Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

RSGMY Terbukti Lebih Kuat Dari Bigtron Alpha Di MSC 2021

1

RSGMY terbukti lebih kuat dari Bigtron Alpha. Setiap perlawanan playoff MSC 2021 kini sangat hangat berlangsung. Bigtron Alpha sebelumnya mengalahkan Todak MLBB Malaysia telah tumpas di tangan RSGMY dengan markah keselurahan 2-1.

Roster terbaik BTR yang dibarisi Renbo, Matt, Rippo, Kyy, dan DreamS cuba memperlihatkan gameplay yang teratur, ternyata tidak cukup untuk menewaskan pasukan Juara dari MPLMY, yang dibarisi Izanami, Kaizer, Leixia, Lolealz dan Zacus.

Pada RSGMY dan IDNS lepas streamer indonesia yang terkenal mengelarkan pemain pasukan ini sebagai badut, hari ini menjadi bukti pasukan Indonesia ini lebih badut.

Kembali kepada perlawanan ini.

Perlawanan Pertama

META RSG MY dengan membawakan 2 peranan sokongan iaitu Rstes yang dimainkan Izanami dan Rafaela dimainkan Zacus tidak berkesan lawan BTR di MSC 2021.

Permainan pertama berjalan sepihak. Mereka menggunakan META sokongan penyembuh yang mana ada Estes dan Rafaela yang menyokong Brody, Harith, dan Lapu-lapu. Tetapi RSGMY tidak mampu membawakan strategi ini dengan baik.

BTR diperlawanan pertama telah menggunakan strategi yang lebih baik yang mampu mengalahkan RSGMY ketika pergaduhan kumpulan. Kagura membeli Necklace of Durance bagi mengurangkan jumlah peyembuhan oleh Rafaela dan Estes. Renbo juga membeli Sea Halberd menambahkan lagi pengurangan peyebuhan dengan penggunaan Blazing Duet.

Keadaan Popol dan Kupa, Mathilda dan Gloo dari BTR betul-betul menyukarkan META rotasi RSG untuk memberikan saingan.

Perlawanan Kedua

RSG MY telah melakukan analisi dari perlawanan pertama dengan baik, Pada perlawanan kedua RSGMY lebih selesa dengan draft mereka, mengutamakan hero seperti Pharsa dan Barats. dengan kuasa kerosakan tertumpu kepada YSS dimainkan Leixia bersama sokongan kerosakan oleh Beatrix, juga adanya Popol dan Kupa membantu mereka untuk mengacau pemain-pemain BTR.

Draft pada kali ini RSGMY dilihat sangat selesa pada pergaduh kumpulan, dimana draft pasukan BTR yang tiada hero yang boleh ke backline untuk menganggu Pharsa, membuatkan Pharsa yang digunakan Izanami sangat mudah menumbangkan musuhnya.

Sudah tentu, Beatrix dan Pharsa pada lewat permainan merupakan penyebab BTR tidak boleh lagi menahan asakan dari RSGMY, kerana mereka menerima kerosakan besar ketika pergaduhan kumpulan. RSG MY menyamakan kedudukan 1-1.

Dan Izanami telah diberikan MVP kerana keupayaannya menggunakan Pharsa dengan baik.



Perlawanan Ketiga

Pada perlawanan ketiga, menjadi perlawanan yang sangat sengit. Serangan demi serangan dari kedua belah pihak ditunjukkan, dengan disiplin yang ada pada kedua pasukan, berjaya menyerang dan bertahan dengan efektif.

Draft pada kali ini RSGMY dilihat hampir seimbang kedua pasukan, dimana draft pasukan RSGMY mempunyai lebih kesan kerosakan melalui tiga hero iaitu Lunox, Beatrix, dan Claude,  manakala BTR hanya Karrie dan Harith yang memberikan kerosakan tinggi.

Perlawan sengit berlaku dan BTR hampir mendapat kemenangan pada minit ke-25 dengan adanya lord, RSG menunjukkan mental yang kuat, mempertahankan kristal dan berjaya menjatuhkan Renbo yang menggunakan Karrie. Dengan kehilangan Karrie, BTR tidak mampu lagi memberikan serangan balas yang diasak teruk oleh RSGMY, satu tolakan terus membawa RSG MY menuju kemenangan. Tersingkirnya BTR di MSC 2021.



Tahniah kepada RSGMY membalas kekalah Todak, RSGMY terbukti lebih kuat Dari Bigtron Alpha dengan menewaskan Bigtron Alpha dan mengembalikan maruah Malaysia selepas dikutuk negara seberang. Tak adalah kuat sangat, kuat memerli je. Bagi yang mengatakan RSGMY menang disebabkan nasib, maaf bro, hanya ada menang atau kalah.

RSGMY akan berjumpa Execreation pada pukul 8 malam ini. Selamat berjaya diucapkan.

Sokong RSGMY di Youtube, menentang Execreation jam 8 malam ini.

1 Komen
  1. luqmanhenry berkata

    Padu RSG. Terciduk Rippo.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.