Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Topup UC PUBG: Promosi Terkini & Cara Membeli Dengan Selamat

0

PUBG “UC” bermaksud PUBG Unknown Cash. Merupakan mata wang maya yang digunakan dalam permainan popular di Malaysia, PlayerUnknown’s Battlegrounds. Topup UC PUBG boleh digunakan untuk membeli baragan virtual seperti kulit senjata baru, payung terjun, dan pakaian untuk megubahsuai watak anda seperti yang disukai. Ciri-ciri seperti Lucky Spin dan Elite Pass juga tersedia sebagai pertukaran untuk kredit UC.

Jenis Topup

Bagi memahami cara topup UC PUBG, terdapat 2 jenis topup yang perlu anda ketahui risiko dan tidak ditipu oleh scammer yang aktif memerangkap mangsa.

Topup “Legal”

Perkhidmatan topup jenis ini hanya disediakan oleh organisasi yang berdaftar dan diiktiraf oleh pembangun permainan. Cara topup paling selamat, andai terdapat masalah ketika transaksi, penyedia perkhidmatan mempunyai bahagian pelanggan yang akan membantu pembelian anda. Tiada apa yang perlu dirisaukan dengan pembelian daripada penjual yang sah.

Topup “Illegal”

Ada sebilangan pemain yang ingin tahu bagaimana mendapatkan PUBG UC tidak sah, perkara ini memang antara yang popular, walaupun jelas perkara yang tidak sah bermaksud melanggar peraturan dan dilarang melakukannya.

Pelbagai sebab mengapa pembelian pada penjual topup tidak sah ini sangat popular. Sebab yang paling utama kerana tidak mempunyai budget yang cukup dalam mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Maka akhirnya memutuskan untuk mencuba cara yang dianggap lebih ekspresif untuk mencapai kejayaan dalam dunia Permainan PUBG.

Pembeli masih perlu melakukan pembayaran. Tetapi pembeli dapat membeli pada harga yang sangat rendah.

Untuk mengelakkan pemain dari melakukan kesilapan dengan membeli pada saluran yang tidak sah, Genesix sangat tidak menggalakkan pemain membeli pada saluran tidak sah.

Kesan

Memang menyeronokkan apabila pemain dapat membeli baragan maya pada harga yang rendah dari pasaran, tetapi ianya datang dengan risiko yang tinggi juga. Antara risiko yang perlu ditanggung pembeli;

  • Akaun pemain diban oleh pembamgan permainan
  • Hutang, pembangun mengecas UC kepada -ve. Bermaksud anda akan berhutang dengan pembangun permainan dengan jumlah UC yang dibeli dari saluran “Illegal”, untuk menlangsaikan hutang tersebut anda perlu topup pada saluran yang sah.

Mengapa akaun diban?

Pelbagai sebab boleh berlaku, tetapi paling ketara adalah kerana penjual tidak sah tersebut memberikan pemain dengan topup yang di hack atau cara “backdoor” yang terlarang.

Bagaiman boleh terjadi hutang?

Play store seperti android dan iphone membolehkan pembeli topup melakukan pembatalan pembelian, setelah penjual membeli dan memberikan kepada pemain, didalam satu jangka waktu, penjual tersebut melakukan pembatalan pembelian, sekaligus menyebabkan pembangun permainan menarik kembali topup pada akaun pemain.

Kesan kedua yang sering terjadi adalah penipuan.

Setelah pembeli membuat pembayaran, si penjual akan memberikan alasan kehabisan stock dan akan cuba menipu pembeli kali kedua. Lihat contoh situasi sebenar dimana seorang pembaca di Genesix berkongsi pengalaman di tipu penjual topup illegal tersebut.

Situasi selepas pembeli membuat pembayaran;

Sebagai peringatan berjaga-jaga, kami kongsikan juga akaun bank scammer tersebut;

Bagaimana boleh terkena?

Sebab utama adalah harga yang tidak masuk akal, lihat promosi yang ditawarkan kepada pembeli ketika itu;

Senarai Topup “Illegal”

Shopee

Antara yang paling terkenal adalah penjual UC di shopee, disebabkan sangat mudah melakukan penjualan dan mencari pelanggan.

Penjualan melalui aplikasi seperti whatsapp

Penjual UC akan mempromosikan jualan mereka di tempat seperti media sosial dan kenalan. Menyuruh anda menghubungi mereka secara peribadi bagi urusan pembelian. Bagi penjual sah, kesemua transaksi berlaku menggunakan saluran rasmi.

Mengapa sukar membendung penjualan “illegal” ini? Lihat perbandingan harga yang ketara melalui 2 saluran ini;

Harga Dari Penjual Sah – RM100 = 1793 UC

Harga dari salah satu penjual di shopee – RM110 = 2135 UC

Perbezaan harga yang ketara ini perlu anda ambil langkah berjaga-jaga walau sebaik mana rekomendasi dari pembeli. Kerana pembelian ini tidak mendapat jaminan dari Tencent.

Jika anda masih ingin membeli dari penjual Shopee kerana ianya memudahkan anda, pastikan anda melakukan sisatan dengan memastikan penjual tersebut adalah pengedar sah untuk Kredit Permainan / Kad / Dompet di Malaysia. Tetapi harganya tidak akan jauh berbeza atau sama dengan harga official.

Senarai Penjual Sah Di Malaysia

Berikut merupakan senarai beberapa penjual sah PUBGM UC diMalaysia;

  • Codashop
  • OffGamers
  • SEAGM
  • Razer Gold
  • MOLPoints

Cara Beli UC PUBG Guna Kredit

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk Topup UC PUBG menggunakan kredit di beberapa platform terkenal seperti Codashop, OffGamers, dan SEAGM.

Codashop

  • Buka laman web Codashop.
  • Kemudian, pilih PUBG Mobile dari senarai permainan yang disediakan.
  • Setelah itu, masukkan ID pengguna PUBG Mobile anda dan pilih kuantiti UC yang anda ingin beli.
  • Selepas itu, pilih kaedah pembayaran “Kredit” dan masukkan maklumat kad kredit anda.
  • Akhir sekali, tunggu sahaja proses pembayaran selesai dan UC akan dimasukkan ke dalam akaun anda.

OffGamers

  • Buka laman web OffGamers.
  • Kemudian, pilih “Game Top Up” dan pilih PUBG Mobile.
  • Setelah itu, masukkan ID pengguna PUBG Mobile anda dan pilih kuantiti UC yang anda ingin beli.
  • Selepas itu, pilih kaedah pembayaran “Kredit” dan masukkan maklumat kad kredit anda.
  • Akhir sekali, tunggu sahaja proses pembayaran selesai dan UC akan dimasukkan ke dalam akaun anda.

SEAGM

  • Buka laman web SEAGM.
  • Kemudian, pilih PUBG Mobile dan pilih negara anda.

Razer Gold

  • Buka laman web Razer Gold.
  • Kemudian, pilih “Top Up” dan pilih PUBG Mobile.
  • Setelah itu, masukkan ID pengguna PUBG Mobile anda dan pilih kuantiti UC yang anda ingin beli.
  • Selepas itu, pilih kaedah pembayaran “Kredit” dan masukkan maklumat kad kredit anda.
  • Akhir sekali, tunggu sahaja proses pembayaran selesai dan UC akan dimasukkan ke dalam akaun anda.

MOLPoints

  • Buka laman web MOLPoints.
  • Kemudian, pilih PUBG Mobile dan pilih negara anda.
  • Setelah itu, masukkan ID pengguna PUBG Mobile anda dan pilih kuantiti UC yang anda ingin beli.
  • Selepas itu, pilih kaedah pembayaran “Kredit” dan masukkan maklumat kad kredit anda.
  • Akhir sekali, tunggu sahaja proses pembayaran selesai dan UC akan dimasukkan ke dalam akaun anda.

Pastikan anda memastikan bahawa maklumat kad kredit anda adalah betul sebelum membuat pembayaran untuk mengelakkan sebarang masalah. Selain itu, pastikan juga anda membeli dari platform yang sah dan dipercayai untuk mengelakkan sebarang penipuan atau penipuan. Semoga bermanfaat!

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.