Genesix Esport
I’m a gamer, always have been.

Hari Sukan Negara 2022: Infomasi Pendaftaran & Keputusan Esukan

0

Hari Sukan Negara 2022 atau singkatannya HSN2022 akan berlangsung di seluruh negara bermula 7 hingga 9 Oktober ini, dan perasmian dijadualkan pada 8 Oktober di Putrajaya.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan berkata kejohanan esukan akan menjadi antara program pengisian HSN2022 kali ini bersama Putrajaya Night Marathon HSN2022, Karnival Sukan Air, Karnival Sukan Mendaki Kebangsaan, Let’s Get Fit, M-Games, Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur dan Kejohanan “Powerboat” ASEAN.

Bagi kategori esukan, akan bermula di peringkat negeri, para pemain MLBB dan PUBGM boleh mendaftar pasukan mengikut negeri masing-masing untuk merebut tempat mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Johan peringkat Negeri masing-masing akan ke Kejohanan Esukan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Kebangsaan pada 5 hingga 8 Oktober 2022 di Putrajaya.

Baca Juga MPL MY Musim 10

Johan peringkat Negeri juga mendapat slot khas pemilihan wakil Malaysia yang akan diadakan pada 30 September – 2 Oktober 2022 untuk ke World Esports Championship 2022 di Bali, Indonesia dan Global Esports Games 2022 di Istambul, Turki.

Status Kejohanan

Telah Tamat

Keputusan Terkini

Promosi Codashop: DISKAUN 20% Untuk Pengguna GrabPay Baharu! Semasa checkout, bayar menggunakan GrabPay dan tekan “Add Offer”, masukkan kod NEWGRABPAY dan tekan “Add”. Hanya sehingga 30 September di Codashop

Pendaftaran Hari Sukan Negara 2022

Jadual

Setiap negeri berbeza, sila semak tarikh di pautan pendaftaran, .

Format

MLBB

  • Menggunakan mod penyikiran tunggal(single elimination)
  • Hanya 1 pasukan johan setiap negeri akan ke peringkat akhir HSN2022
  • Keseluruhan 15 pasukan akan bertanding di peringkat akhir.

PUBGM

  • Menggunakan mod TPP
  • Hanya 1 pasukan johan setiap negeri akan ke peringkat akhir HSN2022
  • Keseluruhan 15 pasukan akan bertanding di peringkat akhir, menggunakan 6 pusingan, 6 peta

Hadiah

Peringkat Negeri
Johan RM 1,000
Kedua RM 700
ketiga RM 500
keempat RM 200
kelima RM 200
keenam RM 100

Pendaftaran

Syarat

Syarat terkini dilonggarkan bagi memberi peluang pasukan yang mempunyai kesukaran mencari rakan senegeri.

  • Kini pendaftaran ahli pasukan boleh dari mana-mana negeri.
  • Tarikh akhir pendaftaran 11 September 2022.
Tinggalkan pesanan

Alamat email anda tidak akan disiarkan.