Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

UMobile eSports Masterclass: Bengkel Memupuk Bakat Muda Ke Esukan

0

Mengenai

Esukan di Malaysia semakin mendapat sambutan, dari peringkat sekolah sehingga ke dunia, pemain esukan Malaysia bukan sahaja membawa nama Malaysia malah pencapaian individu juga sangat membanggakan, dari kejohanan dunia Mobile Legends sehingga pingkat emas di sukan sea 2017, Malaysia berada dilandasan yang betul. Menyedari betapa pentingnya aspek pendidikan dikalangan anak muda kini dan sambutan mengalakkan dari sesi sebelumnya, UMobile eSports Masterclass kembali lagi buat kali ke-3.

Merupakan initiatif Umobile membawakan pendidikan esukan, bertujuan membantu bakat muda mempelajari selok belok industri ini dan mengembangkan bakat mereka secara positif di Malaysia. Esukan kini telah berkembang kepada banyak cadang profesional, pemain yang mempunyai pengalaman didalam pentas kecil hingga ke besar kini mempunyai pelbagai kerja ditawarkan seperti pengulas, produksi, pengacara, penganalisis, streamer dan banyak lagi peluang yang kini tersedia di Malaysia.

Bengkel UMobile eSports Masterclass percuma untuk disertai, dengan perkhidmatan telco sebagai platform pengenalan bagi peminat, memberikan idea peluang-peluang yang ada dan mengetahui dimana mereka perlu berada dan lakukan.

Bagi sesi ketiga ini mereka yang berminat dapat mengetahui lebih terperinci pengalaman menjadi pengulas dan bagaimana anda boleh menjadikan penstriman secara langsung sebagai sumber pendapatan.

Pilihan Bengkel

Terdapat 2 bengkel MLCC UMobile eSports Masterclass yang telah diaturkan khas bagi yang berminat.

  1. Bengkel eSport “Cast Like A Pro” dihoskan oleh Ikuto
    Dapatkan tip dan trick untuk menjadi pengulas MPL yang seterusnya
  2. Bengkel eSport “Stream & Earn” dihoskan oleh Karakuri
    Ketahui bagaimana anda boleh menjana wang hanya dengan streaming

Setiap peserta hanya boleh memilih salah satu dari 2 pilihan bengkel tersebut

Jadual dan Pendaftaran

Tarikh Bengkel pada 29 September 2021 dan boleh lakukan pendaftaran dengan mengisi borang bengkel.

*Terhad kepada 25 peserta setiap bengkel. Keutamaan slot dan ganjaran istimewa akan diberikan kepada pengguna U Mobile.
*Di samping itu, peserta berdaftar yang juga pengguna U Mobile, akan mendapat baucar makanan dan minuman percuma bernilai Rm7.

Jangan lepaskan peluang mendapatkan perkongsian berharga bagi peminat esukan yang merancang menceburi industri ini.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.