Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Suhaz EVOS : Evos dan Suhaz Jalin Kerjasama Tubuh Pasukan MLBB Baru

2

Suhaz Evos Esport Kerjasama Sebuah Organisasi Asia Tenggara Bersama Pasukan MLBB Malaysia

Suhaz atau dikenali sebagai ezzy Esport sbelum menukar nama,  telah menjalinkan kerjasama dengan ORGANISASI  eSport ASIA Tenggara EVOS Esports untuk mewujudkan skuad Mobile Legends: Bang Bang (Mobile Legends) di Malaysia yang dikenali sebagai Suhaz EVOS.



Suhaz Esport sebelum ini telah menjuarai kejohanan MEC bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang, Kejohanan. MEC merupakan singkatan kepada Malaysian Esport Championship dikelola oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui initiatif Esport Integrated (ESI).

Melalui kejohanan tersebut, Johan dan Naib Johan kejohanan akan mendapat slot ke MPLMY Musim ke 7, dan bertanding bersama 6 pasukan jemputan dan 2 pasukan lagi dari kelayakkan terbuka MPLMY Musim ke-7 yang sedang Berlangsung.

Suhaz ketika kejohanan menggunakan nama Ezzy Esport diwakili oleh pemain berpengalaman terdiri daripada;

  • Muhammad Redzuwan Rosli (Hyhy)
  • Muhammad Hazim Bin Zulkifli (D Ace)
  • Muhammad Azri Bin Jamaludin (Aj)
  • Hadiazwan Bin Rosli (Box)
  • Danial Arif Bin Mohd Judin (Eavy)
  • Muhamad Fadhil Bin Hishamuddin (Padel)

Difahamkan Padel juga bertindak sebagai pengurus pasukan itu sebelum ini.

Dalam satu kenyataan media, EVOS Esports bagaimanapun tidak mendedahkan lagi barisan pemain Suhaz EVOS untuk MPLMY Musim Ketujuh nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EVOS ESPORTS (@evosesports)

Ketua Pegawai Eksekutif EVOS Esports, Ivan Yeo berkata kerjasama itu adalah sebahagian dari rancangan strategik EVOS Esports dalam meluaskan cawangannya di rantau ini.

“Kami sangat teruja untuk memasuki arena kompetitif Mobile Legends Malaysia yang sebelum ini menjadi permintaan dalam kalangan peminat kami.

“Kami percaya, kerjasama Suhaz EVOS ini akan menjadi satu perkara yang menarik untuk peminat Mobile Legends di Malaysia nanti.

“Kami tidak sabar untuk Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY) Musim Ketujuh nanti,” kata Ivan dalam satu kenyataan media hari ini.



EVOS Esports merupakan peneraju organisasi e-sukan Asia Tenggara dengan memiliki beberapa gelaran juara dunia seperti M1 (Mobile Legends) 2019 dan Piala Dunia Free Fire 2019.

Ia ditubuhkan pada 2017 dan beroperasi di 5 buah negara dengan 15 pasukan serta lebih 60 pemain berada di bawah organisasinya.

Organisasi itu telah meraih suntikan dana berjumlah RM66.2 juta (AS$16.4 juta)  pelaburan bagi Siri A dan B dari Insignia Ventures Partners, Mirae Asset Ventures, Korea Investment Partners,  Woowa Brothers, beberapa syarikat Asia Tenggara dan Jepun, syarikat konglomerat Indonesia, Indogen Capital dan pengurusan tertinggi e-dagang di China.

EVOS Esports juga menjalinkan kerjasama dengan 40 jenama di seluruh dunia termasuk Visa, Axe, Lazada, Axis (telekomunikasi), Pop Mie, Sukro, Top Coffee dan J&T Express.

Penulis mengharapkan pasukan ini mampu bersaing di kejohanan m3 akan datang dan membawa balik gelaran dunia untuk Malaysia.


2 Komen
  1. piala dunia esport berkata

    I feel that is one of the most vital information for me.

    And i’m glad studying your article. But should
    commentary on some general things, The web site style is perfect, the articles is truly
    nice : D. Excellent job, cheers

    1. khalid zainal berkata

      I appreciate your kind words ^_^

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.