Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

IESF World Esports Championship 2022: MLBB, PUBGM, Infomasi Penuh

0

Pertandingan esport yang paling berprestij dan terbesar di Dunia, IESF World Esports Championship 2022 edisi ke-14 hampir tiba dan akan berlangsung di Indonesia, Bali bermula November hingga Disember 2022.

Status Kejohanan

Sedang Berlangsung MLBB - Todak

Tekan pautan palyins MLBB untuk keputusan terkini kejohanan.

[table id=142 responsive=scroll responsive_breakpoint=phone /]
[table id=156 responsive=scroll responsive_breakpoint=phone /]

Keputusan Terkini

MLBB

Lihat Keputusan Penuh Playoff.

Jadual IESF World Esports Championship 2022

Berdasarkan maklumat yang telah diketahui, IESF 2022 akan bermula pada penghujung November 2022. Tetapi, jadual penuh bagi setiap permainan belum diumumkan secara rasmi sehingga artikel ini ditulis. Sebarang perubahan akan kami maklumkan nanti.

Tarikh Kelayakkan: September hingga Oktober
Tarikh Mula: 2022-11-30
Tarikh Final:2022-12-12

Peringkat Kelayakkan

Judul Permainan

Terdapat 6 judul permainan akan dipertandingkan pada edisi ke-14 kali ini. Tetapi hanya 4 permainan akan disertai bagi pusingan kelayakkan wilayah Asia iaitu CS:GO, Dota 2, PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang

  • Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)
  • PUBG Mobile
  • Counter-Strike: Global Offensive (Lelaki/Perempuan)
  • Dota 2
  • eFootball™️
  • TEKKEN 7

Format

120 negara yang mengambil bahagian perlu melalui pusingan kelayakkan mengikut wilayah masing-masing. Bagi pasukan di wilayah Malaysia, boleh mendapatkan slot khas pemilihan wakil Malaysia dengan menyertai kejohanan di Hari Sukan Malaysia.

Terdapat peluang kedua bagi yang tidak berjaya melayakkan pasukan mereka melalui pemilihan kelayakkan wilayah, beberapa pasukan dari setiap wilayah akan dipilih untuk layak ke pusingan Play-In yang akan berlangsung secara fizikal di Bali.

Pusingan Play-In yang dijalankan selama 4 hari bermula 2 hingga 4 Disember 2022 juga menawarkan tiket ke peringkat akhir.

Edisi sebelumnya Malaysia tidak menghantar wakil atas sebab ianya dianjurkan di Israel dan kali terakhir negara mempunyai wakil adalah pada tahun 2019.

Hadiah

Jumlah hadiah keseluruhan bernilai $500,000 dipecahkan kepada 6 judul;

  • Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) $100,000
  • PUBG Mobile $100,000
  • Counter-Strike: Global Offensive (lelaki) $100,000
  • Counter-Strike: Global Offensive (Wanita) $50,000
  • Dota 2 $100,000
  • eFootball™️ $25,000
  • TEKKEN 7 $25,000

Mengenai IESF

IESF ialah badan penyatuan untuk World Esports. Ditubuhkan pada 2008 oleh sembilan negara anggota, IESF kini terdiri daripada lebih 100 Persekutuan Ahli di lima benua. IESF menghimpunkan semua pihak berkepentingan Esports untuk mencapai ekosistem bersatu bagi pembangunan permainan yang mampan dan bertanggungjawab di seluruh dunia.

Kejohanan IESF WE ialah tontonan pelbagai sukan terbesar Esports di dunia. IESF juga menganjurkan Sidang Kemuncak Eksekutif Global Esports tahunan untuk menyokong standard tertinggi tadbir urus Esports di seluruh dunia.

Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.