Kamen Rider Zeztz
Home TokusatsuKamen Rider Zeztz 2025: Infomasi Penuh Dan Dimana Menontonnya

Kamen Rider Zeztz 2025: Infomasi Penuh Dan Dimana Menontonnya

by Khalid Zainal
0 comments

Isi Kandungan

Tahun 2025 bakal menyaksikan kelahiran siri Rider baharu yang ditunggu-tunggu – Kamen Rider Zeztz. Toei telah pun mengumumkan secara rasmi bahawa siri ini akan mula ditayangkan di Jepun pada September 2025, sekaligus menjadi kesinambungan tradisi tahunan Kamen Rider sejak lebih 50 tahun lalu.

Reka Bentuk Unik: Zeztz Driver di Dada

Antara perkara paling menarik dengan kamen rider zeztz ialah reka bentuk suit Zeztz. Tidak seperti kebanyakan Rider terdahulu, Zeztz Driver kali ini tidak dipakai di pinggang, sebaliknya di dada. Perubahan drastik ini memberi kelainan visual yang segar dan menonjolkan identiti unik Zeztz.

Dari segi visual, Zeztz tampil dengan reka bentuk sleek dan moden, sesuai dengan tema utama siri – iaitu misi di dalam mimpi manusia. Konsep ini membuka peluang besar untuk jalan cerita yang lebih surreal, imaginatif, dan berbeza daripada era Rider sebelumnya .

Tema & Plot: Pertarungan Dalam Dunia Mimpi

Toei turut mendedahkan serba sedikit mengenai tema utama siri ini. Kamen Rider Zeztz akan bertarung di dalam dunia mimpi manusia.

Pe unik ini membawa Kamen Rider ke dimensi baharu yang lebih surreal. Ia membuka ruang kepada:

  • Reka bentuk raksasa yang imaginatif.
  • Pertarungan yang tidak terikat dengan logik dunia nyata.
  • Simbolisme tentang fikiran dan emosi manusia.

Walaupun jalan cerita penuh masih dirahsiakan, idea “Rider dalam mimpi” ini membuatkan ramai peminat teruja kerana ia jarang diterokai dalam siri tokusatsu sebelum ini.

Cameo di Filem Kamen Rider Gavv

Sebelum debut rasminya, Kamen Rider Zeztz sebelum ini telah membuat penampilan cameo pertama dalam filem Kamen Rider Gavv yang ditayangkan di Jepun pada 25 Julai 2025.

Penampilan ringkas ini menjadi teaser awal untuk memperkenalkan watak Zeztz kepada peminat pada filem berjudul Kamen Rider Gavv: Invaders of the House of Sweets

Teaser Rasmi di Toei Tokusatsu World Official

Pada masa yang sama, Toei telah memuat naik teaser rasmi berdurasi 30 saat di saluran YouTube Toei Tokusatsu World Official (TTWO). Video ini masih boleh ditonton hari ini dan menjadi sumber sahih pertama yang memperlihatkan suit Zeztz serta sedikit aksi pertempuran.

Bagi peminat Malaysia yang mahu melihat bagaimana Zeztz tampil buat kali pertama, TTWO ialah platform rasmi paling mudah diakses secara percuma.

Di Mana Peminat Malaysia Boleh Menonton Kamen Rider Zeztz?

Setakat September 2025, status penstriman rasmi untuk Malaysia masih belum diumumkan secara jelas. Toei hanya mengesahkan beberapa negara dan rantau seperti:

  • Amerika Syarikat & Kanada
  • Korea Selatan
  • Thailand
  • Vietnam
  • Taiwan
  • Hong Kong
  • Rantau MENA (Middle East & North Africa)

Episod pertama: ditayangkan secara rasmi di YouTube TokuSHOUTsu—ingat, waktu Malaysia adalah Ahad pagi, 7 September 2025. Mungkin akan ada Geo-block mungkin dikenakan, kami tidak pasti kerana malaysia tidak termasuk dalam senarai penstriman rasmi. Gunakan VPN US atau Canada. Bagi yang tidak dpt bypass, boleh guna ProtonVPN.

Infomasi Kamen Rider Zeztz

Kamen Rider Zeztz
JudulKamen Rider Zeztz
Tarikh tayangan JepunSeptember 2025 (episod pertama dijadualkan minggu ini)
Reka bentuk unikZeztz Driver dipakai di dada
Tema ceritaPertarungan dalam dunia mimpi
Cameo pertamaFilem Kamen Rider Gavv, 25 Julai 2025

Sinopsis Kamen Rider Zeztz

Baku Yorozu hanyalah seorang pemuda biasa yang menjalani kehidupan yang tampak tenang — tetapi dengan satu rahsia luar biasa: dia memiliki kuasa lucid dreaming, mampu mengawal mimpinya. Suatu malam, selepas cedera teruk dalam satu kejadian yang samar, Baku tiba-tiba berada di dalam dunia mimpi — dunia di mana ancaman gelap menanti.

Dalam dunia itu, makhluk jahat dikenal sebagai Nightmares mula menyerang, menumpang dalam mimpi manusia dan cuba menjejaskan realiti. Saat itulah Baku dipanggil — bukan oleh manusia biasa, tetapi oleh sebuah organisasi rahsia bernama CODE, yang muncul hanya dalam mimpinya. Anggota CODE menyerahkan sebuah peranti henshin unik kepada Baku — Driver transformasi yang dikenali sebagai Zeztz Driver, yang dipakai serempang di dada, bukan di pinggang seperti biasa.

Dengan Drive ini, Baku berubah menjadi Kamen Rider Zeztz, wira yang memasuki mimpi dan melindungi dreamers daripada Nightmare. Namun, semakin jauh dia menyelami dunia impian itu, semakin banyak teka-teki di sebalik dirinya dan CODE terbongkar. Baku mula menyedari bahawa misi ini bukan sahaja tentang menyelamatkan mimpi — tetapi juga tentang menyelamatkan dirinya dan memahami hakikat antara mimpi dan kenyataan.

Organisasi CODE

Ketua organisasi tersebut adalah Zero, sebuah entiti robotik yang bukan sahaja memberikan arahan kepada Baku tetapi juga berfungsi sebagai motosikalnya. Zero boleh berubah bentuk—dari bentuk robot kepada motornya yang bernama Code Zeroider.

Menurut Tokusatsu Network:
Zero is the head of the CODE organization, and Baku’s boss. Zero can transform from a robotic form to Baku’s motorcycle.”

Dengan reka bentuk yang berani, tema yang surreal, serta hype global yang semakin meningkat, siri ini dijangka menjadi antara titik penting dalam era Reiwa Rider.

Bagi peminat Malaysia, walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai simulcast tempatan, anda masih boleh menikmati teaser dan update rasmi melalui Toei Tokusatsu World Official di YouTube. Pastikan juga untuk mengikuti akaun rasmi Kamen Rider Global di X/Twitter bagi kemas kini terkini.

Satu perkara yang pasti: tahun 2025 bakal dikenang sebagai tahun di mana Rider dengan driver yang melawan hukum.

Leave a Comment