Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

MEL23: Pendaftaran Malaysia Esports League 2023 Dibuka

0

Pendaftaran untuk MEL23 Peringkat Negeri dan Kebangsaan telah dibuka sehingga 23 Ogos 2023. Anda boleh mendaftar menerusi platform rasmi MEL23. Inisiatif ini merupakan kerjasama KBS, ESI, dan 16 Persatuan Sukan Elektronik Negeri dan Wilayah Persekutuan, dengan sokongan daripada Goodday, Rakita 107.9, Rakan Muda, dan MPL Malaysia.

MEL23 adalah platform kompetitif untuk bakat sukan elektronik tempatan di bawah pengurusan KBS dan ESI. Ia menawarkan peluang kepada para gamers amatur hingga profesional untuk memerlihatkan kemahiran mereka. Kali ini ESI membawakan kepada anda dua kategori yang berbeza – Negeri/Kebangsaan dan Siri Terbuka. Jadi, anda boleh bermain untuk mewakili negeri anda atau sertai siri terbuka bersama rakan berlainan negeri untuk bersaing bersama! Pilihan ada di tangan anda.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Sertailah MEL23 dan tunjukkan bakat anda dalam sukan elektronik.

Jadual MEL23

Pedaftaran

Pautan Pendaftaran: Laman rasmi esukan.gg
Peringkat Negeri dan Kebangsaan: Daftar sekarang sehingga 23 Ogos
Siri Terbuka: 1 Oktober sehingga 26 Oktober.

Cara Mendaftar

Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu sebelum menyertai mana-mana kejohanan yang dibuka!
[bs_smart_list_pack_start][/bs_smart_list_pack_start]

Pergi kelaman rasmi esukan.gg

Tekan Pautan ini esukan.gg

MEL23: Pendaftaran Malaysia Esports League 2023 Dibuka

Pilih Permainan

Pilih Negeri

Tekan Join Tournament


[bs_smart_list_pack_end][/bs_smart_list_pack_end]

Kejohanan

Peringkat Negeri: 28 Ogos hingga 5 November
Peringkat Kebangsaan: 16 Oktober hingga 22 Oktober

Hadiah

hadiah wang terkumpul berjumlah RM393,700.00.

Judul Yang Dipertandingkan

[table id=249 /]

[table id=250 /]

Peraturan Asas

  • Untuk kategori MEL23 Liga Negeri dan Open Series, peserta dari kategori amatur, semi pro dan professional dibenarkan menyertai.
  • Setiap pasukan dibenarkan dan digalakkan untuk melantik seorang Pengurus pasukan untuk memudahkan komunikasi dan penyelarasan perlawanan.
  • Kuota pemain home – 3 (PUBGM/eFootball Mobile) dan 4 (MLBB/Valorant)
  • Pemain Import
    • Kuota pemain import – 2 PUBGM/eFootball Mobile dan 3 MLBB/Valorant
    • Pengesahan dan kebenaran pemain import oleh home state dan importing state dilakukan melalui platform esukan.gg dan melalui pengesahan dari Persatuan Negeri.
    • Para pemain harus melakukan Pengisytiharan Diri (Self Declaration) melalui platform esukan.gg sebelum Liga Negeri bermula.
  • Pemain Simpanan
    • MEL23 Liga Negeri/Kebangsaan: Setiap pasukan yang bertanding dibenarkan untuk mendaftar 2-3 pemain simpanan, tertakluk kepada definisi pemain home dan import.
    • MEL23 Open Series: Setiap pasukan yang bertanding dibenarkan untuk mendaftar 1 pemain simpanan.
    • Permohonan untuk penukaran pemain hanya dibenarkan sekiranya memenuhi kriteria berikut: Kecederaan, kemalangan atau hospitalisasi, Kematian, Faktor peperiksaan atau komitmen pelajaran
    • Mana-mana pasukan yang telah layak ke Liga Kebangsaan adalah tidak dibenarkan untuk menukar ahli-ahli pasukan, kecuali mereka yang telah berdaftar sebagai pemain simpanan.
  • Had Umur -*Tertakluk pada had umur minimum yang boleh ditetapkan oleh Persatuan Negeri/WP.
    • PUBGM, MLBB, eFootball Mobile dan Dota 2: 13 – 40 tahun
    • Valorant, Tekken 7 & eFootball: 16 – 40 tahun

Untuk peraturan lengkap sila baca dan fahami rujuk pada rules book yang telah disediakan.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.