Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Team Lunatix 3 Pemain Import Keluar Pasukan Tanpa Notis

0

Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu isu kurang enak dalam MPL MY S12 kali ini. Team Lunatix 3 Pemain Import Keluar Pasukan Tanpa Notis, iaitu Kyaw Bo (Zippy), Hein Thu (Kid), dan DJ, telah meninggalkan pasukan dengan cara yang agak mengejutkan.

Dalam satu pengumuman rasmi yang dikeluarkan oleh pasukan Lunatix, mereka memberitahu bahawa tiga pemain ini telah meninggalkan pasukan dengan cara yang agak mengejutkan. Cara pemain-pemain ini memilih untuk meninggalkan pasukan malah keluar terus dari Malaysia untuk kembali ke negara asal mereka, nyammar, telah menarik perhatian ramai.

Menurut kenyataan Lunatix, telah membuat pembayaran elaun pendahuluan bernilai hampir RM10,000 kepada ketiga-tiga pemain tersebut pada bulan Jun. Ini sebagai untuk menampung perbelanjaan seperti passport, tiket penerbangan dan visa pemain tersebut sebelum tiba Ke Malaysia. Ini juga menunjukkan komitmen pengurusan pasukan untuk memastikan masalah yang dihadapi pemain-pemain import boleh diselesaikan sebelum bermulanya MPL MY S12.

Apa yang menarik perhatian peminat di Malaysia adalah pemain import dari myammar iaitu Kid, DJ dan Zippy yang secara senyap-senyap telah pulang ke Myanmar pada 5 Ogos tanpa memberitahu pengurusan pasukan. Ini telah mengejutkan pihak pengurusan dan peminat pasukan. Ini juga membangkitkan persoalan tentang bagaimana hubungan antara pemain dan pengurusan itu dikelola.

Namun, dalam dunia e-sukan, setiap cerita memiliki dua sudut pandang. Pemain Kid, DJ, dan Zippy turut berkongsi pandangan mereka mengenai isu ini. Mereka mengatakan bahawa keputusan untuk keluar dan pulang ke negara asal mereka adalah akibat dari perasaan ketidakselesaan serta pertimbangan profesional yang diambil dari pihak pengurusan.

Mereka menceritakan tentang kondisi gaming house yang tidak selesa dengan peralatan asas yang rosak. Mereka terpaksa mengeluarkan dana pribadi untuk membeli barang-barang keperluan seperti bantal. Kid juga berkata kunci pintu dan katil di bilik mereka rosak, selimut yang tidak bersih, serta masalah kebocoran penyaman udara.

Zippy juga menghadapi situasi di mana beliau hanya menerima separuh daripada jumlah gaji yang sepatutnya, dan terpaksa menggunakan dana peribadi untuk menampung kos perjalanan ke Malaysia. Masalah ini semakin ditambah apabila janji pasukan lunatix untuk menganti duit tersebut setelah mereka tiba di Malaysia masih tidak tertunai.

Mereka juga menambahkan bahawa mereka telah diberi ancaman dari pemilik pasukan dengan tindakan saman.

Selain itu, pemain tempatan Zacus juga turut memberikan pandangannya. Dalam satu kenyataan, beliau menyatakan bahawa isu ini tidak seburuk yang diceritakan oleh pihak Kid, Zippy, dan DJ. Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan bahawa segala masalah yang dihadapi oleh pemain import tersebut pun telah diselesaikan. Walaupun beberapa perkara tidak dapat dipenuhi, perkara-perkara tersebut tidak menjejaskan mana-mana pihak, seperti masalah mahukan katil baharu. Setiap permasalahan yang mereka hadapi turut didengar dan diusahakan oleh pihak Lunatix.

Namun begitu, tanda tanya masih belum terjawab apabila kedua-dua belah pihak, iaitu pasukan Lunatix dan pemain Kid, DJ serta Zippy, masih belum mencapai kata sepakat dalam isu Team Lunatix 3 pemain import keluar ini. Perbincangan dan rundingan masih berterusan, dan pihak pengurusan Lunatix telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan kontrak pemain kepada pihak Moonton dan MPL Malaysia, memberi harapan bahawa satu penyelesaian yang adil akan dicapai.

Untuk berita lebih mendalam mengenai Team Lunatix, 3 pemain import keluar pasukan tanpa notis, anda boleh ke laman rasmi WTMToday, sebuah berita esukan malaysia yang pantas dan tepat.

Kita sebagai peminat e-sukan Malaysia perlu sabar dan bersikap rasional kepada semua pihak yang terlibat dalam penyelesaian isu ini. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama, dan marilah kita semua menantikan keputusan akhir daripada pihak Moonton yang akan menjadi penentu keputusan dalam isu ini. Teruskan menyokong e-sukan Malaysia dan mari kita sama-sama menyaksikan perkembangan menarik dalam dunia e-sukan. Hingga next time, terima kasih kerana terus membaca blog ini!

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.