Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Suhaz Esport: Pencarian Skuad Baru MLBB Untuk Suhaz Junior

0


Pasukan Suhaz Esports merupakan sebuah pasukan yang sangat kompetatif sejak MPL MY diperkenalkan. Mereka mengejutkan industri esukan MLBB dengan kemenangan keatas pasukan yang lebih berpengalaman di arena professional MLBB. Diketuai oleh Padel, nama yang tidak asing di arena kompetatif MLBB Malaysia, mereka berdiri teguh membawa misi yang lebih besar dengan Suhaz Esport Pencarian Skuad.

Baru-baru ini Suhaz Esports di laman facebook rasmi mereka mengumumkan pengambilan bakat-bakat baru bagi mengisi kekosongan skuad baharu kedua mereka yang dikenali sebagai Suhaz Junior, yang mana skuad ini akan berada di bawah jagaan jurulatih, Padel sendiri.

“Kami sedang mencari bakat-bakat baru untuk mengisi skuad kedua MLBB kami yang diberi nama SUHAZ JUNIOR !
Skuad ini akan berada di bawah jagaan Coach Padel sendiri dan akan dibawa masuk ke tournament- tournament kecil sebelum bersedia untuk ke Kelayakan Mpl musim depan.” Hantaran mesej dari Suhaz Esports.

Mereka memberikan syarat mudah untuk menyertai kelayakkan Team Suhaz Junior Mlbb,

  1. Mempunyai team sendiri (full lineup)
  2. Team tidak terikat dengan mana-mana syarikat/sponsor
  3. 18 tahun dan ke atas sahaja
  4. Disiplin dan komited
  5. Terbuka kepada 64 team terawal

64 pasukan berdaftar  akan bertanding sesama sendiri dan Juara akan dipilih sebagai Team Suhaz Junior. Dan akan dibawa masuk ke peringkat kelayakkan MPL musim akan datang.

Baca juga infomasi Kejohanan Dunia MLBB M3 di singapura yang akan berlangsung 6 Disember ini.

Dengan tidak sampai sehari, penyertaan 64 pasukan telah penuh. ini menunjukkan betapa aktifnya komuniti MLBB di Malaysia. Pada tahun ini kita dipertontonkan dengan saingan hebat dari semua pasukan profesionnal MLBB Malaysia ketika MPL MY yang lalu, tetapi kita masih jauh ketinggalan dari negara seberang selepas tamatnya MPLi 2021 lalu. Diharapkan lebih banyak peluang seperti ini diadakan untuk memperluaskan lagi pencariaan bakat baru ke arena professional kita.

Dengan usaha Suhaz Esport Pencarian Skuad baru ini dan bakal bakat baru mampu melahirkan pemain bertaraf dunia yang boleh mengharumkan nama Malaysia.

Kesemua yang sempat menyertai bersama rakan pasukan, pastinya berimpian untuk ke arena professional MLBB bersama jurulatih berpengalaman yang mampu membimbing mereka merealisasikan impian itu. Penulis mengucapkan selamat maju jaya!

 

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.