Mastra Todak Studios
Home MOBAMastra: Battle Arena – MOBA Nusantara dari Todak Studios Kini Fasa Open Beta

Mastra: Battle Arena – MOBA Nusantara dari Todak Studios Kini Fasa Open Beta

by Khalid Zainal
0 comments

Sebelum ini kita telah pun dengar akan Todak Studios sedang membangunkan permaianan MOBA sendiri, dan kini ianya telah tersedia dengan tajuk baharu yang mencuri perhatian kita — Mastra: Battle Arena. Mastra merupakan sebuah permainan MOBA 5v5 (Multiplayer Online Battle Arena) yang membawa kelainan melalui inspirasi mitos Nusantara, peta unik, serta mekanik gameplay yang segar.

Pada 13 Ogos 2025, Mastra telah memasuki fasa Open Beta, membolehkan pemain di rantau Asia Tenggara memuat turun dan mencuba permainan ini secara percuma di Google Play (Android) dan TestFlight (iOS).

Artikel ini akan membedah keunikan Mastra, latar ceritanya, mekanik istimewa, serta mengapa ia wajar diberi perhatian bukan sahaja oleh peminat MOBA, tetapi juga oleh komuniti gamers Malaysia.

Dunia Mastra: Inspirasi dari Mitos Nusantara

Apa yang menarik terutama bagi pemain Malaysia, Mastra Todak Studios membawakan latar cerita yang berpaksikan mitos Asia Tenggara. Permainan ini mengambil inspirasi dari abad ke-7, di mana kuasa elemental, pahlawan purba, serta makhluk legenda digelar Sakka membentuk dunia yang dikenali sebagai Sundaland.

Dari perspektif sejarah, Sundaland merangkumi sebahagian kecil selatan Thailand, hampir keseluruhan Malaysia, Singapura, Brunei, serta bahagian barat Indonesia. Dengan kata lain, ia merupakan wilayah besar di Asia Tenggara yang kaya dengan budaya, mitos, dan kepelbagaian bangsa.

Dalam lore permainan, seorang Mahaguru Abadi mencipta Mantra Utama yang mampu mengawal elemen, namun dikhianati oleh muridnya sendiri. Peristiwa ini menyebabkan kuasa elemental tersebar dan melahirkan konflik antara suku-suku serta wira-wira yang kini digambarkan sebagai Champion dalam Mastra.

Idea yang sangat fresh memberikan sesuatu yang baru untuk dirasai, rasa budaya tempatan yang jarang diketengahkan dalam genre MOBA. Ia juga menjadi satu kelebihan besar kerana menampilkan identiti Asia Tenggara dalam industri global.

Mekanik Unik Mastra Todak Studio

Tiada Item Shop – Fokus kepada Stat

Tiada Item Shop – Fokus kepada Stat:

  • Damage – Menentukan kekuatan serangan.
  • Vitality – Mengukur ketahanan dan nyawa.
  • Focus – Memengaruhi penggunaan kuasa atau skill.
  • Speed – Kelajuan pergerakan serta tindak balas.

Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan gameplay lebih mudah diakses untuk pemain baharu, tetapi juga memberi ruang kepada strategi pasukan yang lebih tersusun kerana semua orang bermain di medan yang lebih seimbang.

Element Combo – Kuasa Kolaborasi Antara Hero

Mastra memperkenalkan sistem Element Combo atau Elemental Reaction System. Mekanik ini membolehkan pemain menggabungkan kuasa elemen daripada hero yang berbeza untuk mencipta kesan baharu.

Contoh mudah:

  • Angin (Wind) + Api (Fire) → menghasilkan serangan berapi yang lebih luas dan berkesan.
  • Air (Water) + Tanah (Earth) → boleh mencipta kawalan kawasan (crowd control) tambahan.

Mekanisme ini memberi pengalaman permainan baharu kepada komunikasi dan strategi pasukan. Ia memaksa pemain berfikir di luar kotak, bukan sekadar menyerang secara individu tetapi juga menggabungkan kuasa untuk mencipta hasil yang lebih besar.

Peta Dua Lorong Dengan Gate Tambahan

Tak macam kebanyakan MOBA biasa kita main yang menggunakan tiga lorong (lane), Mastra menggunakan peta berbeza dengan peta melintang yang mempunyai dua lorong besar — atas dan bawah.

Dan setiap laluan dilindungi oleh struktur tambahan yang dinamakan Gate, di samping menara (tower) biasa. Kelainan ini membuatkan taktik permainan berbeza, kerana pemain perlu mencari cara utnuk mengawal lane dan mengatur pertahanan.

Champion, Wira Berinspirasikan Mitos Asia Tenggara

Setakat fasa Open Beta, Mastra Todak Studios telah memperkenalkan 12 Champion. Setiap watak ini diilhamkan daripada cerita rakyat, mitos, dan legenda Asia Tenggara.

Antara nama Champion yang menarik dengan kisahnya:

  • Rakai – pahlawan purba.
  • Remaung – figura yang diinspirasikan daripada harimau legenda.
  • Shima – watak berunsur kepahlawanan wanita.
  • Menjaya & Ratna – mewakili kekuatan budaya serta kepercayaan tempatan.

Reka bentuk hero bukan sahaja menampilkan gaya visual unik, tetapi juga mengangkat identiti Nusantara dalam pasaran MOBA yang sering didominasi oleh elemen fantasi Barat atau Jepun.

Open Beta Mastra: Cara Akses & Bermain

Bagi yang ingin mencuba sendiri Mastra: Battle Arena, berikut adalah cara untuk menyertainya:

  • Android: Muat turun terus di Google Play Store.
  • iOS: Akses melalui TestFlight menggunakan pautan rasmi daripada Todak Studios.
  • Percuma (Free-to-Play): Semua pemain di Asia Tenggara boleh menyertai tanpa sebarang bayaran.
  • Maklum balas komuniti: Todak Studios menggalakkan pemain untuk memberikan maklum balas, melaporkan bug, dan berkongsi pengalaman bagi memperbaiki permainan sebelum versi penuh dilancarkan.

Potensi Mastra dalam Industri Gaming Malaysia

Kemunculan Mastra Todak Studios bukan je mengenai sebuah game MOBA baharu, tetapi juga melambangkan potensi industri game tempatan.

Beberapa perkara perlu diberi perhatian untuk memberikan laluan kepada industri game kita berkembang:

  1. Identiti Global – Dengan tema Nusantara, Mastra berpotensi menembusi pasaran antarabangsa sebagai MOBA dengan budaya unik.
  2. Komuniti E-sukan – dengan sokogan dari pemain Malaysia sebagai permulaan, ia mampu berkembang menjadi platform pertandingan dan liga e-sukan tempatan.
  3. IP Tempatan Berkualiti – Dengan wujudnya Mastra memberi signal bahawa studio Malaysia mampu menghasilkan produk setaraf global, dengan harapan mampu berdiri bersama gergasi seperti Moonton atau Riot Game .

Secara ringkasnya, Mastra: Battle Arena dari Todak Studios hadir sebagai satu pengalaman baru dalam dunia MOBA yang selalu kita lihat. Dengan peta unik, sistem stat menggantikan item shop, serta mekanik Element Combo yang memerlukan strategi pasukan.

Apa yang lebih membanggakan, kehadiran wira-wira berinspirasikan mitos Nusantara menjadikan Mastra bukan sahaja sebuah game, tetapi juga representasi budaya Asia Tenggara di pentas global terutamanya Malaysia.

Jika anda seorang gamer tegar atau hanya ingin cuba sesuatu yang baru, Mastra wajar dimuat turun hari ini. Sokonglah usaha Todak Studios dalam membangunkan IP tempatan, dan jadilah sebahagian daripada komuniti awal yang membantu membentuk masa depan game ini.

Juga ikuti media sosial mastra todak studios di Facebook dan join komuniti Discord untuk maklumat terkini dan berinteraksi bersama champion yang lain.

Leave a Comment