Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

UiTM Negeri Sembilan Juara KARiSTA ESports Mobile Legends 2021

0

KARiSTA ESports Mobile Legends 2021

Status Kejohanan

Kejohanan Telah Berakhir

Keputusan

Pemenang

Juara UiTM Negeri Sembilan

Kedua UiTM Shah Alam

Ketiga UiTM Johor

Bracket

Pasukan Grand Final

Grand Final telah berlangsung diantara UiTM Negeri Sembilan menentang UiTM Shah Alam, Kedua pasukan ini telah mendominasi pada peringkat kumpulan dan melayakkan mereka ke peringkat Grand Final pada perlawanan BO3.

Pasukan Negeri Sembilan

  • LuqmanHenry
  • iam Primus
  • PahlawanMelayu
  • KesumaDewi
  • KhairyJamaludin
  • AinAmmar

Pasukan Shah Alam

  • dotdotdotdot
  • Aixelen
  • EpitChan
  • CapikApit
  • Palarae

Peringkat Kumpulan

[table id=64 /]

[table id=65 /]

Pasukan Bertanding

  1. SHAH ALAM
  2. SHAH ALAM II
  3. SELANGOR
  4. SELANGOR II
  5. SARAWAK
  6. SARAWAK II
  7. NEGERI SEMBILAN
  8. SABAH
  9. KELANTAN
  10. JOHOR
  11. PERLIS

Berita

Berakhirnya UiTM KARiSTA ESports 2021 bagi permainan Mobile Legends : Bang Bang hari ini dengan kemenangan berpihak kepada UiTM Negeri Sembilan. Sekalung tahniah diucapkan kepada staff UiTM Negeri Sembilan iaitu :

Foto dari kiri Muhammad Firdaus(AimAmmar), Muhamad Luqman(LuqmanHenry), Muhammad Firdaus(KesumaDewi), Muhamad Hakim(KhairyJamaludin), Muhamad Zulqarnain(iam Primus), Muhamad Ashraf(PahlawanMelayu).

Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) dan Pusat Sukan UiTM telah menganjurkan kejohanan kali pertama Karnival Sukan Staf (KARiSTA) ESports Edition 2021 pada 2 hingga 4 April.

Timbalan Presiden PSKK, Mustaza Ahmad berkata, kejohanan tersebut julung kali diadakan secara dalam talian telah berjaya menarik minat dengan pengesahan penyertaan oleh 12 buah kampus UiTM dari seluruh Malaysia.

“Bukan sahaja membabitkan pelajar tetapi pertandingan ini turut membabitkan penyertaan dalam kalangan warga kerja UiTM.

“Sebanyak enam acara yang akan dipertandingkan iaitu Mobile Legend (ML), PUBG, Call Of Duty (COD), PES 2021, FIFA 2021 dan MOTOGP. UiTM Sarawak merupakan kontingen yang paling besar dalam kejohanan ini apabila menyertai semua jenis acara yang akan dipertandingkan.

“Pendekatan dan penglibatan khususnya dikalangan warga UiTM secara tidak langsung dapat memperkasakan sukan esports bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah dikalangan warga kerja UiTM,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustaza yang juga Pengarah Pusat Sukan berkata,pihaknya sebelum ini juga telah mengadakan beberapa kejohanan esports bermula dari Sukan Antara Fakulti pada tahun lalu disusuli dengan Karnival Sukan Mahasiswa (KARiSMA) UiTM dan yang terkini Kejohanan UiTM International Sports Fiesta (UiSF) pada awal Mac lalu.

Syarat-Syarat Pertandingan

  • Hanya kakitangan yang mendaftar sebagai anggota PSKK UiTM dan mempunyai status tetap
    / kontrak / harian dan mereka yang dibayar oleh UiTM Bendahari dibenarkan
    untuk bermain dalam kejohanan ini.
  • Semua kakitangan diminta membawa kad kakitangan semasa atau semasa KARiSTA berlangsung.
  • Setiap pasukan boleh mendaftarkan 6 pemain (5 pemain + 1 pemain simpanan)
  • Ahli pasukan mestilah dari kampus yang sama.
Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.