mpl my s16
Home EsukanMPL MY S16: Infomasi Lengkap Jadual, Perlawanan & Lokasi Kejohanan

MPL MY S16: Infomasi Lengkap Jadual, Perlawanan & Lokasi Kejohanan

by Khalid Zainal
0 comments

Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) kini kembali dengan musim ke-16 pastinya akan lebih sengit dan penuh kejutan. Bermula 13 September 2025 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, sepuluh pasukan terbaik tanah air bakal berentap merebut gelaran juara serta tiket berprestij ke kejohanan antarabangsa MSC 2025. Dengan barisan pemain baharu, format pertandingan yang kompetitif, serta sokongan peminat yang sentiasa hangat, MPL MY S16 dijangka menjadi antara musim paling mendebarkan dalam sejarah liga ini.

MPL MY S16 juga merupakan musim terakhir sebelum region kita beralih keliga franchise. setelah lama menungu akhirnya musim ke-17 akan bermulanya era baru. Baca maklumat penuh mengenainya MPL MY Franchise.

Jadual & Keputusan Perlawanan

Kedudukan Peringkat Kumpulan

Keputusan Perlawanan

Anda boleh saksikan perlawanan siaran langsung di youtube rasmi MPL MY S16 di youtube.

PasukanKeputusanPasukan
MV2-0VMS
PasukanKeputusanPasukan
AERO0-2UNT
PasukanKeputusanPasukan
SRG0-2HB
PasukanKeputusanPasukan
TR2-0TDK
PasukanKeputusanPasukan
CG2-0GMXK
PasukanKeputusanPasukan
VMS2-0HB
PasukanKeputusanPasukan
GMXK0-2VMS
PasukanKeputusanPasukan
UNT1-2TDK
PasukanKeputusanPasukan
CG2-0UNT
PasukanKeputusanPasukan
CG2-0UNT
PasukanKeputusanPasukan
HB2-0TR
PasukanKeputusanPasukan
SRG2-0TDK
PasukanKeputusanPasukan
GMXK1-2TR
PasukanKeputusanPasukan
CG2-0MV
PasukanKeputusanPasukan
AERO1-2VMS

Tiket, Tarikh Dan Lokasi MPL MY S16

Infomasi Kejohanan
Tarikh Mula13 September
LokasiDewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
TiketRM12, boleh di beli di Tiket2u

Senarai Pasukan Bertanding

Format MPL MY S16

Regular Season:

  • single round-robin (tiap pasukan bertemu sekali)
  • Pertandingan best-of-three (Bo3)
    Sistem mata:
    • Menang 2-0 → 3 mata
    • Menang 2-1 → 2 mata
    • Kalah 1-2 → 1 mata
    • Kalah 0-2 → 0 mata
      • Enam pasukan teratas layak ke Playoffs

Playoffs:

  • Struktur Hybrid Elimination
  • Juara dan naib pertama Regular Season terus ke Upper Bracket Semifinal
  • Tempat ketiga hingga keenam bermula dari Upper Bracket Quarterfinals
  • Semua perlawanan: Bo5, kecuali Grand Final yang merupakan Bo7
  • Juara & naib juara layak ke MSC 2025

Leave a Comment