PUBG Mobile : MEC Grand Final Juara Akan Ke PMNC
PUBG Mobile : MEC Grand Final
Status Kejohanan
Keputusan Terkini
Hari Kedua
31 Januari 2021

Hari Pertama
30 Januari 2021

Inisiatif ESI
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) mengumumkan inisiatif Esports Integrated (ESI). Dan sekarang, inisiatif ini telah melancarkan Malaysia Esports Championship (MEC) 2020 sebagai sebahagian daripada peta jalan pembangunan esports.
MEC 2020 pertama kali diperkenalkan semasa pelancaran ESI dua bulan yang lalu. Ini adalah salah satu daripada beberapa tonggak utama untuk memajukan National Esports dan memupuk persekitaran inklusif untuk pemain tempatan.
Merupakan pertandingan nasional, inisiatif tempatan yang disokong oleh kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), bersama dengan Geek Fam dan Alhamra Games. Kejohanan Malaysia akan menampilkan empat gelaran esports yang popular, yang merangkumi Mobile Legends: Bang Bang, PUBG Mobile, Dota 2 dan FIFA 21 untuk telefon bimbit, PC dan konsol.
Kejohanan MEC: PUBG Mobile yang dibuka pendaftaran Disember 2020 lalu, kini telah berada di peringkat Grand Final. Untuk menentukan juara memenangi hadiah bernilai keseluruhan RM40,000, Juara dan Tempat Kedua akan meneruskan cabaran ke kejohanan profesional PUBGM – PMNC.

Format Perlawanan
- 16 Pasukan teratas akan bertanding didalam 1 kumpulan.
- 12 Peta akan dipertandingkan (Erangel TPP, Miramar TPP, Sanhok TPP, Erangel TPP, Miramar TPP, Sanhok TPP, Erangel TPP, Miramar TPP, Sanhok TPP, Erangel TPP, Miramar TPP, Sanhok TPP,)
- Menguna pakai sistem pemarkahan
Jadual:
- Bermula dari 30 Januari 2021 – 6:25 P.M. dan berlangsung selama 7 hari
- 1 hari 3 map akan dipertandingkan

Pasukan Bertanding
- CIPLAK BISON
- LAST SURVIVOR LIBERTY
- TheFarang Guerilla
- DAG TERMINATOR
- BERUBAH CLAN
- DEVESPORT SILENCE
- STP X
- YSX ESPORT ( X )
- ALFAR SLAYER
- HastaLaVista Esports
- Realest VatosLocos
- EZZY ESPORTS
- MIRI MOB ESPORTS
- TRX LEGEND
- THEFARANG LEJUND
- RIVERBOSS MADNESS
Hadiah
- Juara – RM15,000
- Kedua – RM9,000
- Ketiga – RM5,000
- Keempat – RM2,000
- Kelima – RM1,200
- Keenam – RM1,200
- Ketujuh – RM1,000
- Kelapan – RM800
- Kesembilan – RM800
- Kesepuluh – RM700
- Kesebelas – RM700
- Keduabelas – RM600
- Ketigabelas – RM600
- Keempat belas – RM500
- Kelima belas – RM500
- Kenambelas – RM400
Pendaftaran
Pendaftaran untuk MEC 2020 telah ditutup. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pendaftaran dan jadual kejohanan, kunjungi https://www.esukan.gg/happening. Bagi yang terlepas informasi mengenai kejohanan yang dikelola oleh ESI akan berpeluang menyertainya akan datang, lebih banyak kejohanan tajuk esports juga diharapkan dapat dimasukkan dalam kejuaraan masa depan oleh ESI untuk mengekalkan siri ini dan memupuk bakat baru.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai rancangan Peta Esports Nasional ESI, lihat laman web atau halaman Facebook mereka.
MEC 2020 dihidupkan oleh ESI, bekerjasama dengan eGG Network, Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF), Techninier, VC Media & Consultancy (VCMC) dan Geek Fam.