Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Infinix GT 10 Pro X Homebois: Kolaborasi Baru Esukan Malaysia

0

Salam gamers dan peminat Mobile Legends Bang Bang (MLBB) di seluruh Malaysia! Berita hangat datang dari dunia permainan dengan pengumuman kolaborasi baharu antara Infinix GT 10 Pro X Homebois iaitu pasukan eSports tempatan terkemuka.

Kerjasama ini telah membuka babak baru dalam industri esukan kita. Dalam pelancaran Infinix GT 10 Pro yang dijangka pada 12 September 2023, Infinix Malaysia dengan penuh bangga mengumumkan kolaborasi mereka bersama Homebois. Sebelum ini, MLBB juga telah berkolaborasi dengan Infinix. Dari situ, pasti telefon ini bukan hanya memiliki prestasi yang cemerlang, malah ia dijangka sangat dioptimumkan untuk permainan MLBB.

“Kerjasama kami dengan Infinix adalah kerjasama yang mempunyai janji besar untuk komuniti gaming di Malaysia. Visi kukuh dan tumpuan strategik Infinix dalam industri permainan video sejajar dengan aspirasi kami. Kami percaya bahawa komitmen mereka terhadap kecemerlangan dan inovasi akan mendorong kami ke arah matlamat kami untuk mewujudkan diri kami sebagai jenama permainan terkemuka di Malaysia,” kata DaddyHood, pengasas pasukan Homebois.

Kolaborasi ini tidak sekadar melibatkan kerjasama dengan pasukan eSports, tetapi juga menginspirasi serta memberi harapan agar ekosistem eSports di Malaysia terus berkembang. Dalam kolaborasi ini, Infinix GT 10 Pro akan hadir dengan merchandise hasil kerjasama di antara Infinix dan Homebois.

Spesifikasi


[table id=251 /]

Ulasan Infinix GT 10 Pro X Homebois

Di angarkan MediaTek Dimensity 8050 5G menyamai peranti yang dikuasakan cip Snapdragon 870 mengikut kiraan AnTuTu:

Prestasi Tinggi: Direka untuk memberikan prestasi yang tinggi dalam peranti mudah alih. Ia biasanya menggunakan CPU octa-core dengan kecepatan tinggi dan konfigurasi inti yang berbeza-beza untuk menangani tugas-tugas yang memerlukan daya pemprosesan yang tinggi.

5G dan Sokongan Sambungan: Seperti kebanyakan cipset moden, ia menyokong sambungan 5G, membolehkan peranti yang dilengkapi dengannya untuk berhubung dengan rangkaian 5G bagi kelajuan data yang lebih tinggi dan pengalaman pelayaran yang lebih pantas.

Pengendalian Grafik: Cipset ini juga dilengkapi dengan unit pemrosesan grafik (GPU) yang cekap, membolehkan permainan dan aplikasi grafik-intensive berjalan dengan lancar.

Sokongan Kamera: Menyokong ciri-ciri pemprosesan gambar dan video yang canggih, termasuk peningkatan fotografi dalam keadaan cahaya rendah, HDR, dan banyak lagi.

Pengalaman Pengguna: Dapat memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan responsif dalam pelbagai tugas seperti permainan, navigasi, penggunaan aplikasi, dan lain-lain.

Screen Display

Layar 6.67-inci dengan kadar segar 120Hz memberikan visual yang halus dan tajam, membenarkan anda merasai setiap aksi permainan dengan lebih mendalam. Dikuasakan oleh bateri 5000mAh, GT 10 Pro turut dilengkapi dengan pengecasan pantas 45W untuk memastikan anda sentiasa siap untuk bertempur di arena permainan. Dan tentu saja, ia berjalan dengan sistem operasi Android 13 terkini, memberikan keupayaan dan prestasi terbaik.

Kamera

Untuk bahagian kamera, telefon ini dilengkapi dengan tiga kamera di bahagian belakang, termasuk kamera utama 108MP serta kamera makro. Di bahagian hadapan, terdapat kamera 32MP yang terletak dalam sebuah lubang kecil di atas skrin.

Sistem Penyejuk

Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah bahawa “4319 mm2 VC Liquid Cooling System” dan “bypass charger cooler gaming” memberikan prestasi permainan yang tahan lama dalam jangka masa panjang.

[i2pc][i2pros]Penyejukan Optimal

Peningkatan Prestasi

Pengalaman Pengguna yang Lancar

Prestasi yang Konsisten[/i2pros]

[i2cons]Peningkatan Berat dan Ukuran

Penggunaan Bateri yang Lebih Tinggi[/i2cons][/i2pc]

Dengan spesifikasi hebat ini, Infinix GT 10 Pro tidak hanya menawarkan prestasi cemerlang, tetapi juga pengalaman visual yang memukau. Dengan cipset 5G yang kuat, layar dengan kadar segar yang tinggi, dan bateri yang besar, telefon pintar ini adalah pilihan yang ideal untuk penggemar permainan mudah alih dan pengguna terutama untuk komuniti dan pemain mlbb yang menginginkan prestasi terbaik dari peranti mereka pada harga yang rendah berbanding jenama lain di pasaran.

Sebagai rujukan, Infinix GT 10 Pro hanya dijual dalam satu varian di India:

Infinix GT 10 Pro (8GB RAM + 256GB Storan) – INR19,999 (~RM1,113)
Untuk pasaran Malaysia, dijangka harganya tidak akan jauh berbeza. Kemungkinan harga telefon ini akan dijual dengan harga di bawah RM1,200.

Jadi, penantian anda hampir berakhir! Infinix GT 10 Pro akan tiba pada 12 September 2023. Sementara itu, mari kita bersama-sama menyambut kolaborasi terbaik antara Infinix Malaysia dan Homebois yang akan membuka pintu di dunia eSports Malaysia. Teruskan mengejar impian anda dalam permainan dan siap sedia untuk pengalaman permainan yang mengujakan!

Ini adalah masa yang seronok untuk menjadi sebahagian daripada komuniti gaming Malaysia yang semakin berkembang. Mari kita buktikan bahawa permainan bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membawa peluang besar. Kita berjumpa lagi di arena permainan MPL MY Musim 12, para gamers!

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.