Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

TIME Cyber League: Liga Valorant, Maklumat Penuh Pendaftaran

0

TIME Cyber League melanjutkan pendaftaran sehingga 14 november ini, bagi yang terlepas pendaftaran sebelumnya, ini peluang anda untuk mendaftar ke liga valorant. Jumlah hadiah terkumpul bernilai RM4,000 untuk dimenangi. Liga ini bawakan oleh Penyedia perkhidmatan jalur lebar TIME dan dianjurkan oleh ServerDNA.Asia.

Status Kejohanan

Pendaftaran Ditutup

Pendaftaran TIME Cyber League

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran Kejohanan.
Tarikh akhir pendaftaran pada 14 November

Jadual

Tarikh akhir pendaftaran: 14 November
Peringkat Kelayakan: 15 – 26 November 2021
Peringkat Akhir: 27 November 2021

Syarat dan Peraturan

Kelayakan Kejohanan

  • Negara: Malaysia Sahaja (mesti menetap di Malaysia), campuran rakyat Malaysia & warga asing dibenarkan.
  • Umur Minimum: 16 tahun, mesti mempunyai Kad Pengenalan yang sah untuk menyertai.
  • Peserta perlu mendaftar masuk menggunakan Discord 1 jam sebelum kejohanan bermula.
  • Peserta perlu bersedia 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
  • Waktu rehat hanya dibenarkan semasa fasa pembelian sehingga 10 minit.
  • Penstriman untuk kejohanan ini adalah dilarang.
  • Untuk peraturan penuh, sila baca dalam pelayan Discord di #event-rule.

Format

Peringkat Kumpulan

Pusingan Robin

  • Setiap pasukan akan berlawan sekali setiap perlawanan.
  • Setiap 1 Pusingan, pemenang mendapat 1 Mata.
  • 2 pasukan teratas akan mara ke peringkat akhir.
  • Jika pasukan 2 teratas tidak dapat ditentukan, pasukan yang pernah mencatatkan kemenangan pantas 13-0, akan memperolehi 1 mata tambahan.

Hadiah Terkumpul

Jumlah hadiah tunai terkumpul bernilai RM4,000 dengan pecahan seperti berikut;

Juara: RM2,500
Kedua: RM1,000
Ketiga: RM500

Peraduan

Kongsi dan Menang

  1. Anda perlu ke laman FB serverdna dan cari kiriman mengenai peraduan ini.
  2. Kongsi kiriman tersebut dan tag 3 rakan anda,
    Bersama tulisan” IamOne. IamGamer. Join me online in serverDNA6″ Register–> https://www.serverdna.asia
  3. Log masuk ke portal serverDNA (https://a.sdna.asia), tekan tab acara dan letakkan Pautan FB anda (cth. Fb.com/yourID) pada butang kongsi & tag.
  4. Link FB akan disahkan dahulu untuk sebelum anda berpeluang menangi cabutan bertuah.
  5. Anda akan menerima balasan komen dari penganjur pada post share anda untuk pengesahan.
  6. Anda boleh berkongsi seberapa banyak post peraduan itu untuk lebih banyak peluang. (tetapi tag mestilah orang yang berbeza)
  7. Cabutan akhir akan dibuat semasa siaran langsung serverDNA 6 pada 4 & 5 Disember 2021.
  8. Peraturan 5 minit dalam talian dikenakan.
Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.