.

Kini pemain bukan sahaja boleh bercita-cita menjadi pemain profesional, malah berpeluang mewakili negeri masing-masing sebagai atlet rasmi.

Dan buat pertama kali, kita akan dapat menyaksikan persaingan antara negeri seperti Selangor, Johor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain dalam pelbagai genre permainan.

Satu perkara yang pasti, 2026 bukan sekadar tahun baharu untuk SUKMA, tetapi juga permulaan era baharu eSukan Malaysia.

Leave a Comment