9
Isi Kandungan
Acara Rileks Je, Takyah Toksik anjuran MyGameOn dan SAYS Tech bakal berlangsung di ATO Gaming Cafe, TTDI. Inisiatif ini memberi fokus pada kesedaran pembulian siber dan kesihatan mental komuniti gaming Malaysia.
Maklumat Penting Acara
Butiran | Info |
---|---|
Tarikh | Sabtu, 27 September 2025 |
Masa | 12 tengah hari – 5 petang |
Lokasi | ATO Gaming Cafe, TTDI |
Anjuran | MyGameOn & SAYS Tech |
RSVP | Melalui laman rasmi Rileks Je Takyah Toksik, FB & IG MyGameOn |

Tema & Objektif
- “Rileks Je, Takyah Toksik” – kempen membina dunia digital lebih selamat.
- Menangani isu cyberbullying dalam komuniti pemain.
- Menggalakkan mental wellness dalam dunia gaming.
Aktiviti Menarik
- Fun Match Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)
- Sesi perkongsian industri e-sukan Malaysia
- Cabutan Bertuah dengan hadiah menarik
- Goodie bag eksklusif untuk pengunjung terawal
- Aktiviti santai: arcade, console, mobile games, boardgame & tabletop
- Booth komuniti gaming
Semua aktiviti FREE (kecuali arcade: RM20 untuk 2 token – promosi khas event).

Siapa Patut Hadir?
- Gamer Malaysia
- Pencipta kandungan (content creators)
- Pemain e-sukan
- Cosplayers
- Keluarga & peminat gaming
Cara Sertai
- Daftar (RSVP) melalui pautan google form.
- Bawa rakan-rakan, keluarga & komuniti gaming untuk santai bersama.
Rileks Je, Takyah Toksik @ ATO Cafe bukan sekadar event gaming biasa. Ia adalah platform untuk gamer Malaysia bersatu, menikmati hiburan, sambil menyokong mesej penting: kurangkan toksik, lebihkan fun.
📍 Mari sertai di ATO Gaming Cafe, TTDI – 27 September 2025, 12–5 PM!
Ikuti laman rasmi mereka untuk maklumat terkini di Facebook dan Laman MyGameOn.