Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Mobile Legends : Red Reborn Menggantung Silo Dari Sebarang Kejuaraan

0

Isu Slot MPL-MY Red Reborn dan Silo Digantung Dari Sebarang Kejuaraan

Beberapa hari lalu sebuah organisasi professional eSport, Red Esport telah memuat naik isu berkaitan slot Red Esport ke MPLMY Musim Ke-7 ke laman media sosial. Red Esports mendakwa pihaknya tidak menerima slot jemputan terus ke MPL MY Musim Ke-7 dari Moonton atas nama Red Reborn. Red Esport sepatutnya layak mendapat slot jemputan dengan kejayaan mendapatkan kedudukan ke-6 pada kejohanan MPLMYSG Musim Ke-6 lalu.

Baca mengenai –  MPL-MY Musim Ke-7 disini


Red Esports mendakwa, dan menjelaskan slot tersebut diberikan kepada satu ‘syarikat dummmy’.

“Dari minggu lepas kami berusaha keras dan memohon sokongan daripada pihak Moonton untuk mendapatkan hak sebagai organisasi yang menyediakan semua keperluan kepada player di bawah kontrak yang sah.”

“Namun, apakan daya, slot tersebut diserahkan kepada ‘company dummy‘ yang didaftarkan hanya untuk mendapatkan slot daripada Moonton,” kata Red Esports dalam satu kenyataan.

Merujuk kepada isu tersebut didapati masalah sikap dan tindakan tidak profesional dari pemain utamanya, Akmal Afi Uzair (Silo) individu yang bertangjawab kepada permasalahan tersebut.

Red Esports juga mengatakan sifat tamak dan pentingkan diri pemain itu menyebabkan slot diberikan kepada syarikat yang tak perlu keluarkan sesen pun duit poket dan penat lelah dari awal hingga hari ini.


Mereka juga menegaskan slot itu lebih baik diberikan untuk kelayakan dan bukan kepada pemain di bawah kontrak yang menjadikan organisasi sebagai batu loncatan dan berlaku biadap.

“Kesimpulannya, jadikan pengalaman kami sebagai organisasi baru berjinak-jinak dalam MPL sebagai pengajaran untuk elak dari situasi yang menyebabkan kerugian ratus ribu kepada syarikat anda.

“Jangan sesekali membenarkan pemain atau orang luar melakukan urusan dan merampas setiap satu usaha kita dari awal tanpa rasa malu,” tulisnya.

Red Esports juga mengakhiri dengan ucapan “Jangan kerana satu slot, anda menghancurkan masa depan diri sendiri. Yang menjadikan anda profesional adalah dengan usaha tanpa kenal penat lelah, disiplin dan respect”.

“Kejayaan tidak akan datang dengan hanya bergoyang kaki,” akhirinya.

Pihak penganjur Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY), Moonton berkata akan menyiasat kes berkaitan konflik antara organisasi e-sukan Red Esports dan pasukan Reborn.


Moonton berkata, pihaknya telah berhubung dengan RED dan Reborn.

“Kami telah berhubung dengan kedua-dua pihak RED dan Reborn dan kami masih lagi melakukan siasatan”.

Pada Khamis lalu juga, Red Esports telah menggantungkan pemain utamanya, Akmal Afi Uzair (Silo) dari segala aktiviti Kejohanan Mobile Legends.

Reborn(pasukan yang diketuai Silo) sertai RED Esports pada Mei 2020, selepas tidak lagi bersama Orange Esports.

Sebelum ini, Reborn dan Orange Esports berdepan dengan konflik apabila pasukan itu tidak mendapat slot jemputan terus meski meraih tempat ketiga pada MPL MY/SG Musim Kelima.

Menurut Reborn dalam satu kenyataan pada 18 Julai 2020, Moonton telah menambah peraturan baharu pada musim kali ini mengenai kelayakan untuk mendapatkan slot jemputan.

Jelasnya jemputan akan diberikan melalui organisasi dan tidak lagi diberikan kepada pasukan.

Reborn juga berkata organisasi juga boleh menghantar dan menukar semua pemain.


Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.