Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Topup UC PUBG: Promosi Terkini & Cara Membeli Dengan Selamat

PUBG “UC” bermaksud PUBG Unknown Cash. Merupakan mata wang maya yang digunakan dalam permainan popular di Malaysia, PlayerUnknown’s Battlegrounds. Topup UC PUBG boleh digunakan untuk membeli baragan virtual seperti kulit senjata baru, payung terjun, dan pakaian untuk megubahsuai watak anda seperti yang disukai. Ciri-ciri seperti Lucky Spin dan Elite Pass juga tersedia sebagai pertukaran untuk kredit UC.

Jenis Topup

Bagi memahami cara topup UC PUBG, terdapat 2 jenis topup yang perlu anda ketahui risiko dan tidak ditipu oleh scammer yang aktif memerangkap mangsa.

Topup “Legal”

Perkhidmatan topup jenis ini hanya disediakan oleh organisasi yang berdaftar dan diiktiraf oleh pembangun permainan. Cara topup paling selamat, andai terdapat masalah ketika transaksi, penyedia perkhidmatan mempunyai bahagian pelanggan yang akan membantu pembelian anda. Tiada apa yang perlu dirisaukan dengan pembelian daripada penjual yang sah.

Topup “Illegal”

Ada sebilangan pemain yang ingin tahu bagaimana mendapatkan PUBG UC tidak sah, perkara ini memang antara yang popular, walaupun jelas perkara yang tidak sah bermaksud melanggar peraturan dan dilarang melakukannya.

Pelbagai sebab mengapa pembelian pada penjual topup tidak sah ini sangat popular. Sebab yang paling utama kerana tidak mempunyai budget yang cukup dalam mendapatkan sesuatu yang diinginkan. Maka akhirnya memutuskan untuk mencuba cara yang dianggap lebih ekspresif untuk mencapai kejayaan dalam dunia Permainan PUBG.

Pembeli masih perlu melakukan pembayaran. Tetapi pembeli dapat membeli pada harga yang sangat rendah.

Untuk mengelakkan pemain dari melakukan kesilapan dengan membeli pada saluran yang tidak sah, Genesix sangat tidak menggalakkan pemain membeli pada saluran tidak sah.

Kesan

Memang menyeronokkan apabila pemain dapat membeli baragan maya pada harga yang rendah dari pasaran, tetapi ianya datang dengan risiko yang tinggi juga. Antara risiko yang perlu ditanggung pembeli;

  • Akaun pemain diban oleh pembamgan permainan
  • Hutang, pembangun mengecas UC kepada -ve. Bermaksud anda akan berhutang dengan pembangun permainan dengan jumlah UC yang dibeli dari saluran “Illegal”, untuk menlangsaikan hutang tersebut anda perlu topup pada saluran yang sah.

Mengapa akaun diban?

Pelbagai sebab boleh berlaku, tetapi paling ketara adalah kerana penjual tidak sah tersebut memberikan pemain dengan topup yang di hack atau cara “backdoor” yang terlarang.

Bagaiman boleh terjadi hutang?

Play store seperti android dan iphone membolehkan pembeli topup melakukan pembatalan pembelian, setelah penjual membeli dan memberikan kepada pemain, didalam satu jangka waktu, penjual tersebut melakukan pembatalan pembelian, sekaligus menyebabkan pembangun permainan menarik kembali topup pada akaun pemain.

Kesan kedua yang sering terjadi adalah penipuan.

Setelah pembeli membuat pembayaran, si penjual akan memberikan alasan kehabisan stock dan akan cuba menipu pembeli kali kedua. Lihat contoh situasi sebenar dimana seorang pembaca di Genesix berkongsi pengalaman di tipu penjual topup illegal tersebut.

Situasi selepas pembeli membuat pembayaran;

Sebagai peringatan berjaga-jaga, kami kongsikan juga akaun bank scammer tersebut;

Bagaimana boleh terkena?

Sebab utama adalah harga yang tidak masuk akal, lihat promosi yang ditawarkan kepada pembeli ketika itu;

Senarai Topup “Illegal”

Shopee

Antara yang paling terkenal adalah penjual UC di shopee, disebabkan sangat mudah melakukan penjualan dan mencari pelanggan.

Penjualan melalui aplikasi seperti whatsapp

Penjual UC akan mempromosikan jualan mereka di tempat seperti media sosial dan kenalan. Menyuruh anda menghubungi mereka secara peribadi bagi urusan pembelian. Bagi penjual sah, kesemua transaksi berlaku menggunakan saluran rasmi.

Mengapa sukar membendung penjualan “illegal” ini? Lihat perbandingan harga yang ketara melalui 2 saluran ini;

Harga Dari Penjual Sah – RM100 = 1793 UC

Harga dari salah satu penjual di shopee – RM110 = 2135 UC

Perbezaan harga yang ketara ini perlu anda ambil langkah berjaga-jaga walau sebaik mana rekomendasi dari pembeli. Kerana pembelian ini tidak mendapat jaminan dari Tencent.

Jika anda masih ingin membeli dari penjual Shopee kerana ianya memudahkan anda, pastikan anda melakukan sisatan dengan memastikan penjual tersebut adalah pengedar sah untuk Kredit Permainan / Kad / Dompet di Malaysia. Tetapi harganya tidak akan jauh berbeza atau sama dengan harga official.

Anda mungkin meminati PMGC 2021 akan berlangsung 30 November ini

Senarai Penjual Sah Di Malaysia

Pemain boleh melakukan pembelian melalui saluran yang betul dengan jaminan dari Tencent;

Codashop Malaysia

Codashop adalah salah satu laman web top-up terbesar dan paling dipercayai untuk permainan dan hiburan dalam talian di Asia. Mereka bekerjasama secara langsung dengan penerbit Mobile Legends, PUBG Mobile, Free Fire, dan banyak lagi, untuk membolehkan pengalaman pembelian yang lancar: Tidak perlu pendaftaran atau log masuk, dan kredit permainan ditambahkan ke akaun anda dengan serta-merta.

Cara Topup UC di Codashop

Codashop telah mengubah suai cara pembelian, kini pembelian perlu melalui midasbuy.com.

Langkah 1
Tekan pilihan PUBG Mobile di Codashop, anda akan dibawa ke midasbuy seperti gambar dibawah, tekan pada “Purchase”;

Langkah 2
Masukkan ID PUBG

Langkah 3
Pilih cara pembayaran

Langkah 4
Pilihan jumlah UC yang diingini

Langkah 5
Selesaikan pembayaran.

Senarai Promosi Terkini Topup UC PUBG

PUBG Mobile: Stand A Chance to Win and Gear Up with 30,000 UC! #Coda7

Kali ini codashop memberikan 30,000 PUBG Mobile UC ke akaun anda jika anda terpilih. Bersempena Ulang Tahun Codashop ke-7, tambah nilai UC minimum RM30 di Midasbuy menggunakan mana-mana e-dompet yang tersedia (Touch ‘n Go ewallet, GrabPay, Boost). Pemenang ke-77, ke-777, ke-7777 dan ke-77777 akan menerima 30,000 PUBG Mobile UC! Cepat, tambah nilai SEKARANG💥

Cara menyertai;

  1. Pergi ke laman rasmi codashop
  2. Di bahagian Direct Topup, tekan pada PUBG Mobile
  3. Topup minimum RM30

Terma dan syarat

  1. Acara akan berlangsung dari 10 November 2021, 00:00 AM hingga 28 November 2021, 11:59 PM.
  2. Tambah nilai minimum RM30 PUBG Mobile UC menggunakan mana-mana e-dompet yang tersedia (Touch ‘n Go eWallet, GrabPay, Boost) di Midasbuy.
  3. Transaksi ke-77, ke-777, ke-7777, ke-77777 di Midasbuy akan memenangi 30,000 UC setiap satu.
  4. Hadiah akan diatur oleh Codashop dan dihantar kepada pemenang dalam masa 30 – 45 hari bekerja selepas tempoh kempen.

Bagi pemain yang ingin Topup UC PUBG, disarankan topup disini untuk berpeluang memenangi 30,000 UC.

Enjoy 20% Off PUBG Mobile UC with GrabPay!

Yang ni jangan miss, Grabpay bagi korang duit beli UC, Dari 12 Disember hingga 31 Disember 2021, nikmati diskaun 20% (sehingga RM12) PUBG Mobile UC dengan GrabPay di codashop. Tawaran masa terhad, masukkan je kod promosi GRABPUBG! masa nak buat pembayaran.

Terma dan Syarat

  • Acara akan berlangsung dari 12 Disember 2021, 00:00 AM hingga 31 Disember 2021, 11:59 PM.
  • Semasa kempen, pengguna akan menikmati; i) Diskaun 20% (sehingga RM12) apabila minimum RM50 dibelanjakan dengan GrabPay di PUBG
  • Mobile UC codashop ii) Gunakan kod promosi: GRABPUBG
  • Perbelanjaan minimum RM50 diperlukan, MESTI guna Kredit GrabPay masa pembayaran
  • Setiap pengguna hanya boleh menebus dan menggunakan kod promosi sekali (1) kali sepanjang tempoh kempen. Promosi dihadkan pada jumlah kuantiti 1,140 penebusan sepanjang tempoh kempen.
  • Promo akan ditamatkan sebaik sahaja had telah diberikan sepenuhnya atau pada tamat tempoh kempen, yang mana lebih awal.
  • Tawaran ini tidak boleh ditukar atau dikembalikan untuk wang tunai atau penggantian tersebut sebahagian atau sepenuhnya.
  • Grab berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan promosi, atau meminda terma dan syarat mengikut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian secara langsung atau tidak langsung yang timbul daripada promosi, keputusan Grab adalah muktamad.
  • Penipuan, penyalahgunaan penebusan atau sebarang aktiviti tidak jujur ​​yang berkaitan dengan kempen promosi boleh mengakibatkan kelayakkan untuk promosi ini dibatalkan.

Boost Up On Any Games Sitewide, Stand A Chance To Win RM11 Cashback!

Korang ada akaun boost? boleh sertai event ni, memenangi pulangan tunai RM11 apabila beli sebarang pembelian digital di Codashop dan membayar dengan Boost. Ini adalah tawaran masa terhad. CEPAT!

Terma dan Syarat

  • Acara akan berlangsung dari 11 November, 12.00AM – 30th November 2021, 11.59PM MYT.
  • Mekanik kempen:
  • Tambah nilai minimum RM30 di Codashop dengan Boost
    • 1,000 pengguna akan dipilih secara rawak dari mana-mana pembelian untuk memenangi pulangan tunai RM11.
    • Pengguna boleh membuat beberapa transaksi untuk meningkatkan peluang mereka untuk menang.
    • Setiap pemenang hanya berhak menerima satu (1) ganjaran setiap bulan sepanjang tempoh kempen di bawah kempen ini.
  • Sepanjang tempoh kempen, ganjaran akan dikreditkan ke dalam Dompet Codashop pemenang terpilih dalam apl Boost mereka dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas hari terakhir setiap bulan.
  • Perbelanjaan minimum RM30 diperlukan untuk menggunakan ganjaran, dan ia hanya boleh digunakan untuk melakukan transaksi di laman web Codashop dan dengan menggunakan Boost sebagai kaedah pembayaran.
  • Ganjaran mesti digunakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas diterima.
  • Sebarang ganjaran yang tidak digunakan akan tamat tempoh dan dilucuthakkan secara automatik tanpa notis lanjut dan pemenang tidak akan mempunyai sebarang tuntutan terhadap Boost atau Codashop.
Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.