Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Nvidia RTX Siri 3000 Pecutan 2020

0

Nvidia akhirnya mendedahkan siri RTX 3000, dan ia akan menjadi salah pengeluaran GPU yang paling menarik dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menawarkan prestasi yang lebih pantas daripada kad grafik utama Nvidia sebelumnya dengan harga yang lebih rendah dari siri sebelumnya. Ini adalah GPU Nvidia Ampere ketiga yang dilancarkan tahun ini. Harga, spesifikasi dan tarikh pelepasannya telah pun diumumkan oleh Nvidia. Semasa pemgumuman khas GeForce NVIDIA mereka telah mendedahkan 3 kad grafik pertama untuk generasi ke-3000 RTX ini, iaitu RTX 3070, 3080 dan 3090.

Apa yang menarik perhatian saya disini adalah RTX 3090 Founders Edition, spesifikasi tertingi siri 3000 ini dikatakan kad grafik yang dapat memainkan resolusi 8K pada 60fps yang lancar,  RTX 3090 ini dilengkapi dengan teknologi ampere terbarunya yang menggunakan 3-teras iaitu  Shader, RT Core dan Tensor Core.

Lagi yang menarik perhatian adalah saiz RTX 3090 Series Founders Edition, saiz grafik kad ini adalah sangat besar dibandingkan dengan siri sebelumnya. Lebih besar, lebih baik dan lebih jelas, pandangan peribadi saya adalah bahawa kad siri RTX mempunyai sistem penyejukan yang lebih baik dan bunyi pemprosesan yang rendah. Pendingin dan kipas keduanya juga jauh lebih besar.

Setiap kad yang diumumkan termasuk RTX 3070 lebih hebat daripada yang generasi sebelumnya: RTX 2080 Ti. NVIDIA telah menawarkan harga yang agak rendah untuk prestasi generasi ini dimana jika dibandingkan RTX 3070  mengalahkan prestasi 2080 Ti yang harganya lebih tinggi, RTX 3080 pula dengan prestasi 2x ganda lebih tinggi dan RTX 3090 menjadi raja prestasi  grafik kad yang tidak dipertikaikan buat masa ini.

Bagi yang baru sahaja beli RTX 2080 Ti pengumuman ini sangat pengecewakan, mana tidaknya harga yang lebih rendah dan prestasi yang jauh lebih tinggi. Takziah diucapkan. Kita sambung kepada spesifikasi.

Untuk spesifikasi penuh Nvidia RTX Siri 3000, periksa di bawah, Harga sebenar akan diketahui selepas boleh didapati diMalaysia.

GeForce RTX 3090: RM7,208 (1,730 USD)

  • NVIDIA Cuda Cores: 10496
  • Boost Clock: 1.70 GHz
  • Memory Size: 24 GB GDDR6X
  • Memory Interface Width: 384-bit
  • Graphics Card Power: 350 W
  • Recommended System Power: 750 W
  • Power Connector: 2 x PCIe 8-pin

GeForce RTX 3080: RM3,306 (793 USD)

  • NVIDIA Cuda Cores: 8704
  • Boost Clock: 1.71 GHz
  • Memory Size: 10 GB GDDR6X
  • Memory Interface Width: 320-bit
  • Graphics Card Power: 320 W
  • Recommended System Power: 750 W
  • Power Connector: 2 x PCIe 8-pin

GeForce RTX 3070: RM2,399 (575 USD)

  • NVIDIA Cuda Cores: 5888
  • Boost Clock: 1.73 GHz
  • Memory Size: 8 GB GDDR6
  • Memory Interface Width: 256-bit
  • Graphics Card Power: 220 W
  • Recommended System Power: 650 W
  • Power Connector: 1 x PCIe 8-pin

Ketiga-tiga kad mempunyai spesifikasi berikut:

  • Ray Tracing Cores: 2nd gen
  • Tensor Cores: 3rd gen
  • NVIDIA Architecture: Ampere
  • NVIDIA Encoder: 7th gen
  • NVIDIA Decoder: 5th gen
  • VR Ready: Yes
  • Standard Display Connectors: HDMI 2.1, 3x DisplayPort 1.4a
  • Multi Monitor: 4
  • HDCP: 2.3
Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.